BAB 5

Romance Completed 23307

” Luar bilik kita kena jadi kucing Parsi, atas katil kena jadi harimau..” Kucing Parsi? Kucing Parsi Fahim kat ofis, mak. Atas katil takkan ada dalam kamus perkahwinan kami.. Mesti mak sedih kalau tau, maafkan Alia, mak.. Alia cuma mengangguk dengan nasihat2 mak Fahim tu.

Tengah hari Fahim balik, makan sekali dengan mak dan Alia. Malam pun sama. Dia tak balik lewat macam dulu-dulu, tapi Alia yakin, benda ni takkan lama. Tapi dia berasa bahagia melihat Fahim bagaikan berselera makan masakannya. Tapi, tak taula gak kalau ini hanya taktik loving couple yang dia cipta tu. Taktik loving couple yang paling susah sekali ialah tidur sebilik!

” Ok, malam ni awak tidur atas sofa, esok awak tidur atas katil pulak, selama seminggu macam ni. Baik, kan camtu?”

” Okay, awak jangan mungkir janji.”

” Saya janji dengan awak.” Fahim menghulurkan jari kelingkingnya pada Alia.

” Apa?”

” Janji.” Jari kecik Alia ditarik dan disimpulkan dengan jarinya sendiri.

” Nah, selimut.”

” Takpe, nanti saya keluarkan sendiri,”

” Takpe, sekurang-kurangnya tak semua kita berlakon. Ada jugak masa saya jadi suami awak yang sebenar.” Lembut suara Fahim, tak macam selalu, cakap menempik je kerjanya. Baik jugak hati Fahim rupanya. Tapi kenapa perlu buat semua ni? Ayah, Alia tak tau sampai mana tahap ketabahan hati Alia nak menempuh semua ni. Apa aku boleh buat? Dia tak cintakan aku, takkan aku nak paksa dia pulak?

” Thanks, awak..”

” Abang..” Fahim membetulkan sambil tersenyum, pertama kali Alia nampak senyuman ikhlas dari Fahim untuknya.

” Senyumannya kelihatan sungguh ikhlas, aku takut aku terjatuh hati pada dia. Dia nampak sangat menawan..”

” Apa awak buat tu? Tutupla lampu, saya nak tidur tak bolehla.”

” Saya tulis diari, awak tak payah sibok. Tidur kalau nak, tak nak tak payah.”

” Alia.. abang mengantuk, esok kena kerja lagi.” Amboi, boleh dapat anugerah ni. Hebat betul acting dia. Nampak natural je macam dia memang cintakan aku. Hati kecilnya menyuruh dia menutup diari dan juga lampu. Esoknya, selepas balik dari pasar, Alia pening-pening dan dia muntah. Mak Fahim ternampak pulak.

” Alia, Alia mengandung, tak?” Alia terkejut.

” Tak kot, mak. Biasa je Alia rasa ni, mak.”

” Mak rasa kamu mengandung. Nanti mak call Fahim, mintak dia balik, bawak Alia ke klinik, cek, ya.”

” Tak payahla, mak. Dia sibuk kat ofis, mak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience