Bab 4

Romance Series 2862

Sejak kebelakangan ni, Ayu sering mendapat mesej pelik. Bukannya mesej jahat, tapi penuh dengan nasihat serta kadang2 tu ada hadis dan ayat Quran.

" Siapa pengirimnya? Mesti alim kan? Harap2 hensem. Tapi siapa? Aku tak pernah beri nombor aku pada mana2 lelaki. " monolog Ayu.

Ayu tidak menceritakan hal ini kepada Aida memandangkan Aida sering mengejeknya jika dia mempunyai teman lelaki. Konfem minah ni akan ejek aku nanti. Ayu cuma merahsiakannya dan selalu membaca mesej itu jika dia bosan. Tetapi, dia tertarik akan mesej tu kerana setiap kali mesej tu berakhir, ia akan berakhir dengan ayat
'.....nanti nak jadi milik saya kan? '
Muka nya juga akan berbahang setiap kali membaca ayat tersebut.

Tanpa dia sedari juga, dia sudah mula membelek Quran kerana dia ingin mengetahui isi dan cerita tentang ayat yang dihantar dlm mesej misteri itu. Semakin lama, dia semakin jatuh cinta dengan keindahan Al Quran dan pengirimnya sendiri. hihi.
********

Ayu sibuk bercerita dengan si Aida. Sampai terkeluar air matanya menahan gelak.

" Kau tau tak sampai ada parut hah kat lengan aku ni ! " Ayu menyelak lengan bajunya hingga menampakkan sikunya. Dia langsung tak kisah.

Dia terlalu seronok menceritakan pengalamannya kepada Aida.

" Kot ye pun bersemangat cerita tu, perlahan la sikit suka tu. Tak pun ayu sikit. Ni dah macam lelaki gelak satu blok dengar. " Aida menegur bercampur sisa2 ketawanya.

ting! mesej masuk.

Ayu yang dari tadi duk gelak mencapai telefonnya.

' Tutup sikit tangan tu. Jangan selak. Ramai lelaki kat situ. Aurat perempuan kan semua kecuali muka dan tapak tangan. Tu dah nampak sampai siku tu. Cover sikit ye. Ketawa pun slow sikit. Dua2 aurat tu. Allah dan Rasulullah suruh tutup aurat. Nanti nak jadi milik saya kan? '

beserta ayat quran dan hadis sekali.

Ayu terdiam. Serta merta gelaknya terhenti. Dia dapat merasakan pengirimnya di sekitar sini saja. Masakan dia tahu gerak geri Ayu.

Ayu melilau sekeliling sambil tangannya menarik lengan baju yang terselak.

" Kau cari sape Ayu? Tak habis lagi cite kau tadi. " Aida menggaru kepalanya melihat Ayu.

" Cuba kau cari lelaki pegang telefon dengan bermuka pengintai terhebat. " Ayu berkata sambil mata bulatnya mencari pengirim tersebut.

" Hah? Peliknya ciri2 kau tu. Hmmm meh aku cari. Aku pro sikit bab mencari ni. "

" Eh? Cuba kau tengok mamat tu. Dia kot! Kat area ni dia je yang pegang phone orang lain semua tengah sibuk berborak. " Aida memuncungkan mulutnya sambil menuding jari ke arah seorang lelaki tinggi lampai yang bersandar pada tiang tidak jauh dari sini.

Ayu melihat ke arah lelaki itu serta merta lelaki itu memandang ke arahnya sambil tersenyum manis ke arahnya. Manis sekali.

Ayu terpempan seketika dengan keindahan wajah lelaki tersebut.

Ting!

' Yes, you got it. ' mesej simple dari pengirim.

Ayu terdiam membacanya lalu melihat semula ke arah tiang tersebut.

Tiada! Ilham sudah tiada!

Ayu bermonolog seketika. ' Dia ke selama ni yang hantar mesej pada aku? Bimbing aku? Eh, tapi dia kata nanti jadi milik dia? Eh apa ni? '

Ayu meramas tudungnya kerana pening. Muncung mulutnya.

" Oit oit janganlah tarik tudung tu mek oii. Huduh la nanti. Kau ni dah kenapa? Asal tak cite kat aku pasal laki tadi?? Ayuuu " Aida menarik tangan aku.

Ilham tersenyum kecil melihat kecomelan Ayu yang kepeningan dan telatahnya yang lucu menerangkan macam2 cerita kepada Aida.

Dari jauh Ilham perhatikannya. Ayu memegang pipinya yang panas. Dia membayangkan senyuman Ilham sebentar tadi. Dia tidak pasti tentang perasannya sendiri. Sememangnya dia pernah mengimpikan untuk bersuamikan lelaki yang alim dan baik agamanya tetapi, wujud kah lelaki seperti itu yang menginginkanya?

Tapi aku belum bersedia lagi untuk diperisterikan. Eh? Kenapa fikir sampai jauh macam ni?? Ishhh tak sukalah!

Ayu menarik tangan Aida lalu mereka berjalan menuju library bagi menenangkan perasannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience