Bab 8

Romance Series 2862

Ayu gelisah. Dia sudah berasa serabut. Dia ingin mencabut tudungnya tapii ada Ilham. Dia mengintai ke pintu bilik air melalui cerminnya.

' Hmm, agak2 dia lama tak eh duduk dalam bilik air? Dengar macam air terbukak lagi. Hm, cabut la kejap. Sikat sikit rambut pastu pakai balik. '

Ayu cepat2 menanggalkan tudungnya yang dari tadi tersarung. Terasa nyaman sekali. Sejuuuk sahaja rasanya. Dia mengambil sikat lalu menyisir rambutnya. Lega sungguh. Malas rasanya ingin memakai tudung semula Tapi, dia memang malu dengan Ilham. Baginya, Ilham masih lagi lelaki asing.

Serentak itu, Ilham keluar dari bilik air. Kedua duanya terpana. Ayu terkejut kerana dia belum memakai tudung. Ilham terkedu melihat wajah Ayu yang tidak memakai tudung.

Ilham menelan air liur. Terkejut rasanya. Tadi molek pakai tudung ni dah tak pakai. Naluri lelakinya sedikit terganggu pabila melihat Ayu yang tidak bertudung dengan rambutnya yang lurus tidak diikat sehingga ke paras pinggang.

' Budak tomboy macam ni pun rambut sampai pinggang? Maju, maju. heh! ' bisik Ilham.

Ayu meraba2 kepalanya yang tidak bertudung

" Oh noooooo!!! Kenapa kau keluar waktu nii!! Huwaaaa.. " Ayu kalut mencari tudungnya.
Dicarinya sekitar dirinya tetapi tak jumpa. Rupa rupanya dah ada kat tangan Ilham.

" Kau! Ilhamm,, bagi la balikk. Aku nak pakai nii.. " Ayu merayu dengan muka comelnya.

" Eh kau ni dah kenapa? Bukannya dosa kalau kau tak pakai tudung depan aku. Kita kan dah halal. " Ilham tak mahu kalah dengan muka comel Ayu.

" Haaa aku tau laa. Tapi aku tak biasa lagii. Tolong laaa. Ke kau nak aku sentuh kau? Haa kau baru ambik wudhu kan? Haa okey aku sentuh kauu. Hahahha padan muka! " Ayu mengejek.

Ilham tersenyum sambil menggeleng. Kelakar sungguh perangai Ayu ni. Tak matang langsung. Timbul niat ingin khianatnya.

" Hmm? Kau nak sentuh? Okeyy, sentuhlaaa " Ilham berjalan secara perlahan ke arah Ayu. Padahal dia sudah solat Isya sebelum Ayu masuk bilik lagi. Dia terlelap sahaja tadi. Sekarang ni, dia ingin mengusik Ayu.

" Haaa marilahh.. Tadi kata nak sentuh, hmm? " Ilham berjalan lagi ke arah Ayu.

Ayu menyedari dirinya terperangkap.
'Aduhh kenapalah mulut ni main cakap je tadii?? Kan dah kenaa.. '

Ayu berjalan mengundur sambil tersengih. ketakutan. Akhirnya dia sudah sampai ke sudut bilik. Dia tidak boleh mengundur lagi. Ilham makin dekat.

Ilham makin mendekati lalu kedua dua tangannya diletakkan di kiri kanan Ayu yang terperangkap. Saja ingin khianat.

Ayu sudah terketar ketar ketakutan. 'Kau, janganlah buat apa2 kat aku.. Aku muda lagi.. Janganla macam ni..Aku takutt.. '
Ayu mengecilkan dirinya.

Timbul niat kasihan di hati Ilham. Niatnya ingin mengusik sahaja. Langsung tak ada niat untuk buat Ayu berasa takut.

" Aku mana ada nak buat apa2 kat kau. Aku ni bukan lelaki yang jahat. Aku gurau je. Kalau kau takut, aku mintak maaf. "
Ilham berdiri tegak lalu berjalan meluru ke katil. Ingin sambung tidur. Esok dah nak gi U.

" Eh, meh la tidur atas ni. Jangan risau, aku tak akan buat apa2 " Ilham menepuk nepuk2 bahagian katil di sebelahnya lalu menarik selimut hingga ke dada.

Ayu yang masih ketakutan terkulat kulat sahaja di situ. Dia tahu Ilham lelaki macam mana. Dia seorang lelaki yang baik. Cuma dia sahaja yang jahat.

' Hmmm, nak tidur atas katil.. Tapi ada Ilham.. Alamak camne ni.. Ahh biarlah.. Dia dah janji taknak wat pape. Kalau dia sentuh aku, aku backhand dia. Haaa jangan main dengan Ayu Intan! ' bisik hatinya.

Ayu berjalan ke arah katil bersaiz king tersebut. Mujur katil tu besar. Takdela rapat sangat dia dengan Ilham.

' Omoooo. Aku sejuk nii.. Baru perasan selimut ada satu je dalam bilik niii. Nak amik kat luar malas pulakk. Takkan nak kena kongsi dengan si Ilham nii??? Hisy taknak aku. Nightmare la tido aku. Hmmm. Terpaksa la aku tahan sejuk.Brrrr... '

Ayu mengerekot di hujung katil. Dia cuba memanaskan dirinya. Dia membuat berbagai bagai gerakan supaya badannya panas sedikit. Tanpa disedari, pergerakannya itu menyedarkan Ilham yang baru sahaja terlena.

' Dah kenapa minah ni bergerak gerak? Eh kenapa dia terketar? Sejuk ke? ' Ilham tersedar. Baru dia perasan dia sedang berada dalam selimut tebal ni.

' Haihh, patutlah tak pakai selimut. Aku ada kat dalam selimut ni ha. Nak kongsi ngan aku memang taklah minah comel ni. Kesian pulak aku tengok mengerekot macam siput. ' Ilham keluar dari selimut lalu mendekatkan dirinya ke arah Ayu.

Dicuitnya pipi Ayu lembut. Dia tahu Ayu belum tidur lagi.

' Alamakk Ilham terbangun ke?? Dah la cuit pipi aku.. Malu nyaa.. ' Ayu tersedar.

Ilham merapatkan bibirnya ke telinga Ayu.

" Hei, aku tau kau sejuk. Nak selimut tak?? Sian aku tengok kau sejuk ni.. Nak selimut ke takk?? " Ilham berbisik.

Ayu yang sejak tadi mengiring mengerekot, memusingkan kepalanya ke kiri. Tak sangka dekat betul mukanya dengan Ilham. Hanya beberapa inci sahaja.

" Hei, jangan dekat dekat lah! Serabut perut tengok muka kau! Tepilahh! " Ayu menolak tubuh Ilham ke tepi. Sebenarnya dia malu untuk menatap mula Ilham dekat dekat. Takut cair.

" Ish kau ni. Aku offer selimut nii. Nak tak?? " Ilham mendengus geram.

" Tak nakkk. Kau pakai je la. Aku tak sejuk pun. " Ayu menolak.

" Ke.. Kau nak aku peluk kau? Hmm, Ayu Intan? Baru panas sikit? Nak? " Ilham berkata dengan suara yang lembut sambil mendepakan tangannya.

Zupp. Terasa darah menyirap di mukanya. Malu.
' Eii, takkan la aku nak peluk dengan si Ilham tuu. Ya Allahh gelinya aku! ' Ayu menggumam.

" Kau ni kan! Memang tak serik lah! Haa amik ni! " Ayu mengambil bantal golek lalu memenyet muka Ilham. Geram sungguh. Ilham menggelupur dipenyet mukanya oleh Ayu.

" Ni balasan kalau kau menggatal lagi dengan aku. Silap haribulan, kau tidur kat atas lantai la. Biar kawan dengan lipas. Huh! " Ayu mendengus.

Dia mencapai bantal goleknya yang dijadikan sebagai penggelek muka Ilham tadi lalu berjalan keluar bilik. Geram sungguh dia dengan Ilham...
Sambil dia berjalan, kedengaran ketawa Ilham yang masih berbaki.

" I'm sorry for making you mad at me! But remember, I'll make sure you'll be falling on me! Just wait dear! I love you! Kalau ade yang 'teman tidur' kat tepi tengah malam nanti jangan terkial kial cari aku ye! " Ilham menjerit ke arah Ayu. Dia memang suka menyakat Ayu kerana baginya Ayu memang perempuan luar biasa.

Ayu menghempaskan pintu bilik.

' What? I'll fall for him? Oh please. It's just a scary nightmare. Dont you ever dreaming Ilham. I dont love you. And never love you. You're too perfect for me to be my husband. ' Ayu menggeleng sambil menuruni tangga.

Kelihatan gelap sahaja tingkat bawah.

' Eh tadi dia kata kalau ade yang teman tidur tengah malam? Adumakk kenapa la dia buat lawak hambar malam2 gini. Aku bukannya berani sangat. Nak naik ke tak? Nak naik ke tak? Ahhh naik je la. Buat muka tebal pastu tido. And, amik selimut kat bilik Akim. Haha. ' Ayu merancang. Dia penakut jugak sebenarnya. Nampak je tomboy. Ye lah. kat bawah tu mana ada orang. Sape2 pun takut. Dah la gelap. Ayu pergi ke bilik Akim lalu mengambil sehelai selimut yang cukup gebu lalu berlalu ke biliknya.

Dikuaknya pintu bilik perlahan. Takut Ilham sedar akan kehadirannya.

" Eh? Masuk bilik semula? Hahhahaha.. Takut la tuu.. Mari je la tidur atas ni.. Aku tak buat apa2 kat kau.. Cuba percaya jugak cakap aku. Dah mari sini. Aku tahu kau takut. Meh kat papa meh! " Ilham mengejek sambil membuat gaya ayah menyambut anak kecil.

Ilham menahan gelak. Takut terhambur kang mau kena smackdown dengan bini. Dia merasakan Ayu sangat comel waktu itu. Dengan rambut panjang sampai ke pinggang, berbaju pengantinnya lagi, pastu tangan kiri pegang bantal golek tangan kanan pulak pengang selimut bunga bunga.

' Hahah, comelnyaa.. Geram aku nak peluk budak ni. ' Ilham menahan ketawa.

" Penakut jugak kau ni heh, Ayu. Nampak je ganas, tapi takut gelap. Hahaha. " Ilham sambung mengejek.

" Ahh biarlah aku.. Dah jangan kacau la. Aku nak tidur ni. " Ayu merebahkan badannya ke atas katil.

" One more thing, dont you ever dare touch me or do anything. Or else, you already know the answer. " Ayu memberi amaran sebelum memejamkan matanya lalu menarik selimutnya hingga paras dada. Selesa sungguh rasanya.

Ilham hanya memandang.

" Hmm, how about just holding your hand? " Ilham menyusun perkataannya dengan baik lalu tangannya lembut menggenggam tangan kiri Ayu.

" Ishh, aku dah kata jangan pegang2 kan.. " Ayu cuba menepis tetapi genggaman Ilham yang hangat lebih kuat.

" Please? Just let me holding your hand. I'll do nothing but just holding youd hand. May I? Please Ayu, be nice at this time.. Aku janji tak buat apa2. Aku nak pegang tangan kau je "
Ilham merayu. Dia benar2 ikhlas memegang tangan Ayu.

Ayu teragak agak. Suara Ilham yang lembut merayu benar2 meruntun jiwanya. Dia berbelah bagi. Jantungnya berdegup kencang bukan main saat menatap muka Ilham yang menuturkan ayat rayuannya itu. Dia benar2 cair dengan Ilham. Tapi, dia masih lagi takut!

" Hmmm.. Okey.. Tapi pegang je eh! Kau buat benda lain, cubit pipi aku ke.. Memang kau tidur atas lantai lah jawabnya. " Ayu terketar ketar saat berkata sebegitu. Sememangnya hatinya sangat berdebar. Lagi2 tangannya digenggam Ilham.

" Wow! Yes Alhamdulillah! Thank you. I'll promise! Memang mimpi indah la aku malam ni InsyaAllah! Hehe. " Ilham tersengih lebar. Hampir sahaja Ayu dipeluknya tapi dia masih waras.

' Eh Ilham ni.. Janganlah senyum macam tu kat aku.. Comel kau tau tak! ' Ayu melarikan pandangannya.

Akhirnya mereka berdua tertidur dengan tangan berpegangan antara satu sama lain. Juga, dengan hati yang berdebar debar keliru dengan perasaan apa yang timbul pada saat itu. Masing2 lena melayan mimpi indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience