Sesiapa sahaja pasti Akan terkesan apabila melihat seraut wajah Indah....
"bidadari is real" bisik pemuda-pemuda kampus Angsana apabila melihat MALAIKHA IRAHNEESA yang Persis model berjalan melintasi hadapan mereka. MALAIKHA seorang penuntut jurusan seni lakon. Memiliki Rupa paras yang menawan, rambut ikal Mayang dan wajah pan asianya membuat semua orang merasa INGIN memandang nya berkali-kali.
MALAIKHA anak seorang pegawai bank manakala ibunya Pula berdarah kacukan Russia yang bekerja sebagai wartawan. MALAIKHA telah dididik dengan Baik Oleh kedua ibu bapanya meskipun dalam serba sederhana. Namun fesyen dan Dunia glamour yang berada dihadapannya seringkali melalaikan MALAIKHA dan menyebabkan DIA perlahan-lahan hanyut dalam kegemilangan dan Dunia tipu-tipu.
Kecantikannya menyebabkan ramai orang sering mendekatinya bahkan rela membayar dengan Harga yang Mahal. Pernah beberapa Kali ditawarkan Wang yang banyak hanya untuk one night stand. MALAIKHA meski terlihat Lembut TETAPI Masih mempunyai Sisi yang berbeza. DIA seorang yang Masih mementingkan maruah dan Harga diri walaupun berkecimpung dengan Dunia yang dianggap Kotor.
ADAM MIKHAEL TAN SRI DANIAL seorang mahasiswa yang terkenal kerana kesombongan dan kedinginanya. DIA Enggan di dekat dan mendekati MANA-MANA wanita. prinsip hidupnya mudah, wanita Akan menyusahkan dan menyebabkan lelaki jatuh dengan mudah. DIA terlalu sukar untuk didekati Oleh MANA-MANA wanita di kampus. Mikael yang terkenal dengan wajah menawan "tall, dark and handsome". Kulitnya kemelayuan dan berwarna tan agak gelap kerana ibunya berasal dari Filipina. namun kisah hidup ayah dan ibunya menyebabkan DIA mula menjauhi golongan wanita. Ayahnya pengusaha yang Berjaya sangat menyayangi Mikael. Tanpa pengetahuan ayahnya, Mikael telah MENGIKUTI kelas mempertahankan diri muai Thai untuk pertahanan masa depannya bimbang KESELAMATAN diri dan ayahnya Akan terancam. Dunia perniagaan yang ayahnya ceburi pasti mempunyai Sisi gelap dan sengketa. tidak mustahil Akan BERLAKU MASALAH di kemudian Hari.
Mikael mengambil jurusan perniagaan di kampus yang sama dengan MALAIKHA. Namun sahabat Mikael iaitu wan dan Fuad adalah orang yang sering bersamanya ke mana sahaja DIA pergi. Kereta Lamborghini hitam adalah lambang kemegahan dan kehebatan Adam Mikhael sebagai anak tan sri. Ayahnya mempunyai share dan kepentingan dalam kampus TERSEBUT SEHINGGALAH tidak ada sesiapa yang mahu menghadapi masalah dengan Mikael.
Share this novel