B A B 9

Fanfiction - KPOP Completed 1234

Setelah Ji Min menceritakan apa yang berlaku, Taemin hanya berdiam diri. Namun dirinya musykil bila ditanya mengenai siapa pembunuhnya, Ji Min hanya berkata tidak tahu.

"Oppa nak ambilkan air, tunggu sini" ujar Taemin lalu pergi ke dapur.

Namun langkahnya terhenti saat terdengar appanya berkata,

"Nanti kau suruh dia datang ke pejabat. Aku nak bagi pengajaran kat dia"

'Pengajaran?'

Namun begitu, Taemin menepiskan pemikiran negatifnya dan berlalu ke dapur. Gelas kaca diambil dan diisi dengan mineral dari water cooler.

"Tay! Sini kejap"

"Ya appa"

Taemin membawa gelas itu ke ruang makan, di mana appanya telah menunggu dan Ji Min yang sedang berusaha untuk menyembunyikan tangisan.

Selepas melabuhkan punggung, gelas berisi air itu diberi kepada Ji Min.

"Tadi secretary appa call, katanya pihak dari Syarikat Digital Animation nak berjumpa, ingin berbincang pasal buku Tay-Tay"

"Onew boleh aturkan untuk Tay. Dia yang paling dekat dengan--"

"Tapi pihak syarikat tu ingin temu bual secara berdepan. Orang tengah tak diperlukan" tegas Yoo Sun.

Kata-kata Yoo Sun membuatkan Taemin terdiam. Dia tahu appanya mengajar erti berdikari, namun masanya tidak sesuai.

Taemin menghela nafas.

"Tay akan pergi. Ji Min? Nak ikut oppa?"

Ji Min mengangkat kepalanya dan memandang Taemin.

"Ji Min berada di sini dengan appa, ya Ji Min?" Kata Yoo Sun dengan nada yang berharap.

Baru saja ingin mengangguk menjawab Taemin, terpaksa pula mengangguk untuk menjawab soalan Yoo Sun.

Taemin sebenarnya tidak berpuas hati dengan appanya,  kerana dirinya ingin membawa Ji Min bersama ke pejabat. Hatinya berasa tidak tenang meninggalkan Ji Min bersama appanya.

"Oppa pergi dulu ya."

Dahi Ji Min dicium sebelum bangun dan menuju ke pintu.

Yoo Sun mengiringi Taemin sehingga ke depan pintu sambil berkata,

"Takpa, Ji Min selamat dengan appa"

"Tay tahu"

Tipulah dia kata tahu. Di benak hatinya, dia tahu appanya sedang merancang sesuatu.

°°°°°

Bunyi deruman kereta yang semakin pudar menunjukkan Taemin telah pergi. Meninggalkan Ji Min bersendirian di mej makan.

Hati Yoo Sun bagai dicucuk berkali-kali bila melihat anaknya dengan seorang gadis yang cuba dibunuhnya 11 tahun yang lalu.

Selepas kejadian itu, Yoo Sun kerap kali mengintip setiap aktiviti Ji Min ketika berada di rumah. Bukan itu saja, nombor telefon gadis itu diminta dari jiran terdekat.

Kakinya menuju ke ruang makan, matanya dihidangkan seorang gadis yang sedang bertaip di handphonenya.

"Ehem, Ji Min?"

"Ya appa?"

"Ji Min okey?"

Sejak tadi, Ji Min berasa pening. Mungkin terlalu banyak menelan rice cakes sebentar tadi.

"Ji Min okey"

Yoo Sun tersenyum penuh makna. Ubat yang telah dibubuhnya ke dalam makanan Ji Min mula memberi kesan.

Handphone Ji Min mula bergetar. Penglihatan gadis itu mula kabur saat demi saat. Nama pemanggil sempat dibaca sebelum penglihatannya menjadi hitam.

"Hai Ji Min, tak sangka pula kau makin cantik bila face-to-face macam ni.." kata Yoo Sun dengan mengusap lembut pipi Ji Min.

Lantas, badan Ji Min didukung bridal style dan membawanya ke tingkat atas. Pintu biliknya ditolak, Ji Min dibaringkan di atas katil yang besar itu.

"Hmm, kasihan Taemin. Bagus jugak budak tu ada kau." Ujar Yoo Sun sebelum menutup pintu. Tali pinggangnya dilonggarkan.

"Takpa Ji Min, tak lama lagi bersatulah kau dengan perempuan sial tu"

°°°°°

Kereta yang dipandu semakin laju, namun nasib menyebelahinya kerana waktu itu waktu kerja jadi jalan raya agak lenggang.

Stereng dipukul berkali-kali bagi melepaskan amarahnya. Tidak sangka mesej yang dihantar Ji Min sebentar tadi membuatkan hatinya terguris.

Namun yang lebih menyakitkan hati, ketika sampai di pejabat, secretarynya Yoona memaklumkan tiada sebarang perjumpaan yang dicatatnya dalam buku diarinya.

Untuk kepastian, Taemin terus call rakan sekerjanya, Onew.

"Annyeong Taemin!"

"Yah hyung! Hari ni takda apa-apa meeting ke?"

"No one told me before. Ada ke?"

"Oh, takda apa-apa. Just to make sure of it"

"Okey okey"

"Annyeong!"

Panggilan terus ditutup dan pedal dipijak habis.

From: Sarang

Maafkan Ji Min Oppa. Ji Min tak berniat untuk memburukkan appa, tapi Oppa ada tanya siapa pembunuh eomma. Ji Min tak sanggup nak beritahu Oppa, tapi Oppa mesti tahu juga. Lelaki yang telah meragut nyawa eomma Ji Min adalah lelaki yang telah membesarkan Oppa dari kecil hingga Oppa dewasa.

°°°°°

Bunyi tangisan memenuhi ruang bilik itu. Ji Min terbaring lemah dengan keadaannya yang dibaluti selimut tebal.

Begitu baik dirinya memaafkan lelaki yang telah meragut nyawa eommanya. Begitu butanya dia untuk melihat walau sekelumit pun taktik Yoo Sun.

"Ahh, pandai juga Taemin jaga kau.. Sedap betul, macam Shin Hye"

Ujar Yoo Sun yang sedang menyarungkan seluar. Kesedapan yang dinikmatinya masih terngiang-ngiang di mindanya.

"K-kau...jangan nak sebut nama eomma. Binatang macam kau.. Tak layak nak sebut nama dia" kata Ji Min dengan geram.

Badannya masih lemah dek dikerjakan Yoo Sun berkali-kali, tidak cukup dengan itu, wajah Ji Min ditampar sekuat hati bila gadis itu cuba melawan.

"Binatang? Huh"

Penyuntik yang berada di tepi meja diambil sebelum mendekati Ji Min.

"Jangan sentuh aku!"

Papp!

Satu tamparan hinggap ke pipinya. Rambut Ji Min ditarik agar gadis itu memandangnya.

"Siapa kau panggil binatang? Kau jangan nak berlagak suci dengan aku! Kalau Shin Hye dah bayar hutang laki dia tu, dah lama aku pergi dari sini! Sekarang, sundal tu dah takda, kau yang ganti tempat dia"

Seraya itu, Yoo Sun menyuntik berisi 2 dos dadah ke lengan Ji Min.

"See you in hell, Ji Min"

Ji Min merasakan dunianya seakan-akan berpusing seperti gasing dan mengkhayalkan.

°°°°°

Pintu utama ditendang dengan sekuat hati. Sampai ingin tercabut engsel pintu dibuatnya.

"Appa!"

Namun tiada sahutan. Kakinya melangkah laju ke biliknya. Kelibat appanya langsung tidak dijumpai. Malah Ji Min juga.

"Ap--"

Lidahnya serta-merta kelu saat pintu bilik appanya ditolak. Sekujur tubuh yang kaku di atas tilam itu menarik perhatiannya.

Nafasnya seakan-akan berhenti berdegup saat matanya dapat mengecam seluruh wajah itu. Ingin gugur rasa jantungnya melihat keadaan Ji Min yang berbogel.

"Ji Min!"

Lantas, gadis itu diterpanya, mendakap tubuh yang lemah dan tidak bermaya itu ke dalam pangkuan. Taemin cuba merasa nadi di pergelangan tangan Ji Min. Sangat lemah.

"Yeobo, stay with me. Kita pergi ke hospital" ujar Taemin lalu cuba mendukung tubuh itu.

Takdir akhirnya menemukan Ji Min dengan eommanya bila Ji Min menghembuskan nafas terakhirnya di dalam dakapan Taemin.

"Y-yeobo? Ji Min??"

Tubuh itu dibaringkan semula, buat kali terakhir, Taemin meletakkan jarinya di bawah hidung Ji Min.

Esakan kecil mula keluar dari bibir Taemin. Sungguh pedih rasanya saat kehilangan seseorang yang amat disayangi. Baru dia faham, kepergian orang yang disayangi mampu mengubah pendirian seseorang itu.

"JI MIN!!!!"

Jeritan Taemin bergema di setiap sudut rumah besar itu.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience