BAB 12

Mystery & Detective Completed 2427

“Reesa …,” Zawana sebut nama itu sambil memandang Neeta. “Mungkin dia yang berdendam dengan kita. Teruk juga kita buli dia dulu. Sampai dia pindah sekolah sebab tak tahan dengan kita.”

“Pindah sekolah?” tanya Zawana. “Apa yang aku dengar, lain pula ceritanya. Bukan pindah sekolah, tapi jauh lebih teruk daripada itu.”

“Apa dia?”

“Dia masuk hospital gila!”

“Takkanlah?” Salwa terkejut besar. “Bukan berat sangat pun kita buli dia. Takkan sampai tahap tu?”

“Bukan berat sangat?” tanya Zawana kembali. Nada suaranya sedikit tinggi. “Apa je yang kita tak buat dengan dia? Gunting kain sekolah dia, simbah dia dengan air longkang, paksa dia cium stokin kita yang busuk tu…. dan kau anggap semua tu tak berat sangat?”

Salwa diam. Nyata dia tidak mampu mematahkan kata-kata Zawana ketika ini. Dia memandang Neeta namun pandangan mata Neeta tertuju ke luar tingkap. Entah apa yang difikirkannya ketika ini.

“So sekarang ni kita nak buat apa? Takkan kita nak mengaku kat Inspektor Fauzi yang dulu kita ni kaki buli?” tanya Salwa, buntu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kita dah pun mengaku tadi, Zita,” Zawana mengeluh perlahan. “Sekarang ni, kita perlu berhati-hati. Mangsa seterusnya adalah antara kita bertiga.”

“Eee, takutnya,” Salwa peluk tubuh. “Dia ni dah tak ada kerja lain ke yang nak dibuat selain buru kita?”

“Dah kita yang buat dia dulu, dia balas la balik,” jawab Zawana selamba. “Lagipun, seseorang itu sanggup lakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya.”

“Bukankah maaf-memaafkan itu satu perkara yang mulia?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience