AIN

Romance Series 4117

"Mika, Ain minta maaf terlebih dahulu, setelah apa yang terjadi kepada irah sebelum ni, semua angkara Tasya...Ain rasa berilah dulu masa untuk dia pulih sepenuhnya. Jangan buat dia sedih dan susah hati lagi. Kita jangan ungkit lagi peristiwa tu". Anxiety dia tu memang dah ada sebelum ni cuma ain tak tahu apa puncanya. Ain harap mika jangan sentuh hal tu lagi ya, please".

Mika masih tertanya2 namun dia tidak mahu memberikan tekanan kepada Ain. Beberapa hari selepas itu Ain dibenarkan pulang. Tasya dan orang upahannya telah diberikan amaran dan Irah tak mahu memperpanjangkan masalah meskipun Mika meminta Irah untuk meneruskan dakwaan kepada Tasya.

Namun pandangan redup milik Irah menggangu perasaan Mika. Dia sendiri sukar membaca apa yang dia rasakan. Dia melihat Irah lebih banyak duduk mengelamun, makanan juga cuma dikuis tanpa disentuh. Risau tidak usah dipertanyakan lagi. Sudah semestinya hati mika tidak senang melihat keadaan ini. Namun dia juga perlu menjaga air muka papanya yang meraihkan ulangtahunnya dengan menjemput rakan-rakan perniagaan.

Paling memeranjatkan Mika adalah kehadiran Sabrina meskipun dia langsung tidak mengundang gadis itu. Cukuplah dia khianat kepadanya dan tidak akan ada maaf lagi buatnya hatta sekelumit simpati pun. Mika melihat air muka irah berubah keruh apabila nama sabrina meniti di bibir rakan-rakan ayahnya.

Sabrina adalah teman rapat mika sebelum ini meskipun berbeza universiti tapi mereka sering menghabiskan masa bersama. Boleh dikatakan Mika selesa berkawan dengannya meskipun belum sampai ke tahap meluahkan rasa cinta. Tapi satu kejadian yang tidak mampu dilupakan oleh mika apabila dia melihat sendiri kelakuan Sabrina yang umpama pelacur dengan mudah mencium lelaki mat salleh. Dia juga pernah terserempak dengan Sabrina yang memeluk seorang lelaki berusia. Entah gelaran apa yang sesuai dengan perempuan seperti Sabrina.

Ingatannya kembali kepada kisah mereka dahulu... Ibunya yang sanggup memilih kehidupan lain berbanding bersama dia dan papa. Ibunya tidak dapat menerima perusahaan papanya yang menghadapi masalah serius lalu memilih mengikut lelaki bernama Robert. Hal inilah yang menyebabkan mika menjadi dingin terutamanya dengan perempuan. Sabrina pula dulu papa yang memperkenalkan mereka kerana sering ketemu ibu bapa sabrina.

" Apa lagi yang u nak cakap Sabrina? u tak nampak buah hati i tengah tunggu i tu?

" model sendu tu gf u ker? tak padan langsung. I nak get back dengan u mika".

" Sabrina, i tak pernah bercinta dgn u and tak perlu nak get back bagai... i tak hingin. Jangan masuk campur urusan i lagi. "

" jangan cabar i mika, takkan ada orang boleh dapat u selain i"

Whatever.... Mika berlalu dengan penuh amarah dan rasa sebal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience