BAB 9

Romance Completed 7453

“Allah!” jerit Vidayu dia sudah pun bangkit dari baring. Berpeluh-peluh

tubuhnya. Dia mengucap dada. Sebaik sahaja mata dicelik dia terkejut

melihat abangnya berada disisi dan beberapa orang yang tidak dikenali

berada dikamarnya. Vidayu berkerut. Aku bermimpi? Terpinga-pinga Vidayu.

“Alhamdulliah semua dah selamat” pandangan Vidayu beralih apabila

melihat seorang tua sedang mengucap syukur sambil mengamin doa. Lelaki

itu bangkit sebelum berlalu ke tepi ward untuk menunaikan solat. Vidayu

hanya memerhati.

“Ab..bang” gagap Vidayu. Dia tak bermimpikan? Zaki yang mendengar terus

berlari memeluk Vidayu. Kepala Vidayu dikucup berulang kali. Bersyukur

ya amat.

“Alhamdullah akhirnya adik abang dah kembali” mendengar kata-kata Zaki,

Vidayu sudah meraung. Dari jauh Kismir hanya tersenyum sebelum beredar

dari bilik tersebut.

“Papa, terima kasih” Qaziq memeluk erat lengan Kismir. Qaziq diangkat

sebelum menghadiahkan satu ciuman kepada anak itu. Dia terlalu sayangkan

anak itu. Terlalu!

“Untuk Qaziq papa sanggup. Qaziq adalah cahaya kebahagian papa”

“Dan papa adalah cahaya kehidupan Qaziq”

“Papa minta maaf sebab masih tak jumpa penderma untuk Qaziq” rambut

Qaziq yang sedikit menutup dahi diselak. Qaziq… wajah anak itu saling

tak tumpah seperti ibunya. Ah rindu semakin menguasai diri. Arida… Nama

itu meniti di lubuk hatinya. Arida adalah satu-satunya gadis yang selalu

mendapat tempat dihatinya. Dari kecil adiknya itu sentiasa bersama. Tak

kira susah atau senang. Arida adalah adiknya. Beza umur mereka adalah 3

tahun. Mereka terlalu rapat sehingga menimbulkan pelbagai fitnah. Tapi

dia tak kesah. Dia sayangkan Arida. Hanya Arida yang dia ada sejak

mereka kehilangan ibu dan bapa pada umur meningkat 20 tahun. Takdir itu

sesuatu yang kita tak jangka.

Arida si gadis manis itu mempunyai nasib yang sedikit capik. Arida

menjadi mangsa nafsu serakah manusia. Peristiwa itu berlaku sewaktu

Arida menunggu bus untuk pulang ke rumah mereka. Takdir itu satu perkara

yang memang tak disangka.

Hari-hari Arida dipenuhi dengan bayang-bayang hitam. Kemunculan Qaziq

menambahkan lagi kesan hitam. Kekuatan Arida semakin hari semakin pudar

sehingga la dia membuat keputusan untuk berhijrah dan mulakan hidup

baru. Arida dibawa kepada ibu Kasimah. Kepada dia la Arida menjadi

semakin kuat menempuh hidup yang mendatang disamping dengan kehadiran

Qaziq. Qaziq lahir melihat dunia bersama kain putih. Tanpa dosa.

Kelahiran Qaziq membawa kepada pengakhiran kisah Arida. Arida pergi

untuk selama-lamanya. Dia di jemput oleh pencipta-Nya.

Sejak pemergiaan Arida, Qaziq menjadi kekuatannya. Qaziq tak bersalah.

Amanah Arida akan di jaga seperti nyawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience