BAB 11

Romance Completed 7453

POV Kismir

Betul kata Vidayu takdir yang menemukan mereka. Qaziq, kismir dan Vidayu

mereka bertemu dengan takdir yang telah tertulis. Pada Vidayu la aku

nampak erti pergorbanan. Pada Vidayu jugak aku nampak kebahagian yang

aku tak boleh miliki, kebahagian kasih sayang yang diiktiraf cinta.

Vidayu bagi aku harapan. Vidayu yang cintakan aku.

Qaziq. Qaziq adalah anugerah yang tiada bandingan. Mengisi kekosongan

hidup berkeluarga. Pada qaziq dia menumpang keluarga. Qaziq bagi aku

kekuatan teruskan hidup selepas semua tinggalkan aku. Qaziq adalah harta

paling bernilai padanya.

POV Vidayu.

Dia lelaki yang dicari. Pernantian selama bertahun tak menghampakan.

Istiqarah yang diperolehi dulu menemukan aku dan kismir. Istiqarah

meminta pertunjuk mendirikan masjid. Kali pertama jumpa kismir dalam

lena malam. Kali kedua bertemu kismir di hospital sewaktu menghantar

Qaziq melakukan pemeriksaan kesihatan. Kali ketiga bertemu Kismir malam

aku meminta tolong. Tiga kali jumpa kismir cukup membuatkan aku mengucap

dua kalimah syahadah. Ada rasa yang Allah titipkan dalam diri aku.

Ada halang dalam hubungan yang sudah dititipkan Dia. Halang dari hasad

dengki hamba Allah. Seorang Hamba Allah yang tidak senang dengan

kehadiran aku di sekeliling. Hamba Allah yang jauh terpesong yang

sanggup melakukan perbuatan yang dimungkari Allah. Tapi itu semua dugaan

yang cuba menguji kesabaran aku.

Aku dah cukup bersyukur dengan kasih sayang Allah berikan. Walaupun

dugaan itu datang dari cara yang aku tak sangka. Aku redha kerana

hujungnya aku perolehi sesuatu dengan kesabaran aku.

POV Qaziq

Mama selalu kata papa adalah orang yang tiada bandingan dalam hidup

saya. mama kata papa adalah orang yang terbaik untuk menjadi papa saya.

kata mama lagi, papa saya mungkin bukan papa kandung saya. Namun semua

yang papa bagi melebihi seorang yang mempunyai gelaran papa. Saya

mungkin insan malang tapi saya jugak orang yang paling bahagia dalam

dunia ini kerana ada papa dalam hidup saya.

Mama mungkin dah tak ada lagi. Allah sayangkan saya dengan memberi saya

pengganti dengan seorang mama lagi. mama vidayu. Mama Vidayu adalah

orang yang layak untuk papa. mama vidayu jugak orang yang cukup sempurna

untuk papa. terima kasih ya allah kerana kejutkan mama Vidayu dari beradu beserta mimpi yang panjang.

Syukur apa yang diinginkannya sudah sempurna, iaitu sebuah keluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience