MENJAUH

Romance Series 4117

Andai pergi itu adalah langkah terbaik untuk menjauh dan menoktakan perasaan ini, aku rela pergi. Aku bukan insan yang kuat untuk berhadapan dengan kejian dan cacian. Lihatlah dengan Tasya pun aku harus kalah meskipun tidak ada salah dan silap yang ku lakukan. Dunia glamour yang aku ceburi juga mengajar aku untuk terus berhati-hati memilih kawan dan sahabat.

Sabrina, sebaris nama yang menyebabkan mental ku breakdown. Aku mencaci diriku kerana terlibat dengan seseorang yang sudah dimiliki oleh perempuan lain. Andai aku mengetahui lebih awal, aku boleh membasuh segenap rasa yang bersemi dalam jiwa. Aku bodoh kerana terlambat dalam menyedari situasi ini.

Mika selepas aku balik malam itu, deringan telefonku tidak berhenti. Nama mika muncul berulang kali tapi aku nekad untuk membawa hati pergi sejauh yang mungkin. Aku tidak suka berebut apatahlagi menggangu seseuatu yang sudah dimiliki orang lain. Mika juga sudah ku tanya berkali-kali tapi tetap berselindung. "ah... lelaki sama saja. Uwais ke Mika ke semua tak boleh pakai. Aku je yang tak pandai menilai takkan la jejaka berwajah molek macam tu belum ada teman istimewa.

Mika : Ika kenapa tak angkat fon? saya berhari-hari dah cari awak dekat campus... tapi tak jumpa. Are u okey? jangan la macam ni. If i have a mistake please tell me.

Mika : Mika tak tau nak cakap macam mana lagi, Sabrina bukan sesiapa pada Mika. And please trust me. Jangan kerana Sabrina Ika mula menjauhkan diri.

Mika : Ika dah makan, Mika rindu nak jalan-jalan dengan Ika. Hari ni nampak Ain tapi dia sorang je...Ika pergi mana

Mika : Ika, apa salah mika? Kenapa Ika perlu buat macam ni.

begitulah untaian pesanan yang mika hantar lewat aplikasi whatsapp. Namun semuanya hanya dibaca tetapi tidak ada balasan yang aku kirim kepadanya. Biarlah aku rawat hati sendiri daripada menjadi mangsa orang lain yang akhirnya menjadikan aku seorang yang terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience