BAB 10

Romance Completed 23307

” Abangla punya pasal!” Marah Alia semasa Fahim berkeras nak mengurut badannya.

” Sshh.. Cukup ok? Tengok banyaknya lebam. 1, 2..” Fahim mengira2 lebam biru yang ada pada badan Alia.

” Dahla bang. Saya malu ni.” Alia dibaringkan meniarap di atas katil. Bahagian pinggangnya terdedah sampai ke atas. Fahim pula mengambil minyak angin.

” Sakit kan? Sakit diam, abang urutkan.”

” Tak payahla, bang. Bawak pergi klinik je cukup.”

” Klinik mana ada orang urutkan? Camna nak lega?”

Emm sedap jugak. Mana dia belajar ni? Akhirnya Alia tertidur. Walaupun geli dengan sentuhan Fahim, disebabkan penat menjerit tadi, dia pun terlena. Anehnya, Fahim bagai seronok pulak mengurut Alia. Dia menampal plaster pada lebam-lebam Alia, kemudian duduk merenung badan separuh bogel Alia, mengusap-usap rambut panjang Alia dan meninggalkan ciuman hangat pada leher isterinya tu. Alia terjaga semasa Fahim berjalan keluar.

” Kenapa turun? Kan sakit, dudukla senyap-senyap kat atas tu.”

” Saya nak masak untuk abang.”

” Tak payah, abang makan kat luar hari ni, naik cepat.”

” Nanti, saya nak makan apa?”

” Abang suruh naik, naikla. Nak abang angkat lagi?” Perlahan-lahan Alia mengheret kakinya, tak semena-mena Fahim mendukungnya.

” Takpe, saya boleh jalan sendiri.” Fahim diam. Dia terus mendukung Alia. Alia merenung suaminya tu. Timbul rasa kasih yang tak terdaya untuk dihalang, Fahim memang kacak, dia tak boleh nafikan. Tapi bukan kerana wajah dia akan jatuh hati, tapi kerana budi.

Fahim membalas renungan mata Alia. Tak lama mereka berlawan mata, Alia memandang ke arah lain.

” Aduh! Abang!”

” Sori2, Lia. Abang tak perasan..!” Alia menggosok-gosok kepalanya yang terhantuk ke muka pintu tadi. Terasa pusing satu dunia dengan hantukan tu, kuat maa.. Alia dibaringkan.

” Sakit? Maaf, abang tak perasan.”

” Ada mata tengok benda lain, tu la. Lain kali buat lagi, pening macam nak meletup dunia ni tau..?” Alia membebel.

Cantik pulak muka bini aku ni lepas tengok banyak kali. Mana pergi dah jerawat batu dulu? Dah hilang? Ke mata aku yang silap sebelum ni? Alia masih membebel, Fahim tidak mendengar apa butir kata Alia tapi terus mencium bibir Alia.

Alia terkedu dan terus diam. First kissnya akhirnya jadi milik suaminya juga. Alia cuba melayan, tak sedar dia mengusap-usap leher Fahim. Fahim terus mencium sehingga handsetnya berbunyi baru lah dia tersedar.

” Maafkan abang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience