BAB 5

Romance Completed 7453

Kismir mengaru kepala dengan kasar. Pening-pening. Apa punya permintaan

la. Betul ke tak? Ke hanya main-main.

“Papa, papa okay tak ini?” Kismir membuang pandangan pada Qaziq yang

enak bergolek diatas katil.

“Papa okay sayang” lemah Kismir. Kesihatan Qaziq pun makin teruk. Susah

mencari penderma hati yang semua untuk Qaziq. Bermacam cara dilakukan.

Tapi sekarang pelung sudah ada depan mata. apa perlu dia lakukan sekarang?

“Qaziq, papa mintak maaf jika papa tak mampu nak mencari penderma hati

untuk Qaziq” sayu Kismir. Di usap perlahan kepala Qaziq. Wajah mulus itu

penuh dengan penderitaan. Qaziq masih kecil untuk semua cubaan ini.

“Papa, Qaziq bersyukur papa adalah papa Qaziq. Apa yang papa buat untuk

Qaziq memang Qaziq tak boleh balas. Beauty cakap papa adalah papa yang

terbaik yang pernah Qaziq ada” beauty?

“Beauty? Siapa itu? Kenapa papa tak pernah dengan pun nama kawan Qaziq

itu?” berkejut wajah Qaziq.

“Kak beauty selalu main dengan Qaziq tiap-tiap malam. Papa je tak tahu”

“Tiap-tiap malam?”

“Papa tak pernah jumpa kak beauty ke? Kakak cakap tiap-tiap malam dia

jumpa papa. Papa tak kenal ke?” bertambah kerut kening Kismir. Makin

lama makin berkedut jugak muka aku ini. tiap-tiap malam? Vidayu ke?

“Vidayu?”

Kismir melangkah perlahan menuju kaunter pertanyaan. Tak tentu arah

Kismir kerana gadis yang bernama Vidayu.

“Nurse tumpang tanya?”

“Ya”

“Boleh tak saya tahu tentang pesakit bernama Vidayu ward Albert” wajah

nurse dihadapan Kismir berubah serata merta. Senyuman yang tadi tidak

lekang dari wajah itu hilang sebaik menyebut sebaris nama itu.

“Kenapa ya?”

“Ada perkara yang perlu saya pastikan”

“Maaf Encik. Saya tak boleh nak bagi apa-apa maklumat. Kalau Encik nak

tahu jugak Encik boleh tanya doctor Zaki” terang gadis yang memakai baju

biru laut tersebut. Dia menarik fail dikaunter dan berlalu meninggalkan Kismir

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience