Bab 6

Romance Series 2862

Pejam celik pejam celik, sudah sampai dirinya di rumah bagi satu hajat yang besar.

Adik perempuannya yang berumur 19 tahun memang sangat feminin. Berbeza dengan dirinya. Dia juga sangatlah cantik. Seperti model lagaknya.

Mayuni Intan memilih baju untuk kakaknya. Dia seorang yang berfesyen muslimah. Sudah tentu dia memilih fesyen yang muslimah untuk kakaknya.

Sepasang gaun berlengan panjang labuh berkain kembang dan berwarna biru laut dihulurkan kepada kakaknya. Memang padan.

Sehelai tudung labuh bewarna merah jambu cerah pula diletakkan di atas kepala. Mengikut fesyen terkini tapi simple, dia melilitkan di atas kepala si Ayu Intan.

Sedikit bedak dan pelembap bibir dioles ke muka dan bibir kakaknya.

Siap! Sangat sederhana tetapi mampu memikat mana2 mata yang memandang.

Sepanjang mereka berfesyen, tak habis2 bergurau. Mereka memang rapat.

Cantik sungguh Ayu Intan dengan pakaian perempuan seperti itu.

Ayu melihat dirinya dalam cermin. Terpaku. Tak selesa. Dia hampir2 merosakkam segalanya namun dia masih waras. Dia memang tak sangka dirinya selama ini sesuai jika diperagakan dengan baju perempuan tetapi sejujurnya dia sangatlah tak selesa. Ingin sahaja dia menukar pakaiannya kepada pakaiannya yang lama. Lebih selesa. Lagi2 dengan tudung nya yang labuh. Dipakai pula handsock dan stokin. 'Ergh, ini bukan aku. ' bisik dirinya.

********

' Harap2 keluarga perempuan setuju. Tak sabar sungguh aku ingin bertemu dengan Ayu. Aku telah bertahan dari melihatnya selama ni. Takut aku terjerumus lagi dalam lautan dosa zina hati dan zina mata. Nauzubillahiminzalik. Cukup sahaja lah hari tu. Eh nak dekat dah rumah dia.. Fuhh duhai jantung, janganlah kencang sangat. '

Ilham Ahmad keliru samada jantungnya kencang kerana berdebar atau cinta? Dia bingung. Kedua dua nya kot.

Setibanya di rumah pihak perempuan, ayah memberi salam..

Disambut mesra oleh sang bakal ibu mertua. Dia berasa senang dengan kelakuan Puan Fatimah.
Dijemputnya masuk ke rumah. Rumah Ayu tidaklah seperti rumahnya. Rumahnya sederhana sahaja dan tidaklah terlalu luas. Muat untuk satu keluarga. Lainlah rumahnya. Rumah banglo dua tingkat yang amat besar dan luas. 3 keluarga duduk pun cukup agaknya. Tapi Ilham langsung tidak kisah tentang taraf keluarga Ayu, asalkan keluarga itu bahagia dan mengamalkan budaya Islam, sudah cukup baginya.

" Eh, mai la duduk. Ilham, Encik Azhan, Puan Irma dan orang lain. Meh duduk naa. " pelawa Puan Fatimah mesra.

Ilham melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang empuk itu. Dia menanggalkan songkoknya dan meraup rambutnya kerana panas. Hensem.

Tiba - tiba..

" Wahahahaha!! Mana ada orang letak gula banyak ni wehhh!! Hahahahahah! " bergema satu rumah dengan tawa tersebut.

Ilham yang bersandar terus duduk tegak kerana terkejut.

' Aih Ayu, Ayu.. Kau ni pun, aku mari ni kot. Cuba buat perangai molek sikit. Kalau mak ayah aku tolak camne? Ishh. ' Ilham mengeluh.

Muncullah Ayu dari dapur membawa satu teko teh panas beserta keropok di atas dulang. Dia tersipu2 malu kerana hal sebentar tadi. Semua kerana abangnya punya pasal. Nakal sungguh.

' Padan muka kau. Bluekkk! ' Abangnya, Akim tergelak mengejek dari dapur.

Ayu berasa sangat terseksa untuk meng ' control ' ayu di hadapan bakal mertuanya ini. Sudahla memakai gaun pompuan ni.
' Mujur aku tak tersadung waktu mari sini. Kalau tak, mau naya aku! '

Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja lalu menghadiahkan senyuman kepada bakal mertuanya. Manis sekali. Dia langsung tak memandang Ilham. Malu rasanya.

' Eii, kau tunggulah Akim. Aku penyet2 kau. Malu besar aku kau buat depan bakal mertua aku. Tak pasal2 dorang dah dengar ketawa puaka aku. Eii kau tunggu je la Kim! '
Ayu berjalan tergesa2 ke arah dapur sambil tangannya menggenggam penumbuk.

Ilham terpaku. Terpaku dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

' Betul ke tadi Ayu? Tudung labuh? Gaun kembang? Handsock ngan stokin? '

Sungguh dia terpesona dengan kecantikan dan keayuan Ayu. Dia merasakan dia telah berjumpa dengan bidadari dunia. Kali ini, dia jatuh cinta buat kali kedua pada orang sama, Ayu Intan!

' Astaghfirullah, apa aku buat ni. Ni zina hati ngan zina mata. Aishh, dia bukan halal lagi laa. Ya Allah aku mohon ampun ya Allah. Aku kalah tadi. Ergh aku kena tahan. Sabar Ham, sabar. Nanti jadi milik kau jugak! ' Ilham beristighfar dalam hati.

Dia merasakan pilihannya tidak salah kali ini. Dia akan terus mendidik Ayu dari penampilannya hinggalah ke akhlaknya. Dia yakin penampilan Ayu sebentar tadi semestinya pilihan Mayuni, adik Ayu. Masakan si Ayu nak pakai camtu.

******

" InsyaAllah hujung bulan ni lah ye? Ni pun dah pertengahan bulan. Harap majlis nanti berjalan lancar. " Ujar Encik Syamil, ayah Ayu.

Kami hanya mengangguk dan akhirnya keluarga Ilham pun pulang.

" Fuhh, boleh tahan bakal imam kak Ayu eh? Pandai akak pilih. " Seloroh Mayuni.

Ayu hanya mengeluh. Bukan pilihannya. Dia pun terjawab ' Ya ' bagi mesej lamaran Ilham hari tu. Nervous sangat sampai tak tau nak jawab apa. Tup tup macam ni. Ayu terus mengeluh dan menukar pakaiannya. Dia langsung tak selesa.

Ayu masuk dalam bilik lalu menghempaskam dirinya atas katil.

' Kenapa dia pilih aku? Dia takkan tak tau perangai aku ni. Dari sekolah menengah kot dia tahu perangai aku. Dah la aku pernah beri jelingan maut kat dia. Macam mana boleh terpilat dengan aku? Nak kata aku ni macam Islamik, takdelah macam tu sangat. Pakaian pun ala kadar je. Macam lelaki pun ada. Urghhh! Aku tak suka pun diaaa! Tak pernah minat pun walaupun dia tu ya ampun hensem sangat. Tapi aku tak minat sebab aku tak layak untuk dia. Sanggup ke dia bimbing aku? Arghhh aku terima dia pun sebab teringatkan umi abi teringinkan anak dara dorang nikah. Tunggu Mayuni lambat lagi. Umii Abiii adik takmo pisah ngan keluargaaa!! '
Ayu tiba2 menangis lalu terlelap atas bantal busuknya. Esok dia sudah perlu balik ke U. Jadi dia mahu tidur sepuasnya alang2 dia pun tengah 'cuti'ni.Tak payah solat. Hihi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience