BAB 2

Drama Series 1736

Sunyi sahaja keadaan dalam kereta yang dipandu Wani, Hanya bunyi radio yang seolah2 cuba untuk memeriahkan suasana, tetapi hampa. Raisha melemparkan pandangan keluar tingkap, jauh termenung,fikirannya kusut bercelaru, pelbagai perkara yang bermain difikirannya.

"Adakah aku akan sembuh? "

" Macam mana reaksi Ibu dan Abah? "

"Adakah aku akan kuat melalui segala cabaran yang mendatang? "

"Ya Allah, aku masih sayang keluarga dan kawan2 ku, Aku tidak sanggup untuk meninggalkan mereka "

"Aku belum sempat membalas jasa Ibu dan Abah.... "

Setitis demi setitis air mata Raisha jatuh tanpa dipinta. Hatinya sayu, bahkan cukup sayu. Dia berbelah bahagi untuk menerima takdir ini.

"Raisha... ermmm... apa keputusan kau? kau nk ikut apa yang Doktor Khai suggest kan tadi? "

Fikiran Raisha kembali kepada sambungan perbualannya dengan Doktor Khai.

"Cik Raisha, Kami bersimpati atas nasib yang menimpa Cik Raisha, tetapi penyakit ini tidak akan menghancurkan segala impian Cik Raisha, walaupun ia adalah barah otak dan... ia adalah penyakit yang kedengaran sukar untuk diubati, tetapi Cik Raisha bertuah kerana penyakit Cik Raisha dapat dikesan awal, ia baru melalui Stage kedua, masih ada harapan untuk Cik Raisha sembuh. " Terang Doktor Khai perlahan-lahan.

"Doktor, saya harap sangat2 Doktor boleh tolong kawan saya ini, dia masih muda dan saya taknak kehilangan kawan saya, Doktor tolong ikhtiarkan apa sahaja cara boleh? " Pinta Wani bagi pihak Raisha kerana dia tahu Raisha tidak mampu berkata apa2 dalam keadaannya yang teresak2 begini.

"Begini... saya ada satu cadangan untuk mengubati penyakit Cik Raisha ini. " jelas Doktor Khai.

" Apa cadangannya Doktor?". Bersungguh2 Wani bertanya

"Begini, Cik berdua kenal tak Puan Hajah Maimunah? "

Serentak mereka berdua menggelengkan kepala.

"Puan Hajah Maimunah adalah seorang wanita berjaya dan dia mempunyai Yayasan tersendiri.Klinik saya juga berada dibawah Yayasan beliau. Fokus utama Yayasan tersebut adalah membanteras penularan Kanser dalam kalangan masyarakat, Saya dengar banyak program yang dianjurkan membantu para pesakit. Beliau juga pernah sponsor beberapa orang pesakit kanser yang kronik menjalani rawatan mereka. Mungkin Cik Raisha boleh sertai program2 yang dianjurkan mereka." jelas Doktor Khai panjang lebar

"Macam mana program ni akan bantu kawan saya Doktor? " tanya Wani.

"Apa kata Cik cuba dahulu..."

Doktor Khai membuka laci dihadapannya dan menghulurkan sekeping kad bisnes kepada Raisha.

"Cik Raisha boleh contact no. tu untuk sebarang pertanyaan lanjut."

Raisha mengangguk.

********************************

"Macam mana Raisha? kau nak cuba? " soal Wani

Fikiran Raisha kembali berada di dunia nyata.

"Dah takde pilihan lain Wani, aku akan cuba apa sahaja untuk merawat sakit aku ni, Yang pasti keluarga aku tak boleh tahu pasal ni, aku tanak diorang risau, kau janji ea Wani, takkan bagitau sesiapa, termasuk Cik Tika, ni rahsia antara kita je! " Terang Raisha

"Baik Raisha"

Wani memegang tangan Raisha menggunakan sebelah tangan kirinya, manakala sebelah lagi difokuskan untuk memandu.

"Semuanya akan baik2 sahaja, aku yakin kau akan sihat macam biasa lepas ni. Kau janji dengan aku yang kau akan sihat, kau akan sihat Raisha. "

Wani senyum lebar penuh harapan kepada Raisha. Dia tahu saat ini Raisha memerlukan dorongan yang kuat untuk menempuh dugaan yang diterima.

Raisha membalas genggaman tangan Wani dan tersenyum. Raisha membisikkan di dalam hati kecilnya "Aku kuat, aku akan sihat demi keluarga dan kawan2 aku "

*****************************

--Assalamualaikum, saya Raisha Syahirah bt Karim,Puan Hajah Maimunah free tak esok? boleh saya jumpa Puan? Ada beberapa perkara yang saya hendak bincangkan dengan Puan berkaitan penyakit barah otak saya. ---

Mesej dihantar. Raisha berasa berdebar2. Dia merasa seperti ada sesuatu yang sedang menganggu perasaannya, rasa bercampur antara serba salah, takut mesejnya ditolak dan pelbagai kecelaruan difikirannya.

tipp tippp tipp

Raisha membuka balasan mesej tersebut

---Okay, esok kita jumpa, nanti saya send location---

Raisha membisu, perasaannya bercampur antara suka dan pelik.

"Uishhh, takkanlah semudah ni je dia nak tolong aku, tapi... baik jugak Puan hajah Maimunah ni, dia tolong sesiapa je walaupun tak pernah kenal"

*************************

"Cik Tika harini saya nak minta balik awal boleh? dalam pukul 4.30 macam tu? "Pinta Raisha.

"Hermmm... semua kerja dah bereskan untuk harini? "

Cik Tika memandang sekeliling kedainya.

"Okay, approved.. kita tutup kedai awal sikit harini, lagipun saya ada hal juga untuk diselesaikan " jelas Cik Tika

"Okay, beres Cik Tika". Gembira Raisha kerana permintaannya diluluskan.

"Haaa... Raisha, nak balik awal2 ni nak kemana? nak dating? " Gurau Cik Tika.

"Ehh.. manade laa Cik Tika, nak jumpa dengan seseorang je. hehehe" Raisha menggaru2 kepalanya yang tidak gatal.

"Haa... dah ada someone special ke tu? " Cik Tika cuba mengorek rahsia Raisha.

"Haish, takkan laa Cik Tika tak tahu, Raisha ni.. hemph.. lambat lagi nak ada someome special dalam hati dia tu, yang dia tahu ni haa..kerja.. kerja.. kerja.. ". Bebel Wani

Hakikatnya Wani mengetahui tujuan sebenar Raisha, dan dia sekadar membantu Raisha untuk merahsiakan perkara sebenar daripada Cik Tika.

"Haaa, betul la apa yang Wani cakap tadi. heeee"
Raisha tersenyum sambil mengangkat jari peace.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience