MAAFKAN AKU LOVE

Romance Series 4117

Mika berfikir setelah sekian lama tidak bertemu Irah, hatinya dipaut rindu dan sedih. Sepi bertamu setiapkali mengingati gelak tawa antara mereka. Namun selepas kemunculan Sabrina, Irah mula berubah hala... menjauh dan semakin berlalu pergi.

Mika buntu harus menjelaskan dengan cara yang macam mana lagi. Irah tidak menjawab panggilan juga enggan bertemunya. Hanya kekolej dan balik kerumah tanpa singgah kemana-mana. Mika hilang tujuan bagaimana untuk berterus terang. Kenapa sesulit ini apabila sudah jatuh cinta.

Irah pula lebih senang bersendirian. Pengalaman lalu mengajarnya menjadi manusia berbeza. Menjauhkan diri perlu seandainya dengan cara itu sahaja mampu menghapus fitnah dan andaian buruk. Merampas sesuatu yang bukan milik kita selamanya dianggap sebagai penyondol.

Sabrina yang dia kenali sering mengugut, menghantar kata2 kurang enak dan pelbagai ayat berbaur ancaman yang hanya dirinya mengetahui. Dia tidak langsung bercerita dengan mereka. apatahlagi menyatakam sabrina sering mengugutnya. Biarlah masa yang akan menentukan.

Pagi ini, ketika irah duduk ditaman menunggu kelas berikutnya. Mika datang dan cuba untuk berbicara. Namun sayangnya irah pergi setelah melihat Mika. Namun, secara tidak sengaja dia ternampak kelipan di telefon irah yang tercicir.

" Jauhkan diri daripada Mika. Aku takkan benarkan sesiapa mengambil dia termasuk kau perempuan bodoh".

pesanan yang terpapar itu mengejutkan mika. Maka terjawablah semua keraguannya selama ini. Sabrina akan tetap mnjadi sabrina yang penuh dendam. Dia akan memastikan mika tidak bersama sesiapa. Aku pasti akan membalasnya.

Mika menelfon ain dan memberikan telefon bimbit irah. Mika menceritakan serba sedikit kecurigaanya. Ain juga menyatakan oerkara yang sama kerana sering melihat irah bersedih. Mika berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepatnya.

Maafkan aku love kerana lalai menjagamu. sehingga engkau pergi menjauh tanpa aku sedari punca utamanya. Kenapa tidak berterus terang kepadaku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience