BAB 5

Drama Series 1736

Fikiranku jelas terganggu. Berita mengenai penyakitku itu sudah cukup meremuk kan hati ini, ditambah pula dengan desakan perkahwinan yang aku sendiri tidak tahu apakah keputusan yang harus dibuat. Ya Allah... bantulah hambamu ini menyelesaikan segala permasalahan.

Raisha sedang leka membelek2 bunga carnation yang baru sahaja sampai kelmarin. Dia perlu memastikan bunga tersebut tidak rosak dan dijaga dengan baik. Walaupun Raisha sedang leka menilik bunga, hakikatnya fikiran dia jauh melayang memikirkan permasalahan yang dihadapi.

Tiba-tiba pandangan Raisha kabur. Bunyi berdesing jelas di telinganya. Muka Raisha berpeluh-peluh. Tangannya menggeletar. Kepala terasa mencucuk sekali.

"Raisha, kau dah siap cek semua bunga carnation tu? " Wani bertanya.

Tetapi Raisha membisu.

Raisha meraup wajahnya. Dia cuba untuk bangun, tetapi saat kakinya memijak tanah, bumi dirasakan seolah2 berpusing

Bukkkk

Raisha Jatuh tersungkur.

"Ya Allah.. Raisha.. Raisha.. bangun Raisha.. Raisha... " Wani menarik Raisha keatas ribaannya, dia menepuk2 perlahan pipi Raisha untuk menyedarkannya.

*****************************

Perlahan-lahan Raisha cuba membuka matanya. Terasa berat sekali, Kepalanya juga masih terasa pusing. Raisha melihat sekeliling. Menyedari tingkah laku Raisha, Wani segera mendapatkannya.

"Raisha... Kau okay? Ada rasa sakit kat mana2 tak? kau dah makan ubat? "risau Wani dibuatnya.

"A.. aku okay.." Jawab Raisha lemah.

"Kau letak kat mana ubat? mehh aku ambil kan.."

Raisha menggeleng.

"Raisha... kau kena makan ubat kau, kalau tak macam mana kau nak sihat? kau nak ke pengsan macam ni depan semua orang? depan family kau? Tadi Cik Tika pun risau semacam je, tak pernah2 kau pengsan" bebel Wani.

"Kau.. Kau jawab apa? " Raisha menanti jawapan dari Wani.

"Aku jawab kau pening kepala, sebab tak sarapan pagi tadi.. ishh.. kau ni Raisha, kenapa tak bawak sekali ubat kau? penting kann.. mana boleh tinggal macam tu.. " Wani masih lagi bertegas mengenai ubat Raisha.

"Aku sengaja tak nak makan ubat.. "

Raisha senyum kelat

" Aku taknak menampakkan diri aku sakit, aku nak nampak kuat Wani, setiap kali aku tengok ubat aku, perasaan sedih tu muncul, aku jadi lemah, aku taknak kau layan aku macam ni, kau layan aku seolah2 aku sakit teruk... " terang Raisha

Wani terdiam.

"Raisha... "

Menitis air mata Wani,namun cepat2 dia mengesatnya kerana tidak mahu Raisha menyedarinya. Dia akui akan hakikat ini, Raisha cuba untuk menampakkan dirinya kuat, Raisha memang begini seorang yang degil dan berpendirian tetap.Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa diri telah menghidap penyakit barah otak.

"Baik.. aku akan anggap harini takda apa2,kau cuma terlelap sebab terlalu mengantuk,okay?" Wani cuba tersenyum meskipun terasa pahit

Raisha membalas senyuman Wani.

"Ermmm, Raisha.. boleh aku tanya? ermm... apa yang membuatkan kau susah hati sebenarnya ni? "Perlahan Wani menuturkan

Raisha melemparkan pandangan nya jauh keluar tingkap.

Wani yang seakan memahami reaksi Raisha cuba untuk bertanya.

"Ermmm.. pasal Naufal ke? "soal Wani.

Dia mengagak permasalahan yang asyik difikirkan Raisha sejak dua menjak ni tidak lain dan tidak bukan adalah mengenai penyakitnya dan soal perkahwinan yang ditetapkan Naufal.

"Aku tak tahu laa Wani, Aku buntu sangat2,aku betul2 tak pasti mana satu keputusan yang terbaik. " keluh Raisha.

Wani menarik nafas sebelum mula bicara.

"Macam ni laa Raisha, Apa kata kau solat Istikharah, kau doa banyak2 supaya Allah tunjukkan keputusan yang terbaik untuk kau. Sekarang ni, aku pun tak tahu nak bagi cadangan apa lagi dekat kau, kau sendiri pun tengah buntu kan.. Kau cuba laa erkk, Apa2 keputusan kau serahkan dekat Allah.. Tawakkal. " Wani memegang erat tangan Raisha

Raisha tersenyum. Mungkin ini adalah jalan keluar untuk segala kebuntuan yang dirasakan selama ini.

**********************************

Raisha membonceng Honda beat untuk pulang ke rumah sewanya, Selalunya dia akan pulang bersama Wani, tetapi hari ini, Wani terpaksa mengikuti Cik Tika membeli barang keperluan untuk wraping.Sebelum pulang, Wani sudah memperingatkan Raisha, jika berasa tidak sedap badan cepat2 berhentikan motor ditepi jalan dan call Wani. Prihatin betul Wani terhadap Raisha, serba salah rasanya untuk dia membiarkan Raisha pulang seorang diri.

Ketika Raisha dalam perjalanan pulang kerumahnya tidak semena2 hujan turun, Raisha teringat akan pesan Wani supaya berhenti jika berasa tidak sedap hati, kebetulan Raisha melalui Perpustakaan Awam.

"Baik aku berhenti dulu dekat Pustaka, dah lama aku tak membaca.. heee"

Raisha teruk memasuki kawasan Perpusatakaan Awam.

*****************************

Hujan kelihatan sangat lebat, mujur sahaja Perpustakaan ketika itu agak lengang. Raisha menilik2 buku yang hendak dibaca.Raisha sebenarnya adalah seorang ulat buku, cuma sejak bekerja dia kurang meluangkan masa untuk membaca. Setelah puas mencari akhirnya dia menjumpai buku yang bertajuk "How to be Positive" . Raisha terus mencapai buku itu lalu duduk dengan kaki berlunjur dan menyadar kepada rak buku.

**************************

Perlahan-lahan Raisha membuka matanya. Dia menggeliat kecil. Tak sangka dalam keadaan duduk berlunjur macam tu dia boleh tertidur.

"Haihh.. letih sangat aku ni.. "

Raisha melemparkan pandangan kearah tingkap perpusatakaan itu, hujan sudah serik. Boleh laa dia balik. Yeayy... Apabila Raisha memusingkan kepalanya kearah kanan, mata Raisha membulat.

"Naufal?? apa yang awak buat dekat sini? " tegur Raisha.

Naufal duduk berlunjur menghadap Raisha tetapi jarak mereka dalam 1 meter. Naufal tersenyum.

"Awak ikut saya ke? " Raisha bingung.

"Siapa nak ikut awak, kebetulan je saya lalu dekat sini, hujan lebat sangat tadi, susah untuk saya memandu.. " Naufal buat muka.

"Encik Naufal, kalau ye pun, kenapa dalam banyak2 tempat dalam perpustakaan ni, Encik Naufal pilih tempat yang saya duduk jugak? " Raisha memerli.

"Yelaa, saya tengok awak tertidur, macam tidur mati.. saya datang pun awak tak sedar..."

Naufal memeluk tubuh.

"Saya takut ada orang yang berniat jahat dekat awak, tu.. beg tangan awak, ada barang2 berharga kan dalam tu, kalau hilang.. tak ke susah? "

Raisha terdiam

--Uishhh... betul juga apa yang Naufal cakap ni, aduhhh.. macam mana laa aku boleh tertidur.. cuai betul---

Raisha menepuk dahinya.

"Ermmm.. terima kasih.. " perlahan Raisha menuturkan tetapi cukup didengari Naufal.

Naufal bingkas bangun

"Dah jomm, hujan dah serik ni.. " pelawa Naufal

Raisha lansung mengemas2 buku dan barang2 nya kemudian dia mengikuti Naufal dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience