Bab 3

Romance Series 2862

Ilham beristighfar sepanjang di dalam kereta.

' Ya Allah. Ampunkan aku. Aku tak sengaja beramah mesra dengan ajnabi. Apatah lagi senyum2 dekat orang yang aku suka. Aku mintak ampun Ya Allah.. Haih, macam mana lah aku boleh tertewas dengan syaitan tadi.. Si Ayu tu pun satu, kenapalah dia ketawa kuat sangat. Tak pasal2 aku terdengar. Astaghfirullah, aku akan cuba ubah diriku ya Allah.. Dah la tadi aku terapat dengan dia. Tak pasal2 dia mengundur. Aku pulak yang malu. Ilham, Ilham.. Apelah kau ni. ' Ilham menyesali tindakannya tadi lantas berazam untuk mengubah perangainya.

************

Ilham mencuba pelbagai posisi utk tidur namun tak berjaya. Dia langsung tak boleh melupakan Ayu. Ayu memang tak berubah dari sekolah menengah lagi. Ilham meraup wajahnya.

Dia teringatkan senyuman Ayu kepada Aida. Sungguh ikhlas. Sungguh manis. Sungguh cantik. Andainya senyuman itu untuk aku. Terngiang-ngiang kata2 ibunya

" Ham, bila kau nak ada pasangan. Mak tak marah, mak cuma tanya. Sebab kamu pun dah nak habis belajar. Dah boleh start pilih calon. Ke kamu nak dengan si Umie tu? Mak kenan je. Tapi kalau Ham dah ada pilihan, cakap je kat mak. Mak xsuka paksa anak. ye? "

Teringatkan Umie, terus luntur senyumannya. Umie sememangnya wanita idaman di kolejnya. Dia seorang yang menutup aurat, perangai pun macam pompuan sebenar lah. Tapi, dia tu dah banyak kali bertukar pakwe dan suke sangat kawan dgn lelaki. Ilham bukannya mahu orang yg perfect, dia boleh terima kekurangan orang lain tapi dia mmg tidak suka jika wanita tersebut bergaul dengan lain kaumnya.

Dia tahu, kalau sebelum kahwin dah suka suki menggatal dengan lelaki sana sini, lepas kahwin mesti ada risiko untuk curang, kan? Nauzubillahiminzalik mohon dijauhkan.

Serta merta dia terfikirkan Ayu.
" Lainlah kalau Ayu, muka comel cantik gile, tapi hmmm pakaian dia je la. Tudung pun cukup2 makan je baju pun selalu paras punggung. Pastu selalu pakai seluar jeans dengan sneakers. Beg pula beg sandang warna hitam corak kereta. Aduhhh. Tak feminin langsung. Tapi at least dia tak layan lelaki dari sekolah menengah lagi. "

Antara Ayu dan Umie, sememangnya Ayu pilihannya. Baginya Ayu masih ada peluang untuk dididik menjadi muslimah sejati.

Dia tekad.

Dia ingin mengubah hidup Ayu dan sudah bersedia untuk mengubah statusnya sekali. Tetapi, mampukah dia melembutkan hati Ayu supaya hatinya boleh terbuka untuk menerima cintanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience