BAB 7

Drama Series 1736

Raisha dan Wani menghadiri reunion batch 95 yang bertempat di SMK Mesra Melawati yang juga merupakan Sekolah Menengah mereka bersama dahulu.

"Wahh, Wani.. banyak ea perubahan sekolah kita ni, dulu tak macam ni, kebun kat sana belum ada lagi, tu... bangunan yang belakang2 tu pon belum ada lagi,wahh....lama betul kita tak melawat sekolah erk.. " teruja Raisha melihat segala perubahan yang berlaku kepada sekolah tercintanya ini.

"Haa.. sebab tu laaa aku ajak kau datang, kalau ada program2 macam ni laa kita dapat jejak sekolah kita balik, nak harapkan hari2 biasa semua sibuk, lagipun pelajar lain nak belajar, tak best laa nak lawat sekolah masa tu.. " Wani bersyarah.

Raisha berlari anak kearah pondok kecil yang berdekatan disitu.

"Wani...kau ingat tak? ni laa tempat kita selalu lepak, makan2 .. masa waktu rehat pun selalu dekat sini, cikgu tak masuk.. kita study kat sini.. " Raisha mengimbau kenangan waktu sekolah dulu

"Rindu laaa zaman persekolahan kita, banyak betul kenangan dekat sini,kalau masa boleh putarkan balik.. aku nak datang waktu kita besekolah kat sini, waktu mula2 aku kenal kau, masatu kau pakai jilbab senget, skaf terkeluar, nangis2 nak balik kan... " Wani tergelak kecil.

"eiiiii... kau suka sangat throwback yang tu.. malu laa aku.. "Raisha mengetap bibir geram.

"Hahahaahhaha.... kau... hahahhaha... masatu..... hahahahah. " Wani tidak dapat meneruskan bicaranya kerana dia sudah terbahak2 ketawa, membayangkan riak wajah Raisha ketika mula2 kenal dahulu cukup membuatkan hatinya geli.

"Eiiii... tak baik ketawa kan org... "

Lantas Raisha mencubit lengan Wani.

"Rasakan.. "

"Aaaa.. aduhh.. aduh... Sakitlahh Raisha.. hahahahahh..." Wani mengadu kesakitan sambil menghabiskan sisa ketawa yang masih berbaki

"Haa.. padan muka, nak kena lagi? aku boleh bagi?!!" Raisha belum puas mengenakan Wani

"Aaa.. tak nak.. tak nak.. "

Wani bingkas bangun dan berlari kelilingi pondok tersebut. Tiba-tiba ada suara yang menegur mereka.

"Raisha? Wani? korang ke tu? "

Mereka berpaling.

"Ehhh, Sarah... " serentak Wani dan Raisha menegur rakan mereka. Mereka bersalaman antara satu sama lain.

"Dah lama tak jumpa korang berdua. korang sihat?" Sarah memulakan bicara.

"Alhamdulillah, sihat..Sarah sihat? " Raisha membalas pertanyaaan Sarah.

"Sihat, Raisha.. aku tengok kau makin cantik sekarang.. " puji Sarah

"Ehh...mana ada, biasa je laa..Kau pun makin berseri aku tengok" Raisha membalas pujian Sarah

"Habistu? aku ni? takde sapa nak puji? hmmm... majok laa macam ni" Wani menyilangkan tangannya tanda merajuk.

Serentak Sarah dan Raisha ketawa.

"Ye.. yee.. kau pun cantik Wani intan Payung. "Raisha mengusik Wani

Wani tersenyum lebar.

"Wehhh.. korang tak nak masuk ke? jomm laaa.. jumpa yang lain" pelawa Sarah.

"Haa.. jomm.. "Wani menarik tangan Raisha agar mengikuti langkahnya.

Sempat Raisha berpaling kearah pondok yang dulunya menjadi tempat fav dia bersama kawan2 yang lain.Jujur,perasaan rindu menyelubungi. Pelbagai kisah yang dicipta bersama2 dan kini ia menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

**************************
Suasana dalam dewan cukup meriah. Diiringi dengan persembahan nasyid dari wakil batch mereka serta celoteh pengerusi majlis yang memecahkan suasana. Pelbagai persembahan dan permainan diadakan antaranya sketsa, ucapan random, sesi throwback, rebut kerusi, pecahkan belon serta macam2 lagi dan program kemuncaknya adalah cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh semua orang.Makanan dalam bentuk buffet juga disediakan, ada pelbagai jenis daripada nasi, kuih muih, kek, koktail dan pelbagai lagi.

Raisha sedang sibuk memilih kuih untuk dimakan, apa yang menarik minatnya sekarang adalah tart cheese. Dia memang hantu tart, Bukan satu yang diambil tapi sepuluh. Raisha.. Raisha.. makan tak ingat dunia.. Tadi dia dah sumbat 3 biji. Katanya lagi nak bawak balik kalau tak habis.. haihh.. Raisha memang hantu tart.

"Awak memang suka makan tart ea? " tegur seseorang.

Raisha terkejut, mulutnya penuh dengan tart ketika itu dan dia hanya mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan jejaka dihadapannya. Raisha mengerutkan dahi tanda cuba mengingati nama jejaka dihadapannya.

Seakan faham isyarat Raisha, lelaki tersebut terus memperkenalkan dirinya.

"Harris, saya.. Harris.. kelas sebelah".

"Ohhh.. Harris, maaf lahh.. saya cam muka sahaja, tak ingat sangat nama ..hee... " Raisha akhirnya bisa berbicara selepas menguyah segala tart yang dimakan tadi.Tu laa.. gelojoh sangat makan.

"Takpe, saya faham.. lagipun kita jarang bercakap dulu.. " Harris tidak menyalahkan Raisha kerana tidak mengingati namanya, sememangnya dulu Harris adalah seorang yang pendiam, entah mengapa harini dia berani untuk bertegur sapa terutama sekali dengan Raisha.

"Ermmm, saya nak tanya... sedap ke tart tu? " Harris memulakan bicara.

"Mestilah sedap, saya ni peminat tart tau, segala jenis tart saya makan.. " semangat Raisha menerangkan.

Harris tergelak kecil.

Raisha mengangkat kening tanda minta penjelasan kenapa Harris ketawa.Kelakar sangat ke ayat Raisha mengatakan yang dia suka makan tart.

" Ehhh.. jangan salah sangka, saya bukan ketawakan awak..cumaa.... " Harris tidak menghabiskan ayatnya, sengaja dibiar tergantung

"Cumaa.....??! " Raisha menginginkan kepastian

Harris tersenyum.

"Hee... Gembira saya bila ada yang puji tart saya. .." jelas Harris.

"Ohhh, awak yang buat rupenye...awak pon minat tart ke? " Tanya Raisha.

"Minat laa jugak, sebab tu laa saya buka bakeri.. " jelas Harris

"Wahhhh.. apa lagi yang awak boleh buat? "

Raisha tampak berminat untuk meneruskan perbualannya dengan Harris, pelbagai topik yang mereka bincangkan.Harris juga kelihatan selesa berbual dengan Raisha, mungkin sifat pemalumya sudah hilang semenjak dia membuka bakeri. Mereka bergurau mersa dan bergelak ketawa bersama, disebalik kegembiraan mereka berbual ada mata2 yang memerhati.

"Suka laa tu Harris, dapat berbual dengan crush.. hihihi"

"Crush? Harris? apa kau cakap ni Ros? " Wani mencelah.

"Tu haaa.. dari tadi lagi Harris duk bersembang dengan Raisha.. " Ros menjuihkan mulutnya menunjukkan kearah Harris dan Raisha.

"Jap.. maksud kau.. Harris crush dekat Raisha? macam tu? " Wani meminta penjelasan.

"Wehhh.. kau tak tahu ke? dari dulu lagi Harris tu syok dekat Raisha.. "Sarah menyampuk.

"Kenapa aku tak tahu pun ?" Wani menyoal

"Memanglaa.. kau kan bff Raisha, takde sapa yang nak ceritakan dekat kau, karang tak pasal2 kau bocorkan rahsia ni dekat Raisha.. " jelas Ros

"Hahaha, jahat betul korang tak bagitahu aku.. tapi.. jap, macam mana kau tahu Ros? "

"Haritu masa Cikgu Nita suruh aku kutip kerja sekolah math hantar dekat meja dia ,kebetulan Harris takde, aku pom selongkar laa bawah meja dia, lepastu aku terjumpa satu buku tulis ni, aku buka.. rupanya..buku luahan hati Harris, dalam tu ada tulis yang dia syok dekat Raisha." Terang Ros menceritakan kejadian yang berlaku pada 9 tahun lepas.

" Kau rasa Harris ada perasaan lagi tak dekat Raisha? dah 9 tahun perkara tu berlalu. " Sarah berteka-teki

"Aku rasa tak mustahil, tengok tu, diorang berbual..mesra betul" tambah Ros

Serentak mereka berpaling melihat kearah Raisha dan Harris

"Harris tahu tak yang kau baca buku dia? " Wani bertanya.

"Tak, aku rahsiakan perkara tu, takut nanti dia marah aku, sebab tu aku tak hebohkan cerita ni.. " balas Ros

"Wahhh.. tak sangka Raisha ada peminat dalam diam... uwuuu" Wani bersorak kecil.

Mereka ketawa bersama.

*********************************
Nasib Raisha begitu bertuah harini apabila dia memenangi acara rebut kerusi dan memperoleh teddy bear besar sebagai hadiah. Boleh laa buat tambah koleksi ,yang dekat rumah dah ada 3 ekor, haihh.. nampaknya katil tu penuh dengan teddybear je. Bukan itu sahaja, Raisha juga diumumkan mendapat cabutan bertuah iaitu kipas berdiri yang kecil. Gembira sungguh hati Raisha, dah la dapat makan tart sepuas hati, dapat hadiah yang banyak, disamping dia dapat menjejakkan kembali kakinya ke sekolah lama dan bertemu rakan2 nya.

"Raisha, aku nk ke tandas laa kejap, kau tunggu dekat sini erk, " Tetiba perut Wani memulas

"Kau tolong pegang barang aku sekali.."

Wani menghulurkan beg tangan dan hadiah cabutan bertuahnya kepada Raisha. Hasilnya, tangan Raisha penuh dengan barang2,antara barangnya sendiri dan barang Wani.

"Awak okay ke tu? " tegur Harris

" Ehh.. Harriss, okay je.. hehehehe" Raisha tersenyum malu

"Banyak betul hadiah yang awak dapat.. " Harris tersenyum

"Ehh, ni hadiah saya dengan Wani, dia minta tolong pegangkan, dia nak ke tandas.. " jelas Raisha.

"ohhh.. "

Harris memegang satu kotak bakeri dan menghulurkan kepada Raisha.

"Ni.. erm.. tart yang lebih tadi,awak ambil lah, kalau awak nak lagi, awak datang je kedai bakeri saya, nanti saya share location.

Raisha tersenyum gembira.

"Wahhh... terima kasih Harris, ermm.. tapi boleh tak awak pegangkan dulu, tangan saya dah penuh ni..hee.. " pinta Raisha.

"Ohh.. okay, takde masalah.. hee.. " Harris tersenyum manis, cukup membuatkan hati wanita cair.

Tetiba nada dering Iphone 8plus milik Raisha berbunyi, Raisha sedaya upaya mencapai phonenya yang terletak dalam handbag.

"Err.. nak saya tolong? " pelawa Harris

"Ehh.. takpe2..saya boleh buat..."

Raisha melihat skrin phone, Naufal menghubunginya, Ehh.. kenapa tetiba Naufal menghubunginya? ada apa2 ke?

"Helo? Assalamualaikum, ye ada apa? " Raisha memulakan bicara

" Waalaikumussalam, Raisha awak ada dekat mana? saya.. "

Belum sempat Naufal menghabiskan ayatnya, kedengaran suara Raisha bercakap dengan seseorang.

---Ehhh..teddybear nak jatuh... Harris boleh tak awak tolong pegangkan teddybear saya ni? terima kasih"-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience