Completed
2471
“Inspektor, betul ke semua ni?” tanya Neeta, matanya tepat memandang lelaki itu. “Apa bukti you yang menyokong teori ni?”
“Setakat ni, hanya gambar ni. Tapi I akan siasat,” jawab Inspektor Fauzi. “Sebab tu I panggil kalian ke sini. I nak tanya, kalian ada bermusuh dengan sesiapa sebelum ni?”
“Tak ada,” jawab Neeta, yakin. Salwa sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Zawana diam, memikirkan sesuatu.
“Atau ada sesiapa yang berdendam dengan kalian?” tanya Inspektor Fauzi lagi. Neeta diam. Dahinya berkerut.
“Mana la kami tahu,” Neeta angkat bahu.
“Dee,” panggil Zawana. “Kalau nak cerita pasal dendam, ramai je yang boleh berdendam dengan kita.”
“Maksud kau?”
“Kau dah lupa macam mana perangai kita zaman sekolah dulu?” soalan Neeta dijawab dengan soalan oleh Zawana.
“Maksud kau, orang yang bunuh Liyana adalah orang yang berdendam dengan kita dari zaman sekolah? Gitu?” akhirnya Salwa bersuara. “Tapi siapa?”
“Tuan!” seorang anggota polis meluru masuk sebelum sempat Neeta bersuara. “Cik Cahaya, dia kena langgar lari di luar balai ini, Tuan!”
“Apa??” semua yang ada di bilik mesyuarat itu terkejut besar.
“Cik Cahaya keluar dalam keadaan marah-marah tadi, Tuan. Saya dan anggota lain tidak sempat bertanya apa-apa. Dia terus keluar macam tu je,” ujar anggota polis itu memberi penjelasan. “Tak lama lepas dia keluar, kami terdengar bunyi dentuman kuat. Bila kami keluar, Cik Cahaya dah menggelupur di atas jalan.”
Inspektor Fauzi mengangguk perlahan. “Awak tahu kenderaan apa yang langgar dia?”
Share this novel