BAB 12

Romance Completed 23307

Masa terus berlalu, Fahim bagai dah tak boleh kalau tak makan masakan Alia. Dah biasa. Pergi ofis pun dia akan pergi dengan Alia. Nampak macam dia dah semakin sayangkan Alia, tapi dia masih tak dapat lupakan kucing Parsinya tu lagi. Mungkin disebabkan Sofea, Fahim tak pernah menyentuh Alia lagi selepas hari Alia sakit tempoh hari.

” Kau nak datang Joe? Datangla, aku tunggu.” Alia bercakap dengan handphonenya pada pagi Ahad itu.

” Joe mana, Lia?”

” Kawan.”

*******************************************

” Joe, rindunya aku kat kau!” Alia memeluk badan Joe.

” Aku pun sama. Dah lama tak jumpa. Senang je jalan ke rumah kau ni.”

Perkenalkan ni hubby I, Fahim. Abang, ni Joe, kawan U dulu.” Fahim dah mula bengang dengan Joe. Mana boleh camni? Peluk-peluk bini aku.

” Lia, pergi dapur jap, abang nak cakap.”

Di dapur.

” Mana boleh duakan abang, Lia? Sedap pulak tu berpeluk depan abang?”

” Tak salah pun Lia rasa nak peluk dia? Salah ke bang?”

” Kalau nak peluk laki camtu, tak payah pakai tudungla. Tak tau malu betul! Ingatla awak tu dah ada suami.”

Fahim makin bengang melihat Alia ketawa.

” Abang jealous ke?”

” Mes.. Emm siapa kata abang jealous? Takde masa.”

” So, kenapa semangat je marah-marah tadi?”

” Mestila abang kena tegur! Lia kan isteri abang?”

” Dahla, bang. Kesian Joe tunggu. Kalau abang boleh ada kekasih lain, Lia pun boleh.” Katanya sambil berlalu ke ruang tamu.

Amboi, mesranya! Fahim menjeling Joe yang bertepuk tampar dengan isterinya sambil mencebikkan bibirnya. Ya jugak, watpe aku nak jeles? Tapi, dia isteri aku. Mana boleh buat aku macam ni?

Joe pulang selepas menghadiahkan ciuman di pipi Alia.

” Apa ni? Lia buat abang macam transparent je tadi, pastu bergurau mesra pulak dengan laki tu.”

” Apa bezanya abang dengan kucing Parsi tu?”

” Bila masa abang ada kucing Parsi? Kucing pun takde.”

” Pikir sendiri la bang. Lia malas nak bertengkar.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience