BAB 6

Romance Completed 7453

“Doctor Zaki? Oh baru ingat.” Kismir menepuk dahi. Baru teringat pesan

gadis yang bernama Vidayu tersebut. Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati.

Seolah-olah ada rahsia yang tersimpan oleh nurse tersebut tentang

pemilik nama Vidayu.

Bergegas Kismir menujuk ward Picaso sebaik sahaja menerima laporan

tentang Qaziq. Keadaan Qaziq tiba-tiba menjadi buruk. Hatinya diburu

resah. Ya Allah kau selamatkan la anak ku Qaziq.

Kismir gelisah menunggu diluar bilik. Nurse dan doctor bertungkus lumus

membantu apa yang patut.

“Encik Kismir” tegur doctor Arjun. Doctor keturunan india itu.

“Macam mana anak saya doctor. Dia tak apa-apa kan?” soal Kismir cuak.

“Tekanan darahnya naik mendadak. Kita perlukan penderma hati dalam kadar

yang segera. Hatinya sudah semakin parah” tersandar Kismir di dinding

hospital. Qaziq.

“Saya harap Encik Kismir bersabar” bahu Kismir ditepuk. Kismir hanya

memandang dengan ekor mata langkah Dokto Arjun.

Pintu yang tertera nama Doktor Zaki diketuk perlahan. Bunyi laungan

masuk membuatkan Kismir menarik nafas. Dia perlu bersabar untuk

menyampaikan cerita yang agak tak logic bagi mindanya.

“Ya, apa yang boleh saya tolong” Kismir menghulurkan tangan untuk

bersalaman. Tangan sasa milik keduanya bersatu.

Ssaya nak bincang sesuatu”

“Sila duduk”

“Kismir. Panggil Kismir” doctor Zaki menyandar. Report pesakit

diletakakn ditepi membari ruang lelaki dihadapannya bersuara.

“Saya nak bincang pasal Vidayu” kata-kata dari Kismir membuatkan Zaki

terkedu.

“Encik Kismir siapa pada Vidayu?”

“Bukan sesiapa. Tapi saya hanya nak sampaikan amanat Vidayu”

Zaki mengeluh. Ada lagi perkara yang tidak selesai. Hampir setahu tiada

sesiapa muncul untuk berceritakan prihal Vidayu. Sekarang pula ia muncul.

“Semalam saya ada jumpa Vidayu”

“Semalam? Apa maksud Encik Kismir semalam. Encik tahu tak adik saya itu

koma sudah setahun” luah Zaki. Ada pulak cakap dia jumpa Vidayu semalam.

Sejak bila adiknya sedar. Tak logic langsung. Mana ada orang koma bangun

dan koma balik. Ia bukan gurauan yang boleh di buat main. Dia percaya

Vidayu pun tak suka berlakon duduk dekat hospital. Katanya dia dan

hospital adalah musuh nombor satu.

“Susah saya nak cakap sedangkan saya pun masih dalam keadaan yang

mengejut.” Giliran Kismir melahirkan rasa hairanya.

“Apa yang boleh saya bantu Encik Kismir sekarang?” Zaki menghela nafas.

Cuba bertenang. Sedangkan hati sudah berlari laju. Dia dapat rasakan

sesuatu. Sesuatu yang pasti ia bukan perkara yang baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience