BAB 10

Romance Completed 7453

Hari ini genap dua hari dalam keadaan kritikal. Kismir terduduk lemah

menanti diluar ICU. Qaziq anak papa bertahan sayang. Bisik hati Kismir.

Ya Allah, ya tuhanku kau permudahkan semua urusan anakku. Doa itu tidak

putus sejak Qaziq berada didalam ICU.

“Encik Kismir” Kismir tersentak. Dia menangkat wajah. Matanya terpaku

pada susuk tubuh yang sedikit familiar.

“Vidayu…” perlahan Kismir bersuara. Sejak gadis itu sedar belum penah

lagi dia bertemu gadis itu. Tugasnya sudah selesai.

“Awak lupa sesuatu” Vidayu bersuara. Dibelakang Vidayu setia seorang

lelaki berkot putih, Doktor Zaki.

“Saya lupa apa?”

“Hati saya” Kismir diam. Hati Vidayu? Kenapa dengan hati dia?

“Hati saya dah lama jadi milik awak Encik Kismir. Sejak kita bertemu dua

tahun yang lalu. Sayang seribu kali sayang bila saya tak sempat nak

bertahan dengan hati ini. Peristiwa hitam buat saya dan awak terputus

hubungan. Hasad dengki buat saya sakit”

“Kita pernah bertemu ke? Setahu saya kita hanya jumpa baru-baru ini?”

Kismir cuba proses apa yang terjadi. Betul. Dia tak pernah jumpa Vidayu.

Sehingga Vidayu jumpanya dekat surau dulu.

“Awak lupa Kismir.” Vidayu tersenyum luas. Dia menghulurkan sampul surat

berwarna coklat. Sampul bertukar tangan. isi surat dikeluarkan.

“Serius?” Vidayu mengangguk.

“Hati saya milik awak Encik Kismis dan hati awak adalah milik Qaziq.

Biarkan hati saya dan Qaziq bersatu kerana itu adalah tanda ikhlas saya

pada awak. Terima kasih untuk segalanya”

“Terima kasih. Terima kasih. Walaupun saya masih tak paham dengan apa

yang terjadi.” Luah Kismir. Sedikit pun dia tak faham apa yang terjadi.

Dia bersyukur akhirnya ada yang sudi untuk membantunya. Terima kasih ya

Allah.

“Pembedahan akan dilakukan secepat yang mungkin.” Zaki yang memerhati

dari tadi bersuara.

Kismir ketawa melihat aksi Qaziq yang teletah sewaktu bermain. Qaziq dah

kembali ceria dan lasak seperti dulu.

“Papa…papa” Qaziq dah berlari mendapatkan Kismir yang duduk dibangku

taman permainan. Suara Qaziq yang kuat itu mampu menarik perhatian dia.

“Ya sayang” rambut Qaziq diusap perlahan. Sebaik sahaja Qaziq berdiri

dihadapan Kismir. Kismir membongkok.

“Qaziq jumpa akak beauty” jerit Qaziq ceria. Kakak beauty?

“Vidayu?” soal Kismir. Melihat anggukkan Qaziq membuatkan anak mata

Kismir berkerja. Melilau mencari gerangan yang berjaya menarik perhatian

dia.

“Mana? Papa tak nampak pun” bahu Qaziq dipegang kemas.

“Tu” Qaziq menunding jari ke arah sebenar jalan. Mata Kismir terpaku

pada seorang gadis yang tersenyum manis sambil bersandar di kereta milik

Kismir. Kismir membalas senyuman tersebut. Dia berjalan menghampiri

Vidayu. Tangan Qaziq dipimpin.

“Mama Qaziq” Kismir bersuara perlahan. Kata-kata itu cukup membuatkan

Qaziq menjerit girang.

“Mama!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience