B A B 6

Fanfiction - KPOP Completed 1234

"Yeobo! Oppa dah balik!"

Seperti biasa, Taemin akan memberitahu kedatangannya. Dan seperti biasa juga, kedatangannya akan disambut dengan pelukan si dia.

Namun kali ini, kedatangannya itu dibiar sepi.

"Mana Ji Min ni?" Ujarnya perlahan. Beg bimbit yang dijinjing diletakkan di atas lantai. Kolarnya dilonggarkan bagi mendapat lebih oksigen.

Langkahnya diatur ke bilik tidur. Jangkaannya tepat menemui Ji Min yang sedang tidur lena, di dadanya pula ada buku.

"Amboi, lenanya dia ni tidur," bisiknya perlahan. Taemin melabuhkan punggung di birai katil, mengalih beberapa helai rambut yang meliputi wajah Ji Min.

Bukunya dialih ke meja kecil bersebelahan dengan katil. Taemin perasan akan sesuatu. Selepas menyambut ulang tahun mereka berdua, Ji Min mula membaca tidak mengira masa.

"Eomma... Eomma!"

Ji Min mula meracau dengan tangannya seperti ingin melepaskan diri.

"Shh! Ji Min! Ji Min! Oppa ni!"

Taemin cuba menenangkan Ji Min yang semakin meliar. Oleh kerana Ji Min sudah tidak dapat dikawal, Taemin terpaksa berada di atas tubuh badan gadis itu. (Posisi seperti ingin merogol)

"Ji Min! Bangun sayang!!"

Kali ini, suaranya ditinggikan lagi.

Pergerakan Ji Min berhenti mendadak, dadanya turun naik. Taemin masih menahan kedua-dua tangan gadis itu.

Ji Min membuka matanya, kelibat Taemin berada di atasnya serta-merta membuatkannya panik.

"Arhh! Jangan kacau aku!"

Taemin ditolak sekuat hati sehingga lelaki itu terjatuh ke depan katil.

"Oww!" Taemin menyeringai kesakitan. Belakangnya disentuh.

"Jangan ganggu aku! Tak cukupkah kau ambil eomma dari aku!?"

Dari ekor matanya, gadis itu berlari ke sudut dinding dan duduk memeluk lutut. Bagaikan diserang histeria.

Tangisan Ji Min mula kedengaran. Semakin lama semakin kuat bunyi tangisannya.

Taemin segera bangun mendekati Ji Min yang teresak-esak menangis.

"Ji Min? Ji Min? Shh" ujar Taemin perlahan, lengan gadis itu diusap perlahan untuk meredakan tangisannya.

"O-o-oppa?"

Tergagap-gagap Ji Min menutur katanya, tangan yang menutupi wajahnya dialih perlahan.

"Ya, oppa ada kat sini"

"Oppa!"

Ji Min menolak badannya ke arah Taemin, terus memeluk lelaki itu.

Taemin puas cuba meredakan tangisan Ji Min, namun tidak berkesan. Hanya dengan usapan di belakang mampu meredakannya sedikit demi sedikit.

"Ji Min? Yeobo?"

Taemin menggoncang lembut bahu Ji Min.

Tiada respon.

Dahinya berkerut.

Dengkuran halus mula kedengaran di lehernya.

Badan Ji Min ditarik ke hadapan.

"Hai, tidur balik. Tadi dia ngigau ke apa?" Bisik hatinya perlahan.

Perlahan Taemin mendukung Ji Min supaya tidak terjatuh.

Setelah meletakkan tubuh Ji Min yang sudah terkulai layi itu,

Beep!

iPhone milik Ji Min berdering.

Taemin terus mengambil telefon itu dan membaca mesej tersebut,

Unknown number:

Sleep well my dear. Sebab kau akan perlukan tenaga yang secukupnya nanti.

Taemin mula mengepal penumbuk. Adakah selama ni hatinya telah dipermainkan? Bisikan yang berbaur negatif mula menguasai pemikiran.

Taemin! Lihat mesej yang lain jika benar Ji Min curang!

Kata hatinya begitu kuat bergendang dalam naluri. Apa yang didapati adalah hanya 3 mesej yang dihantar oleh nombor yang sama.

Mesej kedua dihantar pada hari ulang tahun mereka beberapa hari lepas.

Taemin mula berasa tidak sedap hati. Seraya itu, nombor tersebut ditekan. Matanya kian membulat.

Taemin bangun dan menuju ke pintu, namun tidak diteruskan bila terdengar Ji Min memanggil.

"Oppa....oppa"

Laju langkah Taemin mendekati si buah hati. Tangannya merangkul pinggang kecil Ji Min, dapat rasa hembusan nafas yang hangat di dadanya. Gadis itu membenamkan mukanya di dada Taemin.

"Shh, tidurlah sayang. Oppa takkan ke mana-mana," ujar Taemin dengan lembut, tangannya mengusap kepala Ji Min.

Di benak hatinya, timbul pelbagai soalan.

Dari mana Appa kenal Ji Min?

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience