BAB 8

Drama Series 1736

Naufal sedang membaiki tie dihadapan cermin di pejabatnya. Dengan mengenakan pakaian kot ke pejabat itu, sudah menampakkan kesegakannya. Naufal tersenyum, dia merasa cukup gembira apabila baru2 ini dia menerima berita penerimaan pinangannya dari Raisha. Tidak sia2 usahanya selama ini, sekarang Raisha sudah menjadi miliknya. Naufal teringat akan suatu perkara, yee.... harini Naufal mahu mengajak Raisha untuk mencuba baju kahwin mereka. Naufal mencapai Iphone 11 pro max nya yang terletak di atas meja kerja, no. Raisha dicari dan ditekan butang call akan tetapi ia memasuki mail box, berkali2 Naufal mencuba lagi tetapi keputusannya tetap sama.

--Apa yang Raisha lakukan sekarang ni ye? kenapa dia tak angkat call aku? takkan laa dia tak cek langsung phone dia, takpe laa.. nanti aku cuba lagi----

Pukul 6 petang. Naufal mencuba menelefon Raisha lagi, dari pukul 2 tadi sampai sekarang panggilannya tidak disahut, hairan Naufal. Apa yang sedang dilakukan Raisha.. Akhirnya..

"Hello, Assalamualaikum, ye ada apa?" kedengaran jelas suara Raisha.

Panggilan Naufal terjawab juga

"Waalaikumussalam, Raisha awak ada dekat mana? saya.. " bicara Naufal tergantung apabila dia mendengarkan suara Raisha seakan sedang bercakap dengan seseorang.

---Ehhh..teddybear nak jatuh... Harris boleh tak awak tolong pegangkan teddybear saya ni? terima kasih"--

Raisha menyambung percakapannya dengan Naufal kembali.

"Ye Naufal, ada apa awak call saya ni? Saya baru je habis program Reunion sekolah dulu. " jelas Raisha.

"Ohhh.. yeke, macam ni, saya nak awak datang pejabat saya sekarang ,ada hal penting,tolong datang dengan segera ye." Pinta Naufal.

"Ermm.. tapi dah lewat ni,saya pun dah letih sangat harini? tak boleh ke kalau esok? " Raisha cuba meminta simpati Naufal.

"Tak boleh, hal ini sangat mustahak, saya perlu bincangkan dengan awak. " tegas Naufal

---Kenapa tu Raisha? ---

Kedengaran suara Harris dihujung perbualan mereka, cukup jelas didengari oleh Naufal dan ini membuatkan hatinya tidak senang.

"Ohh.. ye.. Nanti dalam perjalanan awak ke pejabat saya ni, saya nak awak singgah dekat kedai dihujung jalan, awak ambil tempahan pasu dengan mereka dan bawa ia datang ke sini, faham?!! "

Raisha bingung. Kenapa aku yang kena buat semua tu pula? aku bukannya kerja dengan dia.

"Ermm, tapi.. " belum sempat Raisha menghabiskan percakapannya, Naufal terus memintas

"Takde tapi2,saya nak awak hantar jugak" Naufal mematikan panggilan.

Hatinya panas, sepatutnya hari ini dia dan Raisha sama2 gembira saat mencuba baju kahwin mereka, tetapi lain pula yang jadinya.

Naufal menelefon seseorang.

"Helo, Encik Kamal.. saya nak awak buat tempahan satu pasu bunga yang baharu saiz besar di kedai hujung jalan, bagitahu mereka nanti akan ada orang yang ambil kan, faham? "

Naufal memutuskan panggilan selepas Encik Kamal mengesahkan arahan tersebut.

Naufal melempar phone nya ke atas meja. Dia mengepal tangan sekuat hati, bibir diketap geram.

****************************

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Naufal berdiri dihadapan tingkap di pejabatnya, dia membuang pandangan keluar tingkap dan saat itu hujan sangat lebat. Hatinya terbuai dengan kegelapan malam yang ditambah dengan deraian air hujan. Tidak lama kemudian, Naufal melihat gerak geri seseorang sedang meredah hujan sambil membawa sesuatu.. Lama Naufal berfikir dan akhirnya dia menyedari, kelibat itu adalah

"Raisha?!? apa yang dia buat tengah hujan tu? dengan membawa pasu? biar betul?!? di.. dia.. datang?!?! "

Naufal seakan tidak percaya yang Raisha betul2 mengikut arahannya. Perasaan Naufal tidak tenteram, dia merasa serba salah. Dan tiba2 Raisha terjatuh akibat lantai yang licin dan hujan yang lebat. Naufal bergegas mencapai payung yang disediakan dan berlari untuk mendapatkan Raisha.

Lif yang digunakan sekarang dirasakan cukup lambat, kalau tahu begini lebih baik dia menggunakan tangga. Dia mahu cepat2 membantu Raisha, jika apa2 berlaku kepada Raisha dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri. Segala perkara ini berpunca dari dirinya. Naufal sudah tidak keruan, lif menunjukan angka 3,baru di tingkat 3 ?cepatlahh.. Naufal sudah menggelabah, dan akhirnya.. ting..
lif sudah sampai di tingkat bawah.

Naufal bergegas berlari menuju pintu utama. Satu payung dibuka untuk digunakannya dan satu payung lagi dipegang disebelah tangan kirinya. Naufal berlari didalam deraian hujan yang makin lebat itu, namun.. langkahnya terhenti, jarak antara Naufal dan Raisha lebih kurang 2 meter.

"Ehhh.. Harris? awak buat apa kat sini? bukan ke awak dah pulang tadi? " Raisha terkejut melihat kelibat Harris yang sedang memegang payung disebelahnya, Harris membantu Raisha untuk bangun.

"Tadi dalam perjalanan pulang, tiba2 sahaja hujan lebat, terus saya teringat dekat awak, tu yang saya patah balik, bila saya sampai dekat kedai pasu tadi, kelibat awak dah takde, terus saya teringat yang awak nak ke Yayasan ni, Sampai2 je saya nampak awak terjatuh, bergegas saya dapatkan awak.. Awak okay tak ni? ada luka apa2?." Panjang lebar penjelasan Harris.

"Okay.. cuma rasa sengal sikit dekat siku dan lutut... nasib baik takde luka, ehh.... pasuu... "

Lantas Raisha memeriksa keadaan pasu yang dibawa tadi, Raisha membelek2 keadaan pasu tersebut, jangan laa ada kerosakan,mesti mahal ni, aku bukannya ada duit sangat nak ganti.

"Fuhh.. nasib baik takde pecah apa2.." luah Raisha melepaskan lega

Naufal menjadi pemerhati tetap disitu, bibirnya diketap. Payung yang dipegang tadi disimpan di belakang badannya agar tersorok dari pandangan sesiapa sahaja. Naufal memulakan langkah mendekati Raisha.

Raisha yang menyedari akan kehadiran Naufal terus menegurnya.

"Ehh, Encik Naufal, maafkan saya.. taa.. tadi.. saya.. tak.. tak.. sengaja.. "

Naufal terus memintas percakapan Raisha .

"Takpe,saya taknak dengar penjelasan awak, sekarang bawa pasu ni ke pintu utama dekat sana, hati2..jangan pecahkan.. "

Dingin Naufal bicarakan, dia lansung tidak memandang wajah Harris. Harris yang ingin menghulurkan tangan tanda perkenalan telah membatalkan niatnya apabila hulurannya tidak disambut.

Belum sempat Raisha mengangkat pasu di hadapannya, Harris terlebih dahulu telah memikul pasu tersebut.

Raisha tersenyum.

"Terima kasih. " ucap Raisha tanda menghargai bantuan Harris

"Sama-sama" Harris membalas dengan senyuman manis

Naufal yang berada disitu membuat muka menyampah, sakit hati benar rasanya melihat muka Harris.

Selepas meletakkan pasu tersebut di hadapan pintu utama. Harris lansung mempelawa Raisha

"Balik nanti saya hantarkan ye? "

Raisha tersenyum tanda setuju, lantas Raisha berpaling kepada Naufal

"Encik Naufal, perkara penting apa yang nak dibincangkan tadi? " Soal Raisha.

"Ermm.. takde apa2,saya saja nak suruh awak ambil kan pasu ni, tu je.. " Naufal memandang tajam kearah mata Raisha.

"Kalau macam tu, saya balik dulu laa ye, saya nak mandi, basah satu badan dah ni, nanti demam pula" balas Raisha.

Dalam hatinya tidak putus2 mengutuk Naufal

--ohhhh,kau saja ea nak kenakan aku, ishhh.. tak
sangka betul, kenapa laa aku ikut cakap dia, tak pasal2 aku dan basah lenjun sekarang ni, eiii... kecik besar kecik besar je aku tengok Naufal ni.Takpe,ada hari aku balas balik--

******************************

Keesokan harinya

"APAAAAA???!?!?! terus kahwin? biar betul Ibu? " Raisha separuh menjerit mendengar berita daripada Ibunya.

"Ha'ah.. diorang kata senang, tak payah tunang2 terus kahwin, tapi kalau Raisha nak tunang, diorang akan buat, tapi.. pada hari perkahwinan juga.. " jelas Puan Mariam

"Ibu....... kenapa tiba2 je ni? ingatkan tunang dulu.. ishh.. tak bersedia laa macam ni.. " rungut Raisha.

"Ibu pun tak tahu nak, mereka cakap.. benda baik elok dipercepatkan.. Perkahwinan kamu pun 2 bulan dari sekarang.. " Tambah Puan Mariam.

"HAAAAAAAAAAAAAAAA?!?!??!..... 2 bulan dari sekarang? sempat ke Ibu? Ishh.. tak nak laa macam ni, tak sempat buat apa2 persediaan pun, terburu2 sangat ni.. " omel Raisha tidak puas hati

"Asalnya diorang nak 1 bulan dari sekarang perkahwinan tu berlansung, tapi Ibu cuba pujuk, minta tambah 1 bulan lagi, yelaa.. 1 bulan mana sempat, persiapan kena buat macam2,lepastu diorang cakap persiapan tu biar mereka yang uruskan, tapi Ibu minta juga 1 bulan lagi, taknak kamu terkejut" Jelas Puan Mariam bersungguh2

"Ibuuu.... kenapa tiba2 je ni.. hmmm... " Raisha mengeluh

"Entah laa, apa kata kamu bincang baik2 dengan Naufal, cuba minta lagi 1 bulan? macam mana? " Puan Mariam memberi cadangan kepada anaknya.

"Ibuuu.... 3 bulan pun tak cukup tau, hmm... cepat sangat ni, Raisha belum bersedia"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience