BAB 11

Mystery & Detective Completed 2427

“Kenapa kau takut sangat ni? Kau ada buat salah dengan aku ke? Dengan kitorang ni?” tanya Neeta, sedikit sinis. Reesa makin kecut perut. Dia terus diheret ke satu tempat yang jauh dari pandangan orang ramai.

“Maafkan aku…. Maafkan aku…,” berulangkali Reesa memohon maaf. Namun masing-masing memekakkan telinga. Matanya mencari mata Zawana namun tidak dipedulikan.

“Kau minta maaf?” barulah Salwa mendengar kata-kata Reesa tadi. “Kenapa? Kau ada buat salah ke? Cuba kau cerita sikit, apa salah kau dengan kitorang sampai kau beria-ia nak minta maaf dengan kitorang ni.”

Reesa diam, tidak menjawab pertanyaan Salwa tadi. Hanya esakj tangis yang kedengaran. Basah wajahnya dek kerana air mata.

“Kesiannya dia…. Tak ada kain nak lap air mata dia,” Liyana mula menunjukkan taringnya. “”Ana, kau ada tisu tak?”

“Tak ada,” jawab Zawana perlahan. Namun cepat Neeta mencelah, “Kita ni mana la simpan tisu, Liyana oi. Stokin nak?”

“Cadangan yang bagus!” Liyana senyum lebar. “Stokin siapa yang nak disedekahkan ni?” Neeta tanpa banyak bicara, terus menanggalkan kasut dan stokinnya. Melihatkan itu, tangisan Reesa bertambah kuat.

“Tolonglah aku, Liyana. Tolonglah… aku janji aku tak buat lagi!”

“Kau buat apa?” jerkah Liyana. Dagu Reesa dicekak kuat. “Kau cakap dengan aku, kau buat apa?” stoking milik Neeta ditenyeh ke muka Reesa. Menggelupur gadis itu cuba untuk melepaskan diri. Salwa, Neeta dan Cahaya hanya ketawa melihat situasi itu.

“Lain kali, jangan cari pasal dengan kitorang! Gunting!” Cahaya segera menghulurkan gunting di tangannya. Tanpa kata, Liyana terus menggunting tudung yang dipakai Reesa. Bertambah kuat tangisan dan rayuan Reesa, meminta Liyana menghentikan tindakannya.

“Lain kali, kalau kau terasa nak cari pasal dengan aku, kau akan ingat ni!” Liyana kemudiannya menggenggam rambut Reesa dan menyembamkannya ke atas jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience