BAB 1

Mystery & Detective Completed 2427

Pintu rumah itu dibuka kasar. Cepat-cepat Zawana menutup pintu itu. Seluruh tubuhnya basah bermandi peluh. Dia menggigil ketakutan.

“Zawana …,” terdengar suara wanita memanggilnya lembut. “Mana kau? Jomlah kita main bersama. Kau tak nak main dengan aku ke?”

Spontan Zawana menutup mulut. Nafasnya cuba ditahan agar tidak didengari oleh orang yang memanggilnya tadi. dia takut. Benar-benar takut. Air matanya mengalir laju.

“Zawana …!”

Gedegang!

“Argh!” Zawana terpelanting jauh ke belakang. Dia gagal mengawal imbangannya apabila pintu ditendang kuat sehingga terbuka. Terduduk dia saat melihat satu lembaga tiba-tiba muncul di muka pintu. Di luar, kilat sabung menyabung. Menambahkan rasa gerun di hati Zawana.

“Reesa …,” suara Zawana bergetar hebat. Lembaga itu terus menghampirinya. Sekilas, wajah lembaga itu kelihatan menerusi pantulan cahaya.

“Jangan bunuh aku, Reesa ….”

“Siapa kata aku nak bunuh kau?” tanya Reesa cepat. “Aku cuma nak main dengan kau je. Kenapa kau takut sangat?”

Senyuman Reesa sangat menakutkan Zawana. “Tolonglah, Reesa. Janganlah apa-apakan aku. Anak-anak aku, Reesa ….”

Reesa hanya diam membisu.

“Aku… aku akan ikut cakap kau. Aku janji. Tapi lepaskanlah aku. Jangan apa-apakan aku…,” rayu Zawana lagi dalam tangisan.

“Kau nak ikut cakap aku?” bersinar-sinar mata Reesa. “Betul ke ni? Kau tak bohong? Tak tipu aku?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience