BAB 1

Romance Completed 7453

Diperhatikannya kiri dan kanan, matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Entah mengapa kawasan hospital malam itu agak dingin dan aneh.

Perlahan-lahan dia keluar dari ward. Baju sejuk dicapai dan kemudian disarungkannya ditubuh. Sedikit sebanyak tubuhnya merasa panas.

Perjalanan dia malam ini sedikit seronok.

Langkah yang laju terpaksa dipelahankan sebaik melihat susuk yang amat

dikenali.

Aduh parah kalau lelaki itu nampak aku. Vidayu mengambil langkah selamat

dengan mengunakan tangga.

Dia menghirup udara malam sebaik sahaja sampai dihadapan hospital.

“Hah!” Jerit Vidayu. Matanya melilau memandang sekeliling. Anak mata

hitam pekat milik Vidayu merenung ke arah Pak Semat, pak pengawal yang

bertugas malam itu. Hud ditarik kehadapan. Supaya wajah terlindung dari

tatapan pak pengawal. Bahaya jika pak pengawal melihatnya.

Vidayu toleh kanan ada Munir, nurse yang bertugas biliknya. Toleh kiri

ada Zaki, orang yang cuba dia elak tadi. Aduh kenapa pulak malam ini

ramai sangat yang berada perkarangan luar hospital. Potong line betul.

Cepat-cepat Vidayu berlari kebelakang. Tempat yang ditunggu-tunggu tiap

malam. Dari arah masjid hospital kelihatan seorang jejaka yang bersandar

lemah dikerusi batu.

Bingo malam ini pun dia duduk situ jugak. Yahoo. Jerit hati Vidayu. Dia

merenung jauh. Tanpa sedar kakinya berjalan ke arah jejaka itu. Muka

jejaka itu terkedu saat melihat Vidayu. Vidayu hanya diam seribu bahasa.

Satu senyuman dilemparkan.

“Hai” sapa Vidayu. Dia mengambil tempat disebelah jejaka itu. Entah mana

silap dari arah depan kelihatan Zaki yang berjalan kearah masjid

tersebut. Kenapa malam aku ingin tonjolkan diri ramai penghalang?

Cepat-cepat Vidayu merebahkan kepalanya di riba jejaka itu. Tanggan

jejaka itu ditarik menutup mukanya. Saat itu Zaki baru melepasi mereka.

“Hei apa ini?” Marah jejaka itu. Terkejut. Dalam mindanya sudah membuat

perbagai andaian. Orang gila? Vidayu bangkit. Baru nak bersuara azan

subuh sudah berkumandang. Cepat-cepat dia bangkit dan berlalu

meninggalkan jejaka itu dalam keadaan yang terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience