BAB 3

Romance Completed 7453

Tepat pukul satu Vidayu bangun. Matanya buntang.diregangkan badan.

“Hah seharian tido penat kot” omelnya sendirian. Dia turun dari katil.

Almari kecil di situ dibuka. Sweater berwarna kelabu dicapai. Nak ambik

angin luar. Kalau mengadap angin dalam hospital memang sakit la dia.

Sebelum turun Vidayu melawat dari satu bilik ke bilik lain.kebanyakan

penghuni Castle hospital semua sudah dibuai mimpi. Vidayu tersenyum

sebaik sahaja melihat si kecil yang menantinya dikatil. Bilik exsekutif

khas untuk si kecil.

“Hai handsome” tegur Vidayu.

“Hai beauty” si kecil ketawa. Itu la aktiviti harian mereka bila malam

datang. Bertukar cerita dan gurau. Bilik yang luas itu memudahkan mereka

bergurau tanpa gangguan.

“Handsome, beauty nak jalan-jalan kat luar” pamit Vidayu. Hidung si

kecil di cubit. Dia baringkan si kecil. Sebaik sahaja si celik tidur

Vidayu berlari laju. Dia bersyukur malam ini tak banyak ganguan dalam

menempuh perjalanan. Dia ketawa kecil sebaik sahaja melihat seorang

jejaka sedang gelisah seperti menunggu seseorang.

Dia menarik keluar origami kapal terbang sebelum melancarkan ke arah

jejaka tersebut. Jarang yang jauh dan dibantu oleh angin malam

membuatkan kapal terbang kertas itu jatuh tepat dikaki jejaka itu. Dia

berlalu sebaik sahaja melihat jejaka itu membuka helaian kapal terbang.

“Got to go. Hari makin siang” ucap Vidayu perlahan.

“Siti kamu pakaikan sweater dekat Vidayu ke?” Soal Zaki sebaik sahaja

tiba diunit siti.

“Tak la doc, kenapa?” Tercengang siti.

“Bukan tadi saya lawat ayu. Dia pakai sweater. Saya ingatkan siti yang

pakaikan” luah Zaki.

“Tak la doc, saya baru nak buat rondaan”

“Okey-okey tak apa saya nak kepastiaan sahaja” Zaki berlalu. Mindanya

sarat dengan persoalan. Sejak beberapa hari ini banyak kejadian pelik

yang berlaku. Tak tahu nak buat apa. Mati kutu dia.

Beberapa hari lepas terdapat baju kotor diatas lantai. Malah sebelum ini

buah-buahan yang terdapat didalam bilik tersebut akan lesap. Dia kuatir

ada yang cuba menceroboh bilik Vidayu. Bukan semua yang boleh masuk

dalam bilik itu. Malah hanya beberapa orang sahaja yang ada kunci bilik

tersebut. Dah 2 hari sebelum pintu bilik Vidayu tidak berkunci. Apa

semua ini? Dia buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience