BAB 1

Drama Series 1736

Ini adalah kisah hidup Raisha. Raisha yang dulu adalah seorang insan yang tidak pernah merasai hidup bercinta-cintun seperti orang lain, Baginya semua itu hanya membuang masa. Raisha melalui zaman sekolah menengahnya dengan belajar, belajar, belajar dan belajar.

" Inilah diri aku, Raisha Syahirah Binti Karim.Mungkin dalam kalangan korang semua ada yang merasakan hidup aku membosankan, well, aku tak nafikan mende tu semua, hidup aku mula bosan bile semua orang sibuk bercakap pasal jodoh, terutamanya Ibu aku. "

"Aku sendiri rase pelik, Aku sekarang bekerja dekat satu kedai bunga, aku memang minat dengan bunga ni so... why not? Umur aku baru sahaja meningkat 25 tahun, Aku masih muda kot. Tapi orang sekeliling asyik memaksa aku untuk berkahwin. Yup memandangkan sistem ekonomi SDN BHD aku pon dah kukuh, yela aku takde nak tanggung sapa-sapa lagi kan. Okay dh habis. "

Zzzzassssssss

Fikiran aku mula kembali ke alam nyata

"Hmm, termenung apa tu Raisha? sehari kalau tak termenung tak sahh.. " Bebel Cik Tika aka Atikah owner kedai Bunga Fav One's.

"Ehh.. Cik Tika, takde lahh.. ni haa tengah duk belek2 bunga ni, takut ada serangga.. hehehe" aku memberikan senyuman kambing bangun pagi kepada Cik Tika.

"Hmm, yelaa Raisha...Ohh ye, sebelum terlupa saya nk peringatkan esok kita kena buat penghantaran tau, Dekat Hotel Mouve sempena event pembukaan rasmi diorang, Nanti tolong asingkan bunga2 segar yang nak dibawa esok, okay? " Jelas Cik Tika

" Baik Boss " Aku terus mengangkat tangan mendabik tanda betul2 faham, hihihi

************************

"Wahhhh, Cantiknya hotel ni, aku dengar ni cawangan ketujuh diorang, fuhhh.. maju betul perniagaan diorang ni, agak2 ada tak ceo yang handsome2 kerja dekat sini,boleh laa aku usha. hehehe... "

*tett tett tett * pengenalan watak

Ini adalah Wani, dia partner kerja aku.. Hahaha.. dia memang suka mengayat cari lelaki yang handsome2,tapi takde satu pun yang sangkut.hihihihi,sorry Wani.

*tett tett tett* sambung

" Ish kau ni, Kita datang nak kerja bukan nk cari jodoh, apa lahh, fokus sikit" Aku sengaja bertegas dengan Wani ni, Acah2 Garang and Workaholic.

"Yela.. yelaa.. kau ni , aku nak gurau sikit pon tak boleh, hemph.. " Wani tarik muka mengajuk

"Alalaa.. buruknya muka, sian.. takde sapa nak pujuk... welkk.. " Sengaja aku panaskan lagi hati Wani

"Ishhh.. Kau ni Raisha, tak sweet lansung, eiiiiiii.... " Wani dah start cubit2 dekat pinggang aku, aku memang spesis yang tak tahan geli.. maka bergelak ketawa laa aku sehingga...

Bukkkkkkk

"Ehh.. encik maafkan saya..saya betul2 tak sengaja, ermmm.. encik okay ke? "

Haishh, tak pasal2 aku terlanggar mamat sorang ni, ishhh.. ni semua Wani punya pasal laa ni, aku yang jadi mangsa.

"Ermm, it's okay, saya minta maaf sebab saya jalan laju2 tadi, saya bergegas nak ke satu tempat, minta maaf ye, saya pergi dulu. " lelaku itu terus berlalu..

"Ehh.. encik, alaaa.. cepatnya pergi, baru nak tanya nama tadi, handsome nya mamat tu Raisha, aaaaa.. aku rasa dia jodoh aku. " excaited betul Wani ni

"Banyak laa kau punya jodoh, aku yang malu tau tak...hemphh.. " geram betul aku dengan si Wani ni.

"Alaaa.. sorry2,okay nnti lunch aku belanja, amacam? sorry erk? hehehe.. "

Dia dah start buat muka kerang busuk dia tu sebab nak nagih simpati, tapi takpe kalini aku maafkan sebab ade orang nk belanja aku makan, yezzaaaaa.. Hahahahah (gelak bahagia)

************************

"Uiit, Raisha.. kau dah habis makan belum? jom laa balik kedai, dah nak habis waktu lunch ni nanti bising pula Kak Tika." Mata Wani still tertumpu pada skrin phone dia.

"Wani, aku rasa tak sedap badan laa, rasa macam pening sangat2 "

"Raisha, kau okay tak ni? muka kau nampak pucat, Raisha.. Raisha.. kalau kau tak okay, kita pergi klinik sekarang, jomm.. " Wani lekas bangun

Saat aku hendak bangun pandangan mata aku terus kabur, gelap gelita, aku merasakan satu hentakan di kepala aku, dan... suara Wani.. suara Wani yang memanggil2 nama aku.Kemudian aku tidak sedarkan diri.

*********************

Perlahan-lahan aku membuka mata yang terasa berat,aku memandang ke arah syiling, suasana pemandangan yang lain,aku tak pernah lihat syiling ni, kat mana aku? Dan kemudian.. aku terdengar suara yang cukup aku kenali, suara Wani.

"Raisha.. Ya Allah, mujur kau dah sedar, kau takutkan aku je tadi, cemas aku dibuatnya.."

Aku hanya memandang wajah risau Wani.

"Kau okay tak ni? boleh bangun? "

"Wani, kita kat mana? " soalan pertama yang keluar dari mulut aku.

"Kita kat klinik ni, tadi ada beberapa orang yang tolong aku papah kau, terus aku bawa kau ke klinik, risau aku tetiba kau pengsan, doktor bagitau kau dehidrasi, musim2 panas macam ni kena banyak minum air. "

Aku hanya mengangguk.

"Dah jom kita balik, aku papah kau. "

Tak sangka aku boleh pengsan tanpa aku sedari, seingat aku, pagi tadi semuanya baik2.Aku dah sarapan siap2 sebelum membuat penghantaran bunga, tapi... mungkin disebabkan aku berulang-alik mengangkat bunga yang menyebabkan aku dehidrasi.

***************************

Seminggu kemudian

"Wani, kau free tak petang ni? lepas habis kerja? " Raisha bertanya kepada Wani.

"Free je, kenapa? kau nak ajak aku shopping? "
Beriaa je Wani ni

"Manade laa.. tadi ermm, Doktor Khair call aku, dia suruh aku datang ambil keputusan ujian saringan aku haritu " Terang Raisha kepada Wani.
"Ohh, klinik yang kita pergi haritu ke? Asal wehh? aku ingat dah settle dah haritu? " Tanya Wani

"Tulaaa, aku pun pelik, kau teman aku erk? " Pinta Raisha

" Okay, no problem"

******************************

" Ermmm... Doktor? kenapa ye..Doktor panggil saya? ada hal yang mustahak ke yang...Doktor nak bagitahu? " Perlahan suara Raisha bertanya

"Cik Raisha.. sebenarnya, saya ada berita yang kurang menarik ermm.. berita buruk laa maksudnya berkaitan ujian saringan Cik Raisha tempoh hari " Doktor Khai mula bercakap

"Apa result nya Doktor? " Hati Raisha berdebar2 untuk mengetahui hakikat ini

" Melalui keputusan ujian saringan Cik Raisha....Kami dapati bahawa Cik Raisha sedang menghidap penyakit barah otak... ermmm.. " Doktor Khai merasakan serba salah untuk meneruskan percakapannya.

"Doktor, ap.. apa yang saya dengar tadi betul ke? saya menghidap penyakit..... "

Setitis air mata mengalir di mata Raisha sebelum sempat dia menghabiskan pertanyaannya. Lantas disusuli dengan deraian air mata yang tidak henti2.

Wani disebelah turut merasa kehibaan Raisha, Wani cuba untuk menenangkan Raisha, Tangan Raisha dipegang erat. Hakikatnya, tangan Raisha dirasakan menggigil dan air matanya mencurah tidak henti. Doktor Khai turut merasa simpati, Riak wajahnya menunjuk rasa serba salah akan hakikat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience