Bab 7

Romance Series 2862

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba.
Ayu Intan akan menamatkan zaman bujangnya. Aida yang setia menemani dari tadi sibuk mendandan si Ayu.

" Aku tak sangka betul kau dengan si Ilham tu. Patutlah beria dia hantar mesej kat kau selama ni. Nak memiliki Ayu rupanya. Hahah. Tapi kan, aku tengok kau langsung tak amik cakna dengan mesej2 yang dia bagi. Tetap mcm monyet jugak. Aku rasa tu salah satu tujuan dia nak kat kau. Dia nak bimbing kau jadi muslimah kot. " Aida membebel sambil tangannya sibuk menyolek nipis muka Ayu yang sudah semulajadi cantik.

" Hmmm, aku xleh bayang lah. Sanggup ke dia hadap perangai aku tiap2 hari? Kau yang dah kenal aku pun tak sanggup. Apatah lagi dia. Dan, aku risau.. Aku takut dia terasa sebab aku tak mampu cintakan dia. " luah Ayu.

" Hei kau ni. Cinta tu akan hadir kalau kau ikhlas cintakan dia kerana Allah. Cuba kau anggap jodoh ni Allah yang tentukan. Dan kau terima segala kekurangan dia. Dan bina hidup bersama dia dengan rutin hidup yang berlandaskan syariat. InsyaAllah aku yakin lama2 lagi kau akan cintakan dia kalau kau cuba cintakan dia kerana Allah. Percaya cakap aku. Dan aku akan sentiasa sokong kau. " Aida terus memeluk sahabat banyak kerenahnya itu dengan kasih sayang. Tak sanggup rasanya melihat kawannya berjauhan. Eleh. Padahal boleh jumpa lagi kat U. Biarlah.

" Mujur kau ada Ida. Aku tak tau la nak buat camne kalau kau takde. Mungkin aku dah lari rumah kot. Haha. "

" Eh, dah la. Akad nikah nak start dah tu. Jom. " Aida meleraikan pelukannya.

Dia tak dapat menafikan kecantikan dan keanggunan Ayu Intan kali ini. Dengan kecantikannya kali ini, mesti dia boleh memenangi anugerah pengantin tercantik. Dengan bentuk badannya yang lawa, tingginya yang tak terlalu tinggi dan terlalu pendek, kulit yang putih kemerahan, cukup mempesonakan mata lelaki. Mujur cameraman harini orang pompuan. Aida memimpin tangan Ayu lalu pergi ke ruang tamu. Sungguh sesak dengan orang ramai.

Ayu hanya menunduk. Malu agaknya. Mana taknya, sepupu2,kawan2, mahasiswa2 yang hadir semuanya tertumpu padanya.

' Ishh, tak payah tengok aku lah semua orang.. Tak pernah tengok pengantin kee? Ke terkejut tgk aku pakai baju perempuan. Ah, biarlah. '
Ayu mengemaskan lagi pautan tangannya pada lengan Aida. Mahu terkeluar isi si Aida dipautnya.
Dia memejamkan mata. Berdebar sangat. Berpeluh2 sudah dahinya dan badannya. Dahlah pakai handsock dan stokin. Pemakaian yang sangat tak selesa bagi dirinya. Ni semua angkara Aida dan adiknya, Mayuni.

Tiba tiba..

Sah! Sah! Sah! Suara orang ramai bergema.

' Eh? Apa yang sah ni? Eh? Dah habis ke? Aku dah jadi bini Ilham ke? '

Ayu mengangkat kepalanya lalu terkial kial mencari kelibat si Aida. Kelihatan Aida dari jauh menunjukkan jari 'best' kepadanya.

Serta merta dia ingin menangis. Namun, dia cuba menahannya. Dah la dah nak sampai sesi sarung cincin.

Ilham gugup. Gugup melihat isterinya yang anggun berlitup. Baginya Ayu Intan sangatlah cantik sehingga tiada tandingannya.

Terketar ketar tangannya tatkala memegang tangan si Ayu. Inilah kali pertama dia memegang tangan ajnabi. Memang dia tak pernah pegang tangan bukan muhrimnya kerana dia amatlah menjaga batas pergaulan. Kali ini, dia benar2 berdebar.

' Aku dah boleh pegang tangan dia ke? Eh, memang lah! Aku dah jadi suami dia. Apa la aku ni! Tak macho langsung! ' Ilham tak sanggup menatap mata si Ayu. Takut cair di situ jugak. Maklumlah, mata Ayu sangatlah menggoda.Mata kacukan arab memang cantik. Redup je.

' Ishh asal tangan aku naik ketar nii. Ilham tak berdebar ke? Nampak rileks je dia. Ishh takleh jadi ni. Aku pun kene kontrol ayu. Tapi aduiyai, dia hensem sangat harini. Aku takleh laa! ' Ayu terketar ketar menghulurkan tangan sambil mencuri pandang ke arah Ilham yang segak.

Sekelip mata, bibir Ilham singgah di dahinya. Ayu memejamkan mata. Dia rasa disayangi. Dia rasa dicintai. Pertama kali dia merasakan dirinya dicintai lelaki yang tidak dia kenali.

Merah mukanya menahan malu. Mana taknya, semua orang sibuk menangkap gambar detik indah mereka.

******

" Fuh penatnya kahwin! Hahahahahah ! " Ayu ketawa.

" Ish kau ni! Dah jadi bini orang pun masih nak jadi langsuir ke? Ce cover sikit! Ni aku dah nak balik ni! Goodluck tau bersama Encik Hubby. Malam pertama ni jangan lepaskann.. " Aida tersengih nakal lalu hilang dari pandangan.

" Eh! Malam ni aku dan dia sebilik! Ya Allah! Selamatkan aku ya Allahhh!! Aku benci kau Aida Ilyanieee!!! " Ayu meroyan sambil menghentakkan kakinya ke atas lantai. Dia gelisah memikirkan nasibnya malam ini.

' Aku nak masuk bilik awal sikit la malam ni. Pastu pura2 tidur. Takpun, kalau dia dah ada dulu, harap2 la dia dah lena dulu. Aaminn.. Tak sanggup aku berdua-duaan dengan dia. ' bisik hati kecil Ayu. Dia mengurut dadanya. Pakaian pengantin masih tersarung dia badannya. Dia tak sanggup nak masuk bilik.

' Eh, tapi sejak tadi aku tak nampak pun mana si Ilham ni. Takkan dah lari kot? ' Ayu berasa pelik. Last dia nampak Ilham lepas makan tadi. Lepas tu, terus lenyap.

Ayu mencari Ilham di setiap sudut rumahnya.

" Ibuuu! Mana Ilham bu? Tak nampak pun dia! " jerit Ayu setelah melihat kelibat ibunya.

" Ishhh, cuba jaga sikit suara tu. Dah bini orang pun nak jadi tak matured ke? Ilham ade ha, dia kata dia letih tadi. Dia pegi tidur la tu kot. " Puan Fatimah menjawab acuh tak acuh. Malas mahu melayan kerenah si Ayu yang masih tak berubah.

" Oo, dalam bilik ehh. Hehe. " Ayu menggaru kepala sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

' Adumakk. Kenapa la kau tidur waktu nii. Aku punya la tak nak jumpa kau lagi2 dalam bilik.. Ni terpaksa la naik bilik ni.. Kalau tak mau mati kena cekik ngan ibu.. Aduhh cik Ilhammm!! ' Ayu mengeluh.

" Ayu naik bilik dulu eh bu. Assalamualaikum. " Ayu berlalu selepas bersalam dengan ibunya.

Dup dap dup dap dup dap

' Bismillahirrahmaanirrahiiiimm ' Ayu menolak pintu bilik secara perlahan.

Kelihatan Ilham Ahmad tergolek dia atas katil sambil memeluk bantal golek yang sedia ada di situ. Ayu menelan air liur. Ayu berjalan terjengket jengket mendekati Ilham. Dia melihat pada jam.

' Hmmm dah pukul 10.30 , Ilham dah solat Isya ke belum? Aku dah nak tidur ni. Kalau aku tak gerak, mau tak solat sampai esok ni. Muka macam baru angkat simen 100 kg gamaknya Ilham ni. ' Ayu tergelak kecil melihat muka Ilham yang sedang tidur.

Dia duduk dia atas katil di sisi Ilham. Direnung wajah Ilham dalam sedalamnya. Ayu mencuit hidung Ilham. Ditepuk pipi Ilham secara lembut. Pergerakannya teragak agak. Dia menggoyang lengan Ilham pula.

Tiada respon.

' Eh, dia tidur ke dah mati mamat ni? Letih sangat ke? ' Ayu membuat spekulasi.

Ayu cuba menggerakkan lagi Ilham dengan menepuk lembut pipi Ilham.

' Hmm, comel sungguh kau ni ye. Waktu tidur pun comel. ' Ayu tersenyum.

Tiba2, sedang dia menepuk pipi Ilham, tangannya dipegang. Jari jemarinya dipegang erat.

" Woii! Agak agak lahh! Nak bangun takyah pegang2 orang la! " Ayu terkejut sangat2 sampai tertinggi suara.

Ilham yang masih memegang tangan Ayu meleraikan pegangannya. Lembut. Dia menahan gelak melihat reaksi Ayu. Memang pantang dipegang. Sikap Ayu membuatkan dia semakin gila terhadap Ayu. Ilham merasakan Ayu bukan perempuan yang senang.

" Hahahaha! Yang kau terkejut sangat ni kenapaa??! " meledak juga tawa Ilham.

" Eii lelaki! Mana la aku tak terkejut! Aku gerak kau molek2 kau tetibe pegi gatal pegang tangan aku buat ape? Kan dah kena jerkah! Dah pegi la solat Isya tu! Aku gerak kau mujur! " Merah muka Ayu. Dia malu sebenarnya. Ayu memalingkan mukanya. Geram. Dia berpeluk tubuh.

Ilham memegang dagu Ayu dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Dia memusingkan kepala Ayu bagi menghadapnya. Ditatap wajah yang dicintainya itu sedalamnya. Jarak muka mereka hanyalah sejengkal.

Ayu benar2 terkejut. Sangat2 terkejut. Muka mereka sangatlah dekat. Ayu tak berani melakukan apa2 termasuklah memandang mata Ilham. Takut cair jadinya.

" Hei, isteri kalau nak cakap dengan suami, mana boleh tinggi2 suara. Berdosa tau tak. Aku tak kisah nak cakap ' aku kau ' dengan aku, tapi jangan tinggi suara ye, sayang? Kalau tinggi suara lagi... "

Ayu terpana. Ayu perlahan2 mengangkat mukanya mendongak melihat muka Ilham. Ditahan rasa malunya. Nasiblah dapat suami tinggi. Kena dongak.

" Hah, ka..ka..ka lau tinggi su..su ara jadi aappaa?? " Ayu terketar-ketar.

"......aku tak teragak2 kiss kau on the spot. " Ilham tersengih nakal.

Dicapainya bantal di sebelahnya perlahan lahan, lalu mencampaknya tepat ke muka Ilham.

" Hahh! Kalau kau buat la macam tuuu! Kau tunggulah nasib kau!! Padan muka!! Kan dah makan bantal! Kau pergi la solat! " Ayu membebel sambil mengetapkan giginya. Hampir sahaja suaranya terkuat.

" Hahahahaha.. " Ilham hanya ketawa lalu masuk ke dalam bilik air. Dia berasa sangat geli hati melihat muka Ayu sebentar tadi. Merah sangat macam tomato. Mau saja dicubit pipi Si Ayu tapi dia memikirkan nasibnya kelak.

' Hei, macam mana la aku nak tahan dari mengusik dia.. Comel sangat! Geram! ' Ilham berbisik.

Ayu meraba raba pipinya yang bahang. ' Eeee geramnya dengan Ilhammm! Saja je khianat aku! Tahu aku tak biasa dengan lelaki ni! ' Ayu melihat mukanya dalam cermin.

Tudung masih tersarung di kepalanya. Serabut rasanya. Ingin sahaja dia mencabut tudungnya tapi dia malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience