BAB 2

Romance Series 2862

Ilham termenung sendiri. Fadhil pun apa lagi.

" Hoi ! Ko ni dah kenapa siang2 nak mengelamun?"

"Entahla Dhil. Aku keliru sebenarnya. Aku nak jugak ada crush. Hahahah. "

"Ya Allah tu ke yang kau mengelamun sgt tu. Ish kau ni, cari je lah crush. Apa susah? Ko rase ape pompuan taste kau? Pastu cari je lah. Senang! "

"Entahla, aku tak tau taste aku apa tapi yang pastinya aku suka bila tengok si Ayu tu. "

"Ko biar betul Ilham. Minah bising tu kau pilih? Hei, punye la ramai pompuan kat U ni. Tapi kan, aku takleh nafi la kecantikan Ayu tu. Comel sungguh. Perangai je ehem2 sikit. Kalau dia ubah perangai macam crush aku, Zati tu aku tak tau la. Mesti semua laki berebut si Ayu. haha "

Ilham tersenyum lantas mengangguk. Memang dia geram dgn perangai si Ayu tu tapi entahla. Maybe sebab dia dah kenal Ayu sejak sekolah menengah kot.

Ada sebab dia minat si Ayu tu. Dia ingat lagi. Ayu terlanggar meja dia waktu dia tengah menulis, habis terconteng kerja dia.Dahla cikgu mintak aritu jugak. Tetibe datang pulak si Ayu ni cari pasal. Sape tak bengang??

"Eh sori sori. Ilham aku tak sengaja. " rayu Ayu.

" Hei! Mata letak mana??! " jerkah aku. Aku takde niat nak menjerkah, tapi aku stress sangat sebab aku je yang tak siap lagi kerja tu. Hei, jerkah perempuan is not my style la.

" Hoi lelaki! Kalau nak tegur baik sikit boleh tak? Aku mintak maaf dah kan! " Ayu menjawab lantas memberikan jelingan maut kepada Ilham.

Ilham yang baru sahaja hendak membalas, terpaku melihat jelingan Ayu. Sungguh, jelingan itulah yang membuatkan dia kagum dengan Ayu. Mana ada perempuan yang sanggup sound aku macam tu. Aku ni boleh tahan femes ngan hensem la jugak. Terkejut aku waktu dia sound aku. Depan orang ramai pulak tu. Memang jelingan dia tu aku takkan lupa sampai bila2. Tambah2 lagi mata dia yang redup waktu mintak maaf tadi. Haih tak jadi nak marah aku. Meremang bulu roma.

Ayu ni memang lain. Dia sangatlah tak matang. Sebab tu lah dia comel. Sayangnya, xde pakwe sebab perangai kerek dia tu la.

'Ayu, Ayu. Kau dari sekolah menengah perangai tetap tak berubah. Aku rase aku nak bimbing kau."
Bermula episod aku.

**********************************

" Woi Ayu, cuba duduk ayu-ayu sikit. Contohilah name mu tu. Ni terkangkang je, dahla pakai kain. "
tegur Aida melihatkan si Ayu duduk terkangkang sambil makan kat cafe. Dahla ramai orang.

" Lah, at least aku tak mencangkung. " Ayu mencebik.

Ting!

Satu mesej masuk. Aida tanpa membuang masa membaca mesej tersebut.

"Kau ada nombor Ayu kan? Boleh beri aku? Hehe nak ngorat ni. Kasi can laa. Ko kan baik dengan aku. - Ilham.

Aida pun terus bertanya kpd Ayu tentang ini.

" Oh mamat Ilham tu ke? Haha dia ingat lagi eh aku. Bagi je la. Aku bukannya nak bercinta pun. Lagipun walaupun si Ilham tu hensem la jugak, tapi bukan taste aku la. Huhu. "

Dengan pantas jari jemari Aida menaip nombor Ayu lalu Send!
" Okey, beres! Nanti apa2 dia ngorat kau, cite la kat aku. "

"Okey." Ayu menjawab dengan muka bosan. Dia memang tak ingin bercinta ni. Jadi, sesape nak ngorat, sorilah.Aku malas layan. Mak bapak aku ajar aku baik2 jangan couple dengan budak lelaki. Takkan aku nak malukan depa kut. Aku tahu batas agama walaupun perangai aku cenni.

Namun, jauh di sudut hati Ayu, terbit juga perasaan ingin bercinta tu walaupun perangainya macam tu. Haih, pompuan mana xnak disayangi dan dicintai kan? Ayu mengeluh sendiri.

" Ida, kau xleh ke bimbing aku sikit. Ubah perangai aku sikit. Nak jugak jadi ayu.. Hihi "
Ayu tersengih menampakkan giginya yang tersusun. Memang comel!

"Haihhh, minah Ayuuuuu. Aku selalu tegur kau. Tapi, kau selalu beri alasan kononnya tak bersedia lagi lah, malu lah, apa laa. Ishhh, okey. Cube kau tgk jejaka kat U ni. Mana yg kau berkenan? "

' Hmmm ' Fikirannya menerawang jauh dan sesekali imej Ilham terbayang. Dia teringat tragedi bersama lelaki itu sewaktu sekolah menengah. Malu! Tapi sejak itu dia tidak dapat lupakan Ilham sebab Ilham adalah satu satunya lelaki yang pernah dia 'bertegur'. Sungguh tak disangka, mereka akan sama universtiti. Haish, payah ni!

Aida yang sedar akan hal itu, " Oit, nak termenung sila dalam bilik, bukan kat sini! Jomlah balik. Aku hantar kau. Okey? "

Ayu Intan sekadar mengangguk kecil dan mengambil beg hitam kecil miliknya itu lalu disandangkan ke bahu. Dia mengeluh. Tiba2 dia teringat.

" Eh Idaaaa! Aku tinggal buku nota aku kat tandas tingkat atas la! Kau balik la dulu. Aku balik guna teksi! okey? " Ayu menepuk dahinya atas kecuaian dirinya.

" Ish kau ni. Aku gerak dulu eh? Aku nak tunggu tapi aku ada hal kejap lagi. Bai jaga diri. Assalamualaikum! "

********
Ayu cepat2 naik ke tingkat atas. Dia tak selesa berseorangan jadi dia nak cepat balik. "Yes! Mujur tak hilang. " getus dirinya. Dia pun berjalan menuruni tangga dengan cepat tiba2

GEDEBUKK!!

Kakinya terpijak tali kasutnya sendiri lalu tergolek ke bawahh.
"Aduhhh, sakitnya punggung akuu "

Dia melihat sekeliling tiada orang kalau tak, mesti malu dirinya. Dia membayangkan keadaan dirinya jika ramai orang. Tidak semena-mena, " Hahahahahahhahahahahaha " Ayu ketawa terbahak bahak dengan kuatnyaa. Tiba tiba je dia rasa benda tu lawak. So, dia gelak lah. Dia merasakan perkara tersebut lucu..Satu blok bergema dengan suaranya. Apabila selesai ketawa, dia membuka mata. Malu dengan diri sendiri.

Alangkah terkejutnya dia. ' Ilhamm! Macam mane boleh ada kat sini??! '

" Dah puas gelak seorang diri? " sindir Ilham.
Dia mengambil sapu tangannya dari poket lalu memegang hujungnya dan sebelang hujung lagi dihulurkan kepada Ayu. " Nah, pegang hujung. Aku tolong kau bangun. Aku tau kau sakit. "

Ayu terasa mukanya bahang seketika. Lelaki itu memang berjaya memanah hatinya dengan senyuman terindah. ' Ya Allah hensemnya makhlukMu inii. ' Dia tersedar dari lamunan. Ehem. Dia tahu Ilham melakukan perkara sebegitu kerana menghormati dirinya sebagai perempuan yang bukan muhrim untuk dipegang sesuka hati. ' Tabik aku lelaki ni. ' bisik hatinya.

" Woi minah, cepatlah. " Aku cuba bangun dengan bantuan sapu tangannya dan aku berjaya. Sakit sungguh belakang aku ni. mujur tak patah riuk. Aku menepuk nepuk baju dan kainku yang kotor lalu mengangkat kepala.

" Kau okey tak? Ada terseliuh mana2 ke? " Aku be like " Woww dekatnyaa. Ape nii " Aku mengundur sedikit. Ilham meminta maaf dan tergelak. Dia menghulurkan sapu tangannya kpd aku lalu berkata " Lap air mata tu. Beria sangat kau gelak sensorang tadi. "

" What?? Sampai keluar air mata aku gelak disebabkan oleh lawak ciptaan sendiri tadi? Adumakk malunya aku dengan mamat nii "
Pipinya serta merta merona merah.

Ilham yang melihat pipi merah itu menundukkan pandangan. Takut dia tak tahan dari mencubit pipi tu. " Aku mesti miliki tuan pipi tu " hatinya berkata. Sememangnya dia sudah terpesona dengan Ayu.

" Btw, macam mana kau boleh naik sampai atas ni? " Ayu memecahkan sepi supaya jantungnya taklah berdegup laju sangat.

" Oh, aku tertinggal barang dekat tepi dewan kuliah tiba2 terdengar itik betina menjerit. Jadi, aku naiklah. " Ilham mengatakannya sambil tersenyum.

' Dia panggil aku itik betina? Dasar lelaki! ' Hatinya bersumpah seranah kerana dia memang sudah terbiasa bercakap kasar. " Dahla! Aku nak balik. Lambat dah ni. Malam ni nak study pulak! Kau pun balik lah! " menyampah dengan perangai Ilham.

" Okey. Aku balik dulu. Sebelum tu, saya nasihat sikit. Kita muka dah lawa, mulut pun kenalah lawa. " Ilham meninggalkan aku dengan senyuman.

" Erghh! Dia ingat hensem ke hahh?? Tak payah tunjuk baik lahh! Ishhh! Tak sukanya dia tuu!! He's just freaking annoying urgh! " bentak Ayu sambil menumbuk dinding.

Tanpa membuang masa, dia terus pulang bersama perasaan yang sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience