Bab 1

Romance Series 2862

"Wahahahahahaha!! "
Ilham yang sedang khusyuk berbual dgn rakan karibnya, Fadhil tersentak.
'Bagai pernah didengar suara ini, dejavu?? '

"Aih, minah tu lagi. Minggu first semester dah buat hal. Aku tak paham pompuan tu. Dia memang tak reti senyap eh. " Fadhil membebel.

"Hahahaha, kenapa emo sangat ni ha?? Setahu aku, kau tak penah membebel camni.Ni apahal ni? " Ilham pula bersuara.

Ayu yang merasakan ketawanya menjadi perhatian terus terdiam. Dia mula takut dengan pandangan2 orang sekeliling terhadapnya.

"Wey, Aida. Aku takutlah. Kuliah dah habis kan? Jom lepak cafe sambung cerita aku. Aku rasa tak selesa lah. Hihi " luah Ayu.

"Alhamdulillah, ko sedar jugak rupanya yang selama ni suara kau mmg kuat. Ha jomlah! " Aida menjawab sambil menggeleng.

Dia begitu arif tentang perangai sahabatnya itu. Muka sahaja cantik, nama sahaja cantik tapi perangai, Allah sahaja yang tahu. Dia masih ingat lagi kejadian semester lepas di mana dia terkena tempias dek ketidakmatangan Ayu.

Ayu dijerkah seorang student lelaki terkemuka di Universitinya itu kerana Ayu bercakap terlalu kuat membuatkan dia tidak senang untuk mengulangkaji. Bila diingatkan semula, merah mukanya menahan malu kerana teringatkan kejadian itu berlaku di hadapan orang ramai.

Tambahan pula, Ayu melenting!! Aku tak tahan sungguh dgn minah tu.

" Kau memang tak reti nak tegur aku baik2 ke?? Jerkah aku depan orang ramai. Ingat aku tak malu hah?? Rambut dahla macam bulu ayam, jerkah orang sana sini !! Eee, aku kesian lah ke makwe kau dpt pakwe camni! Tak reti tegur orang baik2! Bla ah!

Ishh, memang memalukan sungguh Ayu. Mujur aku cepat tarik tangan dia keluar cafe kalau tak, aku tak tau la sampai bila pertengkaran tu.

" Hoii ! Nak termenung sampai bile?? " Sergah Ayu.

" Hihi. Jom gi cafe. "

Ayu terus menarik tangan Aida sambil bercerita dgn gembiranya sampaikan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Senyumannya memang tak dapat ditandingi oleh mana2 perempuan dan mampu mencairkan mana2 lelaki yang melihatnya. Tapi sayangnya, perangai macam lelaki.

Tanpa dia sedari, ada yang memerhatinya dari jauh sambil tersenyum. Ilham.

'Aku rasa aku dah jumpa. '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience