BAB 6

Mystery & Detective Completed 2427

Gambar-gambar itu yang tidak diedit membuatkan tekak mereka merasa loya. Salwa tidak dapat menahan rasa menyebabkan dia berlari ke tandas.

“Itu kami tahu. Maklumat ni semua dah keluar pun dalam berita,” Neeta tongkat dagu. “Tapi apa kena mengena dengan kami?”

Inspektor Fauzi tidak menjawab soalan Neeta itu. Sebaliknya dia meneruskan tayangan slaid. “Selain itu, terdapat beberapa barang yang ditemui di badan mangsa. Dan ini…,” Inspektor Fauzi menghalakan penunjuk lasernya ke arah skrin. “Mengaitkan kes ini dengan kalian.”

Neeta terkedu. Zawana tergamam. Mata Cahaya membulat. Masing-masing tidak percaya dengan apa yang dilihat.

“Maaf,” Salwa masuk kembali sambil menyapu mulutnya. “Did I miss something?” tanyanya sebelum matanya tertancap pada skrin. “Eh, ini….!”

“Gambar kita masa sekolah dulu,” sambung Cahaya. “Tapi ini tak membawa maksud apa-apa, kan? I mean, kami bukan yang disyaki, kan?”

Inspektor Fauzi senyum. “Bukan. Tapi ini…,” petunjuk laser dihalakan ke wajah Liyana yang sudah diconteng. “Mungkin membawa maksud yang berbeza.”

“Maksud tuan?” tanya Zawana.

“Saya risau… kalian sedang diperhatikan. Salah seorang dari kalian… mungkin mangsa seterusnya.”

“Mengarut!” bentak Cahaya lalu dia bengkit. “Takkan kami ni pula yang nak dibunuh? You jangan macam-macam, Fauzi. Jangan sebab I tinggalkan you dulu, you nak buat cerita bukan-bukan!”

“I’m professional, Cahaya,” suara Inspektor Fauzi masih serius seperti tadi. “I tak pernah campur adukkan kerja dengan peribadi. Dan I tak main-main. Lebih-lebih lagi melibatkan nyawa.”

Cahaya menggeleng. “You ni lebih sesuai jadi penulis skrip. Bukannya polis,” ujarnya lalu keluar dari bilik itu. Panggilan dari Neeta dan Zawana tidak dipedulikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience