BAB 17

Mystery & Detective Completed 2427

“Nanti bagitahu ke mana lokasi percutian awak ya? Senang untuk kami hubungi kalau ada apa-apa,” nasihat Fauzi. Kemudian setelah berbual basa-basi, Zawana mematikan talian. Wajah Karl Zion dipandang lembut.

“Abang…,” panggilnya lemah. “Saya dah tak tahu nak buat apa.”

Karl Zion senyum. Bahu isterinya diusap perlahan. “Berdoalah.”

Zawana memandu keretanya dengan cermat apabila keluar dari kawasan lebuhraya. Waktu petang begini, ramai orang yang berpusu-pusu pulang dari tempat kerja. Jalan raya pun akan menjadi sesak dengan kenderaan yang pelbagai saiz dan gaya.

Zawana tidak peduli itu semua. Dia hanya mahu pulang ke rumah. Kalau dulu di zaman bujang, pasti panjang langkah kakinya merayau entah ke mana selepas waktu kerja. Kebiasaan itu ditinggalkan terus setelah bergelar ibu. Tambah-tambah pula dengan situasi tegang sekarang ini.

Sudah tiga minggu, Salwa masih belum ditemui. Zawana makin resah, khuatir peluang untuknya bertemu dengan Salwa dalam keadaan dia masih hidup, tipis. Reesa pula, dibebaskan tanpa syarat setelah siasatan mendapati dia mempunyai alibi dalam ketiga-tiga kes pembunuhan rakan-rakan Zawana.

Mengenangkan itu, Zawana mengeluh halus. Fikirannya berputar ligat. Kalau bukan Reesa yang bunuh diorang semua, siapa? Fikirnya.

Sretttttt!!!!!!!!

“Argh!!!” nyaring jeritannya apabila keretanya dipintas sebuah pacuan empat roda. Mati terus lamunannya. Tangannya yang memegang stereng menggeletar hebat. Apatah lagi apabila melihat kelibat seorang wanita keluar dari pacuan empat roda itu. Zawana kecut perut. Dia kenal wanita itu.

“Reesa !”

“Kau keluar! Sekarang juga!” Reesa bersuara kasar. Laju Zawana geleng kepala. Tindakan itu buat Reesa tambah berang.

“Keluar! Kalau kau nak selamat, keluar sekarang!” bentak Reesa lagi. Kali ini lebih keras. Terkocoh-kocoh Zawana cuba keluar dari kereta. Sebaik keluar, Reesa segera menangkap lengan wanita itu. Dia pantas berbisik di telinga, “Jangan cuba jerit kalau nak selamat.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience