aku melangkah masuk ke dalam kereta Mika bersama dengan Ain. Kesedihan tidak dapat aku sembunyikan, raut wajah yang ku paparkam kini sudah pasti seperti ibu kehilangan anaknya... Sejak peristiwa di cafe tadi aku hanya bercakap bila perlu...
" Mika, boleh tak drop Ain kat kawasan depan tu jer..sebab ain ada job kejap lagi dengan team. Mika boleh tolong jaga Irah? " Ain berharap kepada Mika sekurang-kurangnya dia dapat menjadi teman Irah yang seperti mayat hidup tu.
"ok dont worry".. balas mika pendek tapi jelas.
Selesai menurunkan ain, Mika mula memandu ke arah lain dan aku membiarkan saja dia menjalankan tugasnya tanpa sebarang perbualan.
Kami sampai di sebuah cafe atas bukit yang sungguh menawan. Panorama hutan hijau yang sejuk dan menyegarkan mata.
"Ika, dah la tu..tak baik tau macam ni, Mika cuba memujuk aku berbual.
" Salah ker saya nak happy macam orang lain. Saya tak da pun kacau siapa-siapa. Uwais tu tak da pun dalam hati Ika ni. Kenapa sampai macam tu sekali Tasya nak malukan Ika depan semua orang. Aku mula menitiskan airmata.
" mulut orang ika, mana boleh tutup. Selagi dia tak cederakan Ika, biar je... cuma kalau jadi macam tadi Ika kena balas balik. Jangan biarkan orang pijak maruah kita" Mika senyum sambil memberikan nasihat.
Aku mengangguk2 dan perlahan-lahan hatiku terubat dengan kata-kata Mika. Lembut dan sangat prihatin tidak seperti Mika yang dulu. Beku dan menyebalkan.
Ika, esk free tak? jom kita keluar. Ajaklah ain lepak sama kita minum kat satu cafe ni. Best dia baru je buka dan ala-ala hipster.
Nak juga, tapi esk dah janji dengan papa tdi nak balik rumah. Mama nak masak makan sekali. Apa kata Mika ikut kiteorang.
Mika segan la Ika. Nanti apa pula kata papa Ika.
Papa ok la nak segan apa ya. Papa suru ajak Ain tapi esk ain ada job penting. Job yg hri ni sampai lusa dia kena attend. Jom la pegi sama-sama. Saya gerenti awak akan jadi bestfriend papa saya.
Nak gerak jam berapa? jam 8 macam tu la boleh?
ok jer... biasa saya ambil maxim je nak balik malas nak naik bas... kadang tu papa yang ambil.
Saya drive ok.. asalkan awal tak sedih-sedih lagi.
Mika, boleh tak Ika cakap sikit? Ika tak suka kalau terlibat dengan pasangan orang lain. Tasya tu dah cukup menguji kesabaran Ika. Tuduhan yang dia buat seolah-olah tak da maruah. Ika tak suka berebut dengan orang. Ika punya prinsip sekiranya keadaan itu berlaku tanpa segan silu Ika boleh angkat kaki terus. Ika memang tak suka bergaduh, tak suka dipermalukan dan tak suka berebut yang bukan hak Ika.
Mika cuba menghadam butir bicara Ika. Apa maksud Ika?
Kalau Mika seperti Uwais, Ika tak akan teragak-agak untuk menjauh dan membiarkan Mika hidup dengan tenang. Ika tidak mahu dikatakan sebagai penyondol, perampas or whatever yang sama waktu dengannya.
Hurm, tak la dan Mika akan pastikan siapa yang buat Ika takkan terlepas dari Mika. I promise that ok. Jangan la risau, Mika ikhlas sambut salam persahabatan Malaikha irahnessa yang obses dengan Mikael... aku tertawa mendengar balasan mika.
Dulu, Mika rasa Ika ni annoying, rimas dan menyebalkan. tapi yala ada ika buat hidup saya rasa lebih bermakna. Dah ada kawan nak d ajak berbual selain fuad dan wan.
Ika memang macam tu... Ika suka kawan dengan semua orang cuma orang je tak suka kawan dengan ika..
Ika tu model kot... kadang orang ingat ika tu sombong la apa la...
sombong kemenda la mika, org tak layan tu banyak la. hahaha tapi dgn Mika lain. Obses tahap dewa rasanya. Kalau nampak mika mood yang tak best jadi hilang diganti dengan mood nak kejar mika je. Mika makan apa agaknya ya sampai Ika ni mesti nak tengok Mika jer. Dari jauh pun boleh asalkan dapat nampak awak tu jerrr...
Habis tu berkepit dengan uwais tu apa...
Mana ada, dia jer yang selalu sibuk nak ikut saya dengan ain. Gf dia tu pula muka tembok. Macam mana la Uwais yang soleh tu dapat gf macam serigala.
Mika ketawa mendengar bebelanku mengenai tasya dan uwais.
Share this novel