Mika, Ain, Fuad dan Irah telah berjanji untuk meraihkan ulangtahun Mika di sebuah restorant mewah yang sudah ditempah oleh Mika. Selain mereka, Mika juga menjemput beberapa orang sahabatnya dan kawan-kawan ayahnya.
Irah telah memilih baju berona biru muda dan rambut ikalnya di lepas begitu saja. Wajahnya disolek nipis sahaja untuk menaikkan seri. Irah puas melihat penampilannya dengan dress sederhana bertutup. Meski agak longgar tetapi masih agak menawan dengan bentuk tubuhnya yang langsing. Dia juga membawa hadiah sebentuk jam tangan casio yang dibeli dengan duit bayaran photoshoot. Beribu juga hadiah yang diberikan kepada mika kerana dia segan untuk memberikan hadiah yang murah. Dia tahu kedudukan dan penampilan mika sejak mereka mula rapat. Barang-barang yang digunakan mika adalah daripada merk yang terkenal.
Ain juga sangat menawan dengan gaun malam berwarna hitam... senada dengan tudung shawl yang digunakannya. Sejuk mata memandang. Meskipun ain anak yatim namun dia tetap bersemangat untuk membantu ibu dan adik-adiknya. Jujur aku katakan bahawa Ain adalah sosok sahabat yang cekal dalam mengejar cita-cita.
Kami berdua menaiki grab untuk ke restoran tersebut. Kami disambut oleh wan dan fuad iaitu sahabat baik Mika dan dibawa duduk di bahagian kedua. Kelihatan beberapa orang lelaki separuh abad seperti orang-orang korporat sedang rancak berbual sesama mereka. Aku mengenali ayah mika kerana wajahnya persis Mika berusia... Handsome meskipun sudah berambut putih. Kedudukan kami berhadapan dengan meja mereka. Di sana juga kelihatan dua pasang tetamu ayah mika yang jelas amat akrab. Mika datang menyalami semua yang ada di meja tersebut dengan penuh hormat sebelum duduk disebelah ayahnya.
Inilah anak bujang saya Mikhael, dulu kecil je sekarang tak sedar dah 25 tahun.
dah besar panjang mika ni, dah boleh bagi menantu ni. Aku rasa tidak tenang mendengar perbualan mereka.
Sofia masih belajar di luar negara. Kalau dia ada tadi seronok pula, boleh berkenalan dengan mika. Silap haribulan boleh kita berbesan. Selepas beberapa detik, muncul figura wanita muda yang memakai dress skirt paras lutut. Wajahnya cantik meski kulitnya berwarna tan... mungkin kacukan fikirku dalam hati.
Sabrina kenapa lambat, majlis dah mula. Mika dah bagi ucapan tadi. Hatiku berdetak hebat, sabrina.... kalau aku tak silap sabrina yang pernah muncul di screen telefon mika. Sabrina duduk membelakangi kami. Mika menatap aku dengan seraut wajah mendung. Aku mula rasa tak sedap hati. Entahlah kehadiran sabrina ternyata mengugat segenap rasa yang ku simpan untuk Mika.
Majlis makan-makan telah bermula, aku dan ain mengambil beberapa jenis hidangan dan duduk semula. Entah kenapa fikiranku tidak mampu bekerjasama dengan selera makan ku. Aku hilang rasa untuk makan. setiap kali aku pandang Mika yang rancak berbual dengan keluarga dan sahabat ayahnya ternyata aku rasa amat kerdil. Aku tidak layak untuk menaruh hati padanya. Strata sosial kami jauh berbeza, cerita kami sudah tentu tidak ada titik penyambungnya. Aku tidak mampu hidup dalam sekawan angsa emas kerana aku bukan seperti mereka.
Aku termenanung sebelum dikejutkan oleh satu suara "eh, kenapa tak makan? Mika perhati dari tadi kuis makanan je. Ika tak sihat lagi?. Aku menggeleng kepala kemudian mula menyuap makanan. Entah kenapa makanan yang enak itu hanya lalu tanpa dapat ku rasai nikmat sebenarnya.
"Mika mengerutkan dahinya, seolah-olah bertanya kepada Ain. Ain menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Aku menghulurkan hadiah kepada Mika.
"happy birthday mika, semoga panjang umur dan murah rezeki. ini je ira mampu berikan untuk mika".
"Mika, i want to talk to you...just berdua..." ku lihat mika mengetap bibir perlahan bangkit mengekori langkah Sabrina. Rasanya aku tidak usah berlama-lama lagi kerana sudah jelas dan terang situasi yang berada di hadapan mataku.
Aku dan Ain selamat tiba di rumah selepas 15 minit menaiki grab car. Alhamdulillah meskipun ada rasa sedih bertamu dalam hati. Ya aku perlu menjauh... agar tidak ada sesiapa yang akan terluka dengan tindakanku. tanpa sedar titisan air mata menemaniku sepanjang membersihkan diri. Mungkin aku juga sedih kerana Mika adalah crush yang sering ku kejar-kejar sebelum ini tapi akhirnya hampa.....
Share this novel