BAB 14

Mystery & Detective Completed 2427

Selepas bacaan Yassin berakhir, jenazah Neeta dibawa ke ruang belakang untuk dimandikan. Salwa meminta izin untuk sama-sama memandikan dan mengkafankannya. Sesudah itu, Salwa mengiringi jenazah Neeta ke tanah perkuburan. Inspektor Fauzi sampai bebrapa minit setelah jenazah Neeta sudah bergerak ke tanah perkuburan.

“Zawana, awak okey?” tanya Inspektor Fauzi setelah bersalaman dengan orang ramai yang masih ada di rumah Neeta, termasuklah suami Zawana.

Wanita itu mengangguk perlahan. “Seorang demi seorang…. Kawan saya mati dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Liyana, Cahaya, dan sekarang Neeta …. Lepas ni siapa?”

Inspektor Fauzi berdehem seketika. “Zawana, saya dah semak dengan pihak hospital. Dan saya dapati, Reesa sudah discaj dari hospital sakit jiwa,” lambat-lambat Inspektor Fauzi menjelaskan. Zawana terkejut. “Betul ke?”

Inspektor Fauzi angguk. “Dalam situasi sekarang ni, saya tak ada pilihan lain. Saya terpaksa meletakkan awak dan Salwa dalam perlindungan polis. Saya khuatir dengan keselamatan kamu berdua."

“Buatlah apa yang tuan rasa itu yang sepatutnya. Saya dah tak boleh fikir dah,” Zawana mengesat matanya untuk kesekian kalinya. Anak-anak kembarnya dikendong lembut. “Saya cuma risaukan anak-anak saya je.”

“Insya Allah, kami akan lakukan yang terbaik,” janji Inspektor Fauzi. Seketika kemudian rombongan mengiringi jenazah Neeta kembali. Namun mereka agak tergesa-gesa. Mengundang kehairanan di hati mereka yang berada di rumah.

“Hah, polis ada kat sini. Baguslah!”

“Kenapa ni?”

“Kawan Neeta …. Salwa. Dia hilang!”

“Apa?” inspektor Fauzi terkejut. Hampir terlepas pegangan anak-anak dari pegangan Zawana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience