BAB 4

Drama Series 1736

" Weiiii, Kau biar betul? kahwin?!?!? " Wani menjerit terkejut, lantang betul suara dia, dah laa dekat kedai makan sekarang ni, aduhhh.. Wani2x, tak rilek betul kau ni. Ada beberapa pelanggan yang lain memerhati gerak geri mereka.

"Waniiiiiii, perlahan laa sikit, habis semua orang dengar nanti. Malu laa orang tengok." Bisik Raisha tapi masih boleh didengari jelas oleh Wani.

" Okay2, aku minta maaf, terkejut betul aku dengar berita kau ni, hot betuull... " Wani mengibas-ngibas mukanya dengan tangan bagi menunjukkan reaksi "cerita hot" Raisha.

"Ishh kau ni, serius laaa.. aku tengah fikir cara untuk aku lepaskan diri dari masalah ni, haihhh.. aku tak tahu laa Wani, lepas satu... satu.. ujian yang datang dekat aku, penyakit aku ni belum pulih lagi, datang pulak 'penyakit' yang lain.. hmmm.. malangnya hidup aku. " rungut Raisha.

Raisha berasa cukup tertekan. Sepanjang hidup dia, inilah kali pertama dia menerima ujian yang bertubi-tubi ini. Raisha memikirkan perasaan Ibu dan Abahnya apabila mereka mengetahui perkara sebenar yang menimpa Raisha.

---Dah laa aku lama tak balik jenguk Ibu dan Abah, mesti diorang risau, hmm... mungkin ini balasan untuk aku sebab aku dah kecilkan hati Ibu dan Abah.Tapi...aku bukan sengaja tak balik, lepas daripada keputusan ujian saringan tu keluar, aku memang sibuk, sibuk sehingga diri aku sendiri

tak terurus, hmm.. nampaknya, aku kena balik jugak hujung minggu ni----

Raisha bermonolog sendiri.

"Uitt.. Raisha.. Raisha... "

Wani melambai-lambaikan tangan dihadapan muka Raisha, lantas, Raisha tersedar dari lamunannya.

"Kau ni... asyik mengelamun je... dah sampai ke pelamin ke tu? pelamin angan2 " perli Wani diiringi gelak tawa.

"Ishhh.. kau ni, aku dah laa tengah mengalami masalah yang besar, yang cukup besar.. kau boleh pulak ea perli aku, hmmm... Wani...please laaa, tolong aku... bagi aku idea, macam mana aku nak lari dari masalah ni, please....." Raisha mengoncang-goncangkan bahu Wani.

"Macam ni laaa, aku rasa tak salah pun kan kau terima pinangan dia tu,kau pon bukannya tengah bercinta dengan sesiapa,lagipun...ni laa cara terbaik untuk kau balas jasa Yayasan diorang, aku tengok kau dengan Nek Mai tu pon rapat je, siap Nek Mai tu yang tanya pasal perkahwinan kau ni.. " jelas Wani.

"Wani... kau ni, teruk laa idea kau kali ni.Hemph...." Raisha terus menyumbat nasi goreng hingga penuh semulut tanda protes dengan cadangan Wani.

**********************************

" Assalamualaikum Ibu...Ibu sihat? sorry Ibu, Raisha jarang balik jumpa Ibu, kalini Raisha betul2 sibuk. " Raisha menyalami tangan Ibunya.

"Hmmm, Raisha 2x... sibuk betul ye kamu bulan ni, tak jenguk lansung Ibu, kita ni bukannya jauh sangat, Ibu suruh kamu duduk dengan Ibu Abah tanak, Nak jugak duduk rumah sewa, kan susah nak balik jenguk Ibu, lagipun tempat kerja kamu tu, bukannya jauh sangat. " Bebel Puan Mariam

"Alaaa, ibu..... sorry laaa, Raisha bukan sengaja tak nak jenguk Ibu, lagipun Raisha duduk rumah sewa sebab nak berdikari, heee... "Raisha memeluk manja Ibunya.

"Hmmm, Ibu bukan apa, Ibu sunyi, Along dan Angah dah kahwin ikut suami, Achik kerja Cikgu kat Sarawak nun, Raisha duduk rumah sewa, tinggal Ibu dengan Hakeem dan Maisara je. "

"Kenapa Ibu nak Sunyi.. Abah kan ada.. heee. "pujuk Raisha.

"Abah kamu pun satu, sibuk jugak bekerja.. hemphh"

"Aikk, dia duk mengata kita pula ye.. " Encik Karim memunculkan diri

"Abahh..... Rindu Abah.. " Raisha menyalami tangan Abahnya.

"Sudah2 laa tu dengan drama air mata ni, dah jomm... kita masuk makan, Ibu kamu masak sedap2 harini, sambil makan, boleh kita borak2,banyak benda Abah nak cerita ni... " celoteh Encik Karim sambil tersengih2.Gembira agaknya Raisha pulang.

"Okayy.. jommmm... " melompat Raisha menyahut ajakan Abahnya, kalau bab makan siapa je tak melompat keriangan, tambahan pula, masakan istimewa Ibunya, yang sangat2 dirindui Raisha.

************************

Pukul 10 malam, Raisha menuruni tangga untuk ke dapur bagi menghilangkan haus di tekak. Setibanya di ruang tamu, dia melihat kelibat Ibu dan Abahnya yang masih berborak.

"Ibu,Abah..tak tidur lagi ke? rancak berborak? " tegur Raisha.

Puan Mariam dan Encik Karim melihat kearah anaknya serentak. Tepat pada masanya kehadiran Raisha,kebetulan hanya mereka bertiga yang berada disitu, ada sesuatu perkara penting yang mereka berdua ingin bicarakan bersama Raisha.

"Raisha... mari duduk dekat sini, Ibu dan Abah nak bincang sesuatu ni." pelawa Encik Karim

Raisha menuruti arahan Abahnya dan mengambil tempat berhadapan kedua Ibu Bapanya.

"Ada apa Abah? nampak macam serius je? " Raisha menelan liur.

Apakah perkara yang ingin dibincangkan oleh Abahnya?

Adakah ia begitu penting?

Kenapa keadaan kelihatan begitu tegang?

---Adakah... adakah... Ibu dan Abah sudah tahu hakikat sebenar? bahawa.. ak.. aku... menghidap penyakit barah otak?.. ti.. ti.. tidak mungkin... macam mana Ibu dan Abah boleh tahu? aku sedaya upaya menyorokkan berita ini daripada mereka.. Apa aku nak jawab dekat Ibu dan Abah ni.. -----

****************
Jam menunjukkan tepat pukul satu pagi. Raisha masih belum terlelap, sedari tadi dia hanya memusingkan badannya ke kanan dan ke kiri. Fikiran Raisha bercelaru, perbualan antara Ibu dan Abahnya kembali terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Abah nak bagitahu perkara penting ni dekat Raisha. " perlahan Encik Karim memulakan bicara.

"Ermmm... Ab.. Abah.. na.. nak.. bagitahu Raisha ap.. apa? " tergagap-gagap Raisha menuturkan bicara, suaranya seakan tenggelam timbul.

"Kenapa Raisha tergagap2 ni, Abah belum mula bercakap lagi.. " Encik Hamid ketawa kecil lalu menyambung bicaranya. " Macam ni, dua hari lepas, ada seorang lelaki datang ke rumah kita bersama keluarganya, dia kata dia kenal Raisha, rakan sekolej katanya, Abah pon tak pasti..Tak silap Abah Naufal namanya.. Naufal Mirza bin Muhammad

Sebaik sahaja nama Naufal disebut, Raisha makin berasa berdebar2,jantungnya bagai nak luruh, Aduh.. apa yang Naufal bagitahu Abah..

"jadi... kedatangannya tempoh hari bertujuan untuk masuk meminang Raisha, Abah tak beri sebarang jawapan lagi, Abah dan Ibu dah sepakat jodoh Raisha, biar Raisha yang tentukan sendiri, mana yang Raisha berkenan Ibu dan Abah akan terima. " panjang lebar Encik Karim menerangkan kepada Raisha.

Raisha menelan liur. Amboii.... Naufal, kau siap datang jumpa keluarga aku, aduhhhh... apa nak jawab ni... aaaaaarghh....

"Haaa Raisha, Ibu memang nak suruh kamu balik hujung minggu ni, tak sangka kamu memang nak balik, jadi Ibu dan Abah sepakat nak bincangkan perkara ni hujung minggu ni jugak. " terang Puan Mariam

"Ibu nampak Naufal tu baik budaknya, sopan santun, pandai melayan orang tua, sesuai sangat nak jadi calon suami. hihihi.. " Ibu Raisha tampaknya berkenan dengan si Naufal ni.

Raisha hanya diam.

"Jadi macam mana Raisha? Raisha setuju? " tanya Encik Karim

Raisha tetap membisu, angguk tidak geleng pun tidak.

"Terima je laa Raisha, kamu dah lama sangat membujang, ni maksudnya dah tiba jodoh kamu, Ibu pun rasa lebih gembira, ada jugak yang boleh tolong tengok2 kan kamu, tak laa Ibu risau je memanjang dekat kamu ni.. " Tambah Puan Mariam

" Ermmmm... Ibu...Abah... Raisha nak minta masa untuk Raisha fikir2 kan dulu boleh? Raisha takut keputusan yang Raisha terlalu terburu2,mungkin ada pihak yang berkecil hati.... " perlahan Raisha menuturkan bicara.

"Abah faham, takpe.. Raisha fikir masak2 dulu, tapi jangan fikir lama2 sangat, kesian pihak lelaki menunggu.. ye Raisha? " Pujuk Encik Karim. Masak benar dia dengan perangai anaknya si Raisha ni, sejak dulu lagi dia memang tidak menunjukkan minat untuk bercinta. Jadi, Raisha memerlukan ruang untuk membuat persediaan terhadap dirinya dahulu.

"Baik Abah.. "Raisha menjawab lemah

--Ishhhh.. kenapa laa beriaa sangat si Naufal ni, pergi laa cari orang lain, aku jugak yang kena.. aku ni dah laa tengah sakit, pastu selamba pulak dia ajak aku kahwin, tapi.... yang aku hairan, macam mana dia boleh jumpa rumah aku? ----

Raisha mengelamun lagi, Kini fikirannya terbayangkan hari dimana dia berjumpa Naufal untuk membincangkan hal perkahwinan ini.

"Raisha, sebenarnya.. ermm... tentang perjanjian perkahwinan ni, ia tiada kaitan dengan nenek saya, ini semua rancangan saya... saya lakukan semua ni sebab Mummy dan Daddy asyik menyuruh saya agar cepat2 kahwin, Mummy saya selalu aturkan blind date untuk saya, walaupun dia dah tahu yang saya memang takkan pergi, bukan tu je, semua anak perempuan kawan dia, konfem Mummy akan recommend kam dekat saya, saya rimas dengan semua ni. " terang Naufal bersungguh2.

"Encik Naufal, saya tak kisah tentang cerita hidup Encik Naufal, saya tak nak terlibat sekali dalam cerita hidup Encik Naufal ni, boleh tak Encik Naufal settle kan sendiri. " balas Raisha.

"Please Raisha, awak laa satu2 nya perempuan yang saya kenal, awak kena tolong saya, kahwin dengan saya untuk hentikan perkara mengarut Mummy saya" Rayu Naufal

"Saya rasa jalan penyelesaian yang terbaik adalah Encik Naufal cuba terima salah seorang daripada semua suggestions Mummy Encik Naufal, settle.. " cadang Raisha

Naufal mengeluh.

"Awak tak faham, dari kecil lagi segala keputusan untuk hidup saya Mummy yang akan aturkan, saya tanak Mummy aturkan segalanya sampai saya tua, saya perlu tunjukkan dekat Mummy yang keputusan hidup saya adalah hak saya, lagipun saya taknak kahwin dengan orang yang tak dikenali. "terang Naufal

"Wait the minute, Encik Naufal...

Raisha menarik nafas

"Encik sedar tak yang kita ni pun bukannya kenal rapat dah lama, saya pon orang yang tak dikenali tau, dokumen tu juga disediakan masa mula2 kita jumpa, masatu we're strangers " Raisha still mengelak daripada menerima permintaan Naufal

"Yeah... memang diakui, masa tu kita stranger, tapi sekarang dah tak, kita dah mengenali each other dalam tiga minggu, saya rasa awak laa perempuan yang saya kenal melebihi satu hari. Lagipun saya dah bagitahu nenek yang awak adalah kawan kolej saya, kalau awak dah setuju, saya perkenalkan awak dekat Mummy saya pulak" balas Naufal

"Wahhh... ini dah lebih ni."

Raisha mengetap geram

" Encik Naufal sedar tak kita hanya kenal dari rupa sahaja dan Encik Naufal tak tahu apa2 tentang diri saya, latar belakang saya, pekerjaan saya, keluarga saya, kawan2 saya... " Raisha masih tidak mahu mengalah.

"Awak yang tak kenal saya...saya dah mengenali awak lama... "perlahan Naufal menuturkan ayat ini

"Haaa... apa dia? " Raisha kurang jelas

"Tolong fikir2 kan cadangan saya ni, saya betul2 berharap dengan awak, lagipun awak dah sign dokumen ni, saya boleh saman awak dan saya boleh tarik balik pertolongan Yayasan terhadap awak." Kali ini tegas nada Naufal

Raisha mati akal. Dia hanya diam membatu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience