BAB 19

Mystery & Detective Completed 2427

“Cakaplah Reesa, siapa dia. Ini boleh bersihkan nama kau,” pujuk Zawana lembut. Di luar hujan masih menggila.

“Dia…!”

Gedegang!

Tiba-tiba pintu ditendang kuat. Zawana dan Reesa terkejut. Laju degupan jantung masing-masing apabila melihat satu lembaga hitam berdiri di muka pintu. Namun sebentar kemudian Reesa tiba-tiba menjadi berani.

“Kau nak bunuh kami pula?” Reesa bersuara lantang.

“Patutnya kau tak dibebaskan polis haritu! Kau hanya menyusahkan orang!” lembaga hitam itu bersuara keras. Zawana terkejut. Suara itu…

“Aku takkan biarkan kau bunuh Zawana !”

“Kau ingat kau boleh halang aku? Dalam mimpi pun, jangan harap!”

“Salwa ?” suara Zawana mengalih perhatian mereka berdua. Lembaga itu mendengus kuat, lalu menapak beberapa langkah ke hadapan. Sejurus, wajahnya terlihat menerusi pantulan cahaya.

“Kau!”

“Apa khabar, Zawana ?” Salwa bersuara sinis. “Terkejut?”

“Tapi kenapa?” tanya Zawana lirih. Air matanya mengalir laju. “Diorang tu semua kawan kau, kot! Kita kawan dah lama. Kenapa?”

“Kau ingat aku nak kawan dengan diorang tu kenapa? Kau ingat aku ikut je cakap diorang tu untuk apa? Untuk aku kesan semua kelemahan diorang! Kalau tak, dendam aku takkan terbalas!” suara Salwa bergema di dalam rumah tinggal itu.

“Dan kau…,” Salwa merapati Zawana yang ketakutan. “Kau ingat kau boleh lepas dengan semua tindakan kau? Kau pancing semua mangsa untuk dibuli oleh diorang semua. Kau lupa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience