Bab 3

Drama Series 1736

Raisha duduk menunggu di suatu ruangan terpencil disebuah kafe yang telah di suggestkan oleh Puan Hajah Maimunah. Dia sengaja memilih tempat yang agak terpencil supaya senang untuknya berborak mengenai masalah yang sedang dihadapinya sekarang.

Sedang Raisha meneguk jus tembikai perlahan-lahan, seorang jejaka mendekatinya dan mengambil tempat duduk di hadapan Raisha. Raisha terkejut dan matanya membulat.

"Cik Raisha Syahirah bt Karim? " lelaki itu menegur Raisha.

Dengan gelabah Raisha mengangguk mengiyakan pertanyaan lelaki dihadapannya.

" Saya Naufal Mirza bin Muhammad, saya mewakili Puan Hajah Maimunah untuk berjumpa dengan Cik Raisha. " Jelas Naufal menjawab soalan yang bermain di fikiran Raisha.

"Ohh... terkejut saya tadi, ingatkan salah meja.. hhehehe... " Raisha senyum mesra.

"Kami dah dapat laporan mengenai penyakit Cik Raisha daripada Doktor Khai, dan kami bersedia untuk membantu Cik Raisha. " jelas Naufal

"Ohh, yeke.. Alhamdulillah tak sangka saya yang Encik Naufal sudi bantu saya. " Raisha merasa sangat bersyukur, ada yang sudi membantunya untuk melawan penyakit barah ini. Ia seakan-akan peluang untuk Raisha sembuh semakin cerah.

Naufal tersenyum lalu menghulurkan satu dokumen kepada Raisha.

"Jadi Cik Raisha boleh sign dekat dokumen ni sebagai tanda persetujuan kita. " jelas Naufal

"Okay, kat mana saya kena sign ni? " tanya Raisha

"Dekat sini, sini dan sini.. "

Naufal menunjukkan butiran tempat untuk Raisha sign. Lantas, Raisha terus sign tanpa membaca sedikit pun isi kandungan dokumen tersebut.

"Baiklah Cik Raisha, Perjanjian kita dah dibuat.Terima kasih sudi bagi kerjasama. " Tutur Naufal

"Saya yang patut berterima kasih dekat Encik Naufal dan Yayasan Encik kerana sudi bantu saya,Allah dah permudahkan urusan saya melalui Yayasan Encik Naufal. " Senyum Raisha

**************************

Selepas 3 Minggu

Raisha kini giat menghadiri program yang telah dianjurkan oleh Yayasan Puan Hajah Maimunah. Pelbagai kempen kesedaran, kempen motivasi telah diadakan. Ini sedikit sebanyak telah membantu Raisha mendapatkan kekuatan dan menjadi positif. Raisha juga sering berbual dengan Puan Hajah Maimumah dan ini membuatkan mereka rapat. Raisha disuruh untuk memanggil Puan Hajah Maimunah dengan gelaran Nek Mai agar kelihatan lebih mesra. Raisha juga mengetahui bahawa lelaki yang bernama Naufal itu merupakan cucu kepada Nek Mai.

"Raisha, Nek Mai nak tanya Raisha ni, bila Raisha nak tetapkan tarikh? " tanya Puan Hajah Maimunah kepada Raisha.

Raisha bingung.

"Ermm.. Tarikh apa Nek Mai? "

"Tarikh untuk pertunangan kamu dengan Naufal laa.. ke.. kamu nak kahwin terus? taknak tunang? "

Tersedak Raisha. Haa...? tarikh tunang? kahwin? bila masa pulak ni aku ada apa2 hubungan dengan Naufal.. ishhhh.. apa yang Nek Mai maksudkan ni?

"Ermm.. Nek Mai cakap pasal apa ni? tunang? kahwin? ermm.. Raisha tak paham laa Nek Mai.. "

Jujur Raisha memang betul2 blurr.. Apa yang jadi sebenarnya ni? kenapa tiba2 sebut pasal kahwin? Raisha baru sahaja kenal mereka berdua dalam 3 minggu macam tu..Hairan.. bingung Raisha dibuatnya.

"Yela, haritu Naufal cakap Raisha nak kahwin dengan Naufal, tunggu tetapkan tarikh je. " Terang Nek Mai

Raisha terdiam.

--Apa yang sebenarnya berlaku dan aku tak tahu ni, hmmm... ni mesti ada something tak kena ni.. ---

**************************

"whaatttttttttt!??!?!?.....kahwin? "

Tersentak Raisha dibuatnya apabila kenyataan itu jelas keluar daripada mulut Naufal. Rupanya dalam dokumen yang telah di sign oleh Raisha masa mula2 bertemu dengan Naufal telah dijelaskan dengan sempurna, tetapi tidak dibaca oleh Raisha.

Manalah dia tahu ada syarat yang merepek macam tu. Kahwin? but why? why me?

" Encik Naufal, baik awak cakap betul2 ni adalah dokumen yang awak telah ubah kan? mustahil saya boleh sign mende mengarut macam ni. " Raisha meminta penjelasan.

"Aikk, kan dah jelas tu tanda tangan awak, cuba awak tengok betul2? tu.. sign siapa tu? "
Naufal berpeluk tubuh dan bibirnya menjuih kearah dokumen.

Raisha melepaskan keluhan berat

"Ye saya tahu salah saya sebab tak baca betul2, tapi ini semua tak ada kaitan dengan penyakit saya, mahupun Yayasan Encik Naufal, kenapa tiba2 boleh ada syarat kena kahwin? " bersungguh2 Raisha menerangkan kesalahfahaman ini.

Naufal memandang Raisha, tepat kearah anak mata Raisha. Dan ia membuatkan jantung Raisha berdegup laju. Siapa je tak keruan bila berhadapan dengan Naufal Mirza yang segak ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience