Bab 5

Romance Series 2862

Ayu cuba melupakan mesej2 tersebut. Aida sudah mengetahuinya dan tidak pernah putus membimbing sahabat baiknya itu. Aida Melissa bukannya seperti Ayu, dia seorang yang bertudung labuh, percakapannya lembut, baju pun sentiasa besar dan longgar, muka pun boleh tahan lawa tapi tak dapat kalahkan Ayu. Dia juga tidak mudah terpedaya dengan lelaki memandangkan dia sudah bertunang. Jadi, dia juga sentiasa membimbing Ayu berdasarkan pengetahuannya tentang Ilham yang alim. Dia dapat rasakan jodoh minah ganas tu dengan si Ilham cuma belum sampai masanya.

Sudah sebulan hidupnya bersama mesej pesanan tersebut. Walaupun Ayu tahu siapa pengirimnya, dia tak ambil kisah. Dia seorang wanita yang memerlukan tindakan beserta nasihat untuk membimbingnya, bukannya sekadar nasihat. Tetapi, dia cuba untuk ubah perangainya walaupun payah.

" Aida, jom pi cafe jap, Aku lapar la. Hahhahaha. Lepas tu balik rumah then nak tidur. "
Ayu berkata sambil menguap.

Memang buruk perangai.

Pap! Sebuah tamparan tak berapa manja menyinggah di lengan Ayu yang tengah menguap.

" Hey! Ish susahla kau ni! Berapa kali aku kata tutup mulut masa menguap. Masuk syaitan nanti! Hisy dahla tengah orang ramai! Buruk peranngai tau tak! Dah la kau ni pompuan. " Aida menegur lembut tetapi tegas.

" Ergh bising la kau nii! Kau kenal aku mcm mane kan?? " Ayu mempercepatkan langkahnya ke cafe. Malas dengar bebelan nenek kebayan katanya.

Seusai memesan makanan, Ayu cepat2 duduk dan meletakkan kaki kanannya dia atas lutut kiri. Menyilang gayanya.

Pap!! Tamparan tak manja oleh Aida sekali lagi.
' Tak serik budak ni agaknya! '
" Duduk molek2 la.. Terkangkang-kangkang macam monyet.. " Sambil mengetapkan giginya.

Ayu mengeluh stres.

Dia tahu sudah 2 mesej masuk. Pastinya yang pertama tentang perihal dia menguap tadi dan yang kedua, tentang duduknya sebentar tadi. Dia benar2 serabut! Hidupnya tak boleh dikongkong! Sudahla Aida ni pun cukup menyerabutkannya tambah pulak dgn si tukang mesej ni!

Dia bertekad. Dia ambil phone lalu membuat silent mode dan flight mode. Geram. Baru sahaja dia ingin menekan butang flight mode, mesej masuk.

' Jadi milik saya, boleh? Kalau tak keberatan, hujung minggu ni saya hantar wakil '

Cukup untuk membuat muka dia pucat lesi. Air liur nya yang pahit dipaksa utk ditelan. Sungguh dia tak menyangka secepat ni. Matanya yang bulat dibulatkan lagi. Tanda dia benar2 terkejut.
Nasi yang ada dalam mulut kekal di dalamnya. Mujur tak tersembur.

' Apahal minah ni? Tadi aku rase dia membebel 5 keturunan. Ni kenapa senyap pulak. Muka pucat gile mata bulat dengan mulut kembung. Ish, kalo laki tengok mmg xjadi buat calon ni. Ya Allah ape kes budak ni?!! '

' Hei !! Tengah makan pun termenung! '
Aida mencuit lembut pipi Ayu yang masih memaku.

" Eh ! Hehe.. " Ayu cuba ketawa yang dibuat buat. Dia benar2 keliru dengan situasinya sekarang. Dia buntu.

" Ida, aku tak selera la.. Jom teman aku pegi pantai, boleh? Aku nak ambik angin pantai la. Jom, pleaseeee??? Kelas kita lambat lagii "
Ayu menggunakan senjata muka comel dia.

" Eh, tu kan nasi goreng kegemaran kau? Macam mana boleh tak abis arini? Setahu aku, aku nak rasa sikit pun takleh. Ni kenapa nii?? "
Aida sudah mula kehairanan.

" Alaaa jomlaaaa. " Ayu menarik lengan baju Aida dengan kuat. Dia memang xleh berlembut. Payah katanya.

" Ehhh serabutlahh. Ye la ye la. Ko drive okey? " Aida rimas dengan Ayu yang seperti cacing kepanasan.

******

" Hmmm, bersediakah aku nak jadi suami? Aku yakin dia xde calon sebab perangai dia tu. Mampu kah aku bimbing dia? Dan, paling penting mampukah aku memikat hati dia sedangkan dia xpenah cintakan aku? " hati Ilham tiba2 sakit kerana dia pernah melihat Ayu tersenyum sendiri pabila terserempak dengan jejaka hensem U.

" Hati Ayu tak pernah lihat aku walaupun kami satu course. Aku saja yang cintakan dia. Maybe aku xleh lupa kejadian dia jeling aku waktu sekolah menengah hari tu. "

Ilham tersenyum. Dia ingat lagi jelingan maut yang diberikan kerana terlalu geram dengan sikap kawannya. Tak pasal2 aku pulak kena jeling. Mata dia. Memang memikat. Bulu matanya lentik. Hidung dia. Mulut dia kecik je. Kulit dia licin je dan putih merah. Gigi dia tersusun rapi. Arghhh. Macam mane aku boleh terpikat dengan minah ni. Perangai macam monyet.

" Takpelah kalau kau tak suka aku. Aku akan pikat kau sampai kau suka aku. Dan, aku akan bimbing kau dari monyet jadi kucing. Dan yang paling pasti, aku akan jadikan kau seorang muslimah solehah yang tak pernah kau impikan. " Ilham tersenyum sendirian.

Dia menekan pedal minyak kereta meluncur laju ke rumah sewanya.

" Assalamualaikum ibu. Ibu sihat? "

" Haa ibu sihat jee. Lama x dengar berita Ham. Haa amacam gadis pilihan Ham tu? Okey atau tak? Dah buat keputusan? "

" Hmm ye mak. Dia pun dah tahu. "

" Haa bagus la tu. Boleh ibu nak jumpa dia? Ham bawak la dia mari umah ibu. Boleh ibu jumpa Ham sekali. "

" Alah ibu ni.. Kata nanti nak hantar rombongan. Jumpa waktu tu la. Ham pun tak sabar nak tengok dia betul2. Haha "

" Eh ye la kann. Bila hah? Hujung minggu ni kann? Aduh tak sabar nya ibu. Kalo anak ibu yang hensem ni pilih, mesti pilihan pun cantik kan? Ye la. Ham drive la memolek. Ibu tgh masak ni. Assalamualaikum. "

" Oh waalaikumussalam. "
Hatinya berbunga riang. Bila agaknya Si Ayu akan membalas mesejnya.

' Akanku ubah dirimu menjadi seindah namamu, Ayu Intan. ' bisik hatinya.

*******

Mujur kat pantai tadi Aida tak tanya banyak. Kalo tak mau tak pecah pale aku ni. Roommate dia dah lama balik sebab tak sihat.

' Ergh, rumah dekat boleh la. Aku ni, rumah hujung dunia nak balik pun payah. '

Ayu baring di atas katil dengan terkangkang. Dia hanya memakai singlet nya sahaja sebab panas. Baju tadi yang dipakai dibiarkan terjelepuk atas lantai. Tudungnya pun tak disangkut. Mujur tempatnya memang bersih. Takde la tongkang pecah sangat.

Ayu ni walaupun perangai teruk, tapi dia ni berdisiplin orangnya. Pandai memasak, mengemas rumah, menjahit pun boleh la kalau yang asas. Dah cukup pakej cuma perangai je kene ubah. Entah kenapa. Mungkin sebab dia dibesarkan dalam keluarga yang tak berapa senang dan adik beradiknya semua lelaki kecuali adik perempuannya seorang. Patutlah kasar.

Sedang dia meloyar buruk,

' Eh, mesej tadi! '

Baru hendak membalas, ibunya call.

" Eh umi! Awat call adik tak beritauu ! Bazir kredit umi jah ! " lantang sekali suaranya.

" Heii, bila la Intan nak berubah naa. Ingat duduk U berubah lah. Ni macam mana nak jadi bini orang niii. Tak lama lagi jadi bini orang nii. Umi tak habis didik lagi naaa. "

" Hahh??! Bini orang apanya Umi?? Ce umi terang kasi adik paham sikit! Tak paham la. "
bukan tak mau berlembut, memang tak reti cakap lembut.

" Aduhh, bingit telinga umi naa dengar suare Intan nya. Apa yang Intan tak pahamnyaa? Ade orang nak masuk minang Intan oiii. Awak tu dah nak habis belajar sedar diri sikit ye! Hujung minggu ni Abi mai amik Intan. Bawak balik baju lawa2 naa. Okey bai anak Umi. Assalamualaikum! "

" Umi? Umi? Umi? "

' Aduhh umii niii kasi orang tertanya tanya pulakk. Nak ngadu ke roommate( Rania) kau balik pulakkk. Time aku perlukan kau la kau nak balikk. Arghhhh!!! Aku masih mudaaaa!! Jangan amik status single akuuuu!!! '

Ayu meroyan dan akhirnya dia terlelap sendiri sampailah ke waktu Isya. Mujur dia sedang 'cuti'.

**********

' Hahh! Berapa lama aku tidur??! ' Ayu terkejut.

Di check nya missed call

' 16 missed calls from Aida Sayang '

Alamakk aku ter miss kelas Sir hensem tuuu. Aduhh apalah nasib aku hari nii. Biarlah. Asal aku cukup tido. Hahahahahaha.

Ayu merebahkan badannya semula.

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience