Setelah peristiwa persahabatam yang terjalin diantara Mika dan Irah, mereka membawa haluan masing-masing kerana dihambat dengan kekangan masa dan perbezaan jurusan. Mika yang merupakan top student leka mengulit buku bersama fuad dan adam sahabatnya. Mereka kerap menghabiskan masa di fakulti dan rumah Mika untuk menyelesaikan projek dan tugasan penting sebelum dateline penghantaran. Maklumlah Mika seorang mahasiswa yang patuh pada timeline yang ditetapkan... Adam dan Fuad juga sekepala kerana mereka juga gemar menyelesaikan tugasan lebih awal untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan yang akan berlangsung beberapa bulan lagi.
Malaikha seperti biasa semakin mendapat tawaran sebagai model dan influencer berbayar yang akan membuat paid review bagi produk-produk terpilih. Meskipun hasil usahanya menyebabkan dia tidak mempunyai masalah kewangan, namun Irah bukanlah seorang wanita yang gemar berpeleseran. Ain sahabatnya adalah orang yang sentiasa bersama dengannya. Setelah peristiwa dia dicederakan oleh Tasya, Irah sudah kurang untuk berkomunikasi dengan Uwais.
"Ingat, Ika jangan dekat2 lagi dengan Uwais. Saya tak nak benda buruk berlaku lagi. Saya bukan selalu ada dekat dengan Ika. remember ok? begitulah bunyi pesan Mika yang lebih suka memanggil diriku dengan Ika sempena Malaikha. biasanya mereka memanggil irah kerana nama kedua ku iaitu IRAHNEESA. Aku layankan saja kerana kedua-dua pun masih merujuk kepada diriku.
Aku teringat akan Mika, apa khabarnya sekarang. Sudah lama kami tidak bertentang mata meskipun secara kebetulan. Dia pun bukan orang yang suka berkirim pesanan. Fakulti kami agak jauh dan kebiasannya dia datang sarapan di cafe besar seberang jalan. Aku pula sudah jarang ke sana kerana enggan terserempak dengan Tasya.
"Hello ayah, Irah balik weekend ok. Nanti kita makan sama-sama tau. i miss u and ibu.
"ok lovely daughter, nanti ayah bagitahu ibu masak lauk kegemaran irah. Ajak la Ain sekali, lama kami tak jumpa dia".
Ok ayah...see u
Aku meneruskan perjalanan bersama ain menuju ke cafe seberang jalan. Maklumlah suda lama tidak berkunjung. rindu nescafe kat situ..
"aik, masih hidup ya... ingat kan dah mam___s dah perempuan gedik ni. Hei apasal diam? nampak macam penat je, tak menang tangan ka layan lelaki.
"hei perempuan, jaga sikit mulut kau. Orang tengok dressing kau pun dah macam ulat bulu, sedap hati je mengata orang. Dasar tak sedar diri" ujar Ain. Aku menarik tangan Ain supaya menjauhi Tasya dan jangan memperpanjangkan lagi cerita.
"Hei guys, kalau korang nak tahu perempuan ni lah yang viral kat kolej kita ada sediakan perkhidmatan one night stand" ujar Tasya dengan senyum tawanya.
aku melihat sekeliling... rata-rata mahasiswa bercakap sesama sendiri.
" bukan dia model sambilan tu kan"
"cik adik, satu malam berapa"
"tak sangka pula, nampak sopan rupanya sundal"
"fuyo cantik juga memang sesuai jadi kupu-kupu malam".
Allahu akhbar aku menitiskan air mata, entah kenapa sudah tidak ada ayat yang mampu aku ucapkan kepada mereka. Biarlah, Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya. Aku menarik Ain untuk membeli minuman dan berlalu sebaik pesanan telah kami terima.
Mika... (apesal tak lawan?)
Malaikha (x guna pun, dah dorang fikir macam tu biarlah)
Mika ( jangan biar orang pijak kita)
Malaikha (Allah tahu kita siapa)
Mika ( dah jangan sedih2 lagi...balik kelas nanti tunggu kat bus stop. Mika hantar korang balik.
Share this novel