BAB 4

Romance Completed 7453

Vidayu menyorok di belakang bangunan. Dia hampir tetangkap dengan Zaki.

Dia menarik nafas sebaik sahaja halangan tersebut hilang. Perlahan-lahan

dia menghampiri jejaka itu.

“Assalamuaikum” lafaz Vidayu. Jelas kelihatan wajah terpinga lelaki itu.

“Okey cukup. Siapa sebenarnya kau ini. Kenapa setiap malam kau kacau

aku. Apa yang kau nak?” Soal Kismir bertalu-talu.

“Saya perlukan pertolongan awak” ada nada rayu dihujubg suara Vidayu.

“Tolong? Kenapa saya? Sudah la awak ganggu saya. awak koma tapi kenapa

awak boleh bangkit. Awak hantu ke?” Sekali lagi Kismir menyoal bertubir-tubi

tegak. Dia sudah tak sanggup untuk jadi seperti ini.

“Terima kasih kerana sudi melayan saya. Dah lama saya tak rasa seronok”

kata-kata Vidayu membuatkan Kismir berang.

“Saya tiada masa nak bermain dengan awak”. Tegasnya.

“Saya minta maaf. Saya harap awak sudi tolong saya” pinta Vidayu.

“Saya tak ada masa untuk awak” Kismir berlalu.

“Kegembiraan Qaziq terletak ditangan awak” kata-kata Vidayu membuatkab

langkah Kismir terhenti.

“Apa maksud awak?” Soalnya hairan.

“Awak tolong saya, saya tolong awak” Kismir sudah pun menghampiri

Vidayu. Dia perlukan jawapan dari gadis itu.

“Saya Vidayu. Hampir setahun saya terlantar dihospital. Saya perlulan

pertolongan awak. Bagi tahu abang saya Zaki saya kena sihir. Saya tak

boleh berjumpa dengannya. Sihir ini kuat. orang yang menghantar sihir

ini terlalu mendendami saya” terang Vidayu. Kismir dah tercengang. Drama

apa pulak tengah malam ini.

“Sudah jangan buat lawak”

“Bagi tahu la sendiri” putus Kismir.

“Tak boleh setiap kali saya berdepan dengan dia tubuh saya akab

terseksa. Setiap kali saya mintak pertolongan orang tersebut akan

ditimba musibah. Sehingga saya berjumpa dengan Qaziq.” Wajah kimsir

berkerut. Kenapa ankanya masuk dalam isu ini. Kismir masih diam.

“Qaziq membawa saya kepada awak. Saya mohon. Saya tak sanggup duduk

dalam keadaan begini. Mati disiang hari dan malam berjaga. Berjaga tapi

tak boleh buat apa-apa” luah Vidayu.

“Tapi kenapa awak bagi tahu saya?”

“Selepas saya uji awak hanya awak yang masih bertahan. Awak ada satu

benda yang orang lain tiada dan mungkin itu adalah takdir Dia” awak

bantu saya, saya bantu Qaziq. Saya akan berikan separuh hati saya pada

Qaziq” Kismir terkedu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience