BAB 6

Drama Series 1736

"Raisha.. hujung minggu ni kelas kita nak buat reunion kan.. jom pergi.. "Ajak Wani.

"Kau pergi laa...aku malas laa nak pergi program2 reunion ni.."

"Ishhh.. kau ni.. reunion zaman sekolah menengah ni, jomm laaa... jom la... dah lama dah kita tak jumpa kawan2 sekolah dulu.. rindu betul aku dengan diorang, macam mana laa diorang semua kan,..jomm laaa Raisha.. " Wani masih lagi memujuk.

Raisha berfikir.

"Jomm laaa... tak best laa macam ni kalau tak cukup orang, kita gather2 nak tanya khabar, nak borak2 ,pastu throwback.. kau tak rindu ke zaman SPM? " pujuk rayu Wani

"hmm.. okay laa.. okay laa.. aku pergi. " Raisha akhirnya mengalah. Pujuk rayu Wani sentiasa berjaya.

"yeayy... . petang nanti kita pergi shopping ea, aku nak cari baju lawa2 nak pakai nanti, eiii.. tak sabarnya.... " melompat keriangan Wani.

"Amboii.. beriaa nya kau Wani, ni nak reunion ke nak cari jodoh? " perli Raisha.

"Ehehe... Dua2 pun boleh.. apa salahnya? "

Mereka berdua gelak bersama.

*******************************

"Assalamualaikum Ibu, Ibu sihat? ada apa Ibu telefon Raisha ni?

"Waalaikumussalam, sihat..Raisha sihat? dah makan? " tanya Puan Mariam

"Sihat Ibu, Raisha baru je lepas makan ni Ibu, tapi rasa macam lapar balik "

"Aikk, makan laa banyak2 sikit, nasi tu kamu masak laa lebih sikit, kalau tak cukup duit nak beli barang dapur, bagitahu Ibu, jangan diamkan aje, nanti jatuh sakit pula anak Ibu ni. " bebel Puan Mariam

"Makan dah tambah dua kali Ibu..tapi tetap tak kenyang sebab bukan Ibu yang masakkan. hehe.... "Sengaja Raisha mahu mengusik Ibunya.

"Kalau rindu masakan Ibu, balik laa rumah ni, Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk Raisha tau. Haa ni Raisha, Ibu telefon ni nak bertanyakan keputusan Raisha, mengenai pinangan Naufal tempoh hari? macam mana? apa keputusan Raisha? " Puan Mariam menjelaskan sebab utama dia menelefon Raisha.

"Ohhh.. pasal tu.. ermmm.. Raishaa.. " Tergagap2 Raisha menuturkan bicara.

"Raisha, apa2 keputusan Raisha Ibu sokong, Raisha jangan teragak2 macam ni, kesian mereka menunggu keputusan Raisha, tak baik buat macam ni, kalau tak sudi bagitahu awal2.." Lembut Puan Mariam menasihati Raisha

"Ermmm.. kalau Ibu, Ibu berkenan tak dengan Naufal? " Raisha masih berdalih.

"Apa pulak tanya Ibu, bukan Ibu yang nak kahwin. "

"Takk, ermm.. maksud Raisha, Ibu suka tak perwatakan Naufal sebagai menantu Ibu? "

"Ibu nampak Naufal tu baik orang nya, soleh, pandai jaga hati Ibu bapa nya.. yang lain2 tu Ibu tak tahu laaa.. "

Raisha diam

"Jadi... Raisha terima tak ni? " sekali lagi soalan itu diajukan.

"Ermm, Raisha.. Raisha setuju Ibu, mungkin betul apa yang Ibu cakap haritu, jodoh Raisha dah sampai. " akhirnya terkeluar juga keputusan yang dinanti2 kan oleh semua orang.

"Alhamdulillah, Ibu doakan pilihan Raisha ni adalah pilihan yang terbaik.

Perbualan mereka tamat selepas hampir setengah jam mereka berbual, Raisha sememangnya anak yang manja, segala perkara yang berlaku dalam sehari2 nya pasti akan diceritakan kepada Ibunya.

Keputusan yang dibuat Raisha adalah berdasarkan solat istikharah yang telah dilakukan Raisha sepanjang 3 malam berturut2, Seperti yang dinasihati Wani, Raisha berdoa supaya diberikan jawapan yang tepat untuknya.Kerana ketika itu dia betul2 buntu. Hasilnya, apabila dia tidur dia bermimpikan kehadiran Naufal. Kehadiran Naufal cukup memberikan ketenangan buatnya, ada sinar bahagia yang muncul saat dia terpandang wajah Naufal. Begitu juga pada malam yang seterusnya, mendengarkan sahaja nama Naufal, cukup membuatkan dirinya rasa tenang dan selesa.

---Mungkin inilah petunjuk yang aku nanti2 kan selama ini, syukur kerana aku diberikan jawapan. Hilang segala kerisauan dalam diri aku. ---

Ajaibnya juga, kini Raisha sudah mulai fokus kepada kehidupannya, dia tidak lagi dilanda gusar resah gelisah apabila memikirkan masalah yang dihadapi, Dia merasakan cukup2 tenang. Raisha juga tidak merasakan debaran bakal berkahwin dengan orang yang tidak dikenali, segala perkara yang mencetuskan kebimbangan dalam dirinya dulu seakan hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience