Photoshoot Irah memakan masa sehingga 3 jam. Pelbagai fesyen baru perlu digayakan untuk butik yang akan dibuka. Alhamdulillah rezeki yang datang tanpa diduga meskipun kakinya masih terasa sakit dia tetap gagahkan diri untuk meneruskan tugasnya yang sudah dijanjikan bersama pemilik butik.
Sementara menunggu Model lelaki menggayakan baju, aku teringat peristiwa kaki diurut oleh Mika. Mika sudah banyak berubah, dahulu muka sedingin ais sekarang sudah mula berubah watak. Entah kenapa, aku merasakan Mika menyimpan duka di dalam hati. Mata hitam itu jelas ada sinar kesedihan di dalamnya meskipun dia kelihatan biasa-biasa saja.
" aduh mika, perlahan sikit la. Kaki irah sakit"
" Memang la sakit sayang oiii...namanya terseliuh kan kena urut supaya urat tu tak masuk angin. Mika pandai urut la, pernah belajar dengan kawan . Papa mika pun selalu puji mika pandai urut tau... jadi jangan la banyak komplen. Insyallah sehari dua akan lebih ok ".
Selesai sahaja tugasan itu, Irah bergerak perlahan untuk ke Bus stop berdekatan. Jam menunjukkan sekitar jam 6 petang. Sudah dekat waktu maghrib. Orang pun tak ramai sangat, sementara menunggu bas irah memaklumkan keberadaan kepada Mika.
"irah dah dekat bustop nak balik rumah sewa"
Mika yang sibuk berbincang tentang penelitian akhir semester melihat pesanan di telefonnya sepintas lalu tanpa membalasnya.
Ketika turun dari bus, Irah perasan ada seorang lelaki juga turun di trmpat yang sama. Bus stop ke rumah sewa irah kena berjalan kaki dalam 10 minit. Irah cuba untuk berjalan lebih laju tetapi lelaki itu seolah-olah mengekori langkah kakinya.
Irah tanpa berlengah lagi mengambil langkah seribu dan berlari laju masuk ke kawasan rumahnya. Mengunci pagar dan grill rumah dengan kadar yang pantas. Dia mengintai melalui jendela dan melihat lelaki itu masih ada di luar rumah.
Irah menekan punat telefonnya...
"Ain balik cepat, ada lelaki ikut aku depan pagar rumah. Dia pakai baju hitam dan topi... Ain balik la irah takut" tanpa sedar irah menggeletar... Peluh mula menitis dan Irah semakin tidak dapat mengendalikan rasa ketakutannya.
"Ain yang mengetahui panic attack irah segera mendail nombor mika.
"hello mika, please dtg rumah sewa...irah... dia kena panic attack...ada orang kejar dia sampai depan pagar rumah.... " Ain menjelaskan tampa sempat mika bersuara..
"what? lelaki kejar Irah... ok Mika ke sana sekarang.
" Ain otw tapi agak jauh lagi dari rumah ni. Mika pergi sana dlu please... ain risau Irah... kalau tak okey kena bawa ke klinik. Nanti sy bagi alamat dan doktor yang rawat dia.
Banyak persoalan berlegar di kepala Mika. Namun segalanya ditepis dahulu. Dia perlu segera mendapatkan Irah.
Tok..tok...tok... pintu rumah diketuk...Tangisan irah semakin kuat, ketakutan yang tidak dapat dia bayangkan. seluruh tubuhnya bergetar hebat.
Irah, its me mika... open the door....
Irah yang mendengar suara Mika sedaya upaya berdiri meskipun dia terasa kakinya tidak mampu digerakkan. Susah payah akhirnya dia berada di muka pintu. Melihat sosok mika yang kerisuan menyebabkan irah tanpa sedar masuk ke dalam pelukan mika. Getaran tubuhnya dapat dirasakan Mika. Something wrong , irah tak pernah macam ni. Mika mengangkat Irah ke kereta dan menutup pintu rumah. Mika melihat nama klinik dan doktor yang diberikan oleh Ain.
" assalamualaikum, saya nak hantar pesakit malaikha irahneesa dan doktor yang merawat adalah doktor Hisyam. Ujar Mika di kaunter pendaftatan.
" oh cik Irah, boleh duduk sebentar. Nurse menghubungi seseorang di talian dan irah dibawa masuk ke satu bilik rawatan. Doktor separuh umur berambut putih sedang menangani irah. cecair berwarna putih digantung dan disambungkan ke dalam tiub tangan irah. Irah juga diberi suntikan di lengan dan kemudian doktor meminta jururawat untuk memberikan keselesaan kepada Irah.
Share this novel