B A B 3

Fanfiction - KPOP Completed 1234

Pagi itu, Ji Min teringin mengambil anjing sebagai peneman. Gadis itu hanya menggunakan baju hitam yang besar dan skinny jeans. Rambutnya yang panjang dan lurus itu disanggul tinggi dan sengaja diserabai sedikit.

Kad kredit yang ditinggalkan eommanya diambil. Shin Hye telah menyimpan sebahagian daripada sahamnya untuk kegunaan anak tunggalnya itu.

"Eomma eomma, apa pekerjaan eomma pun Ji Min sendiri tak tahu," bebelnya sendiri. Ya, Shin Hye tidak pernah memberitahu Ji Min tentang pekerjaannya.

Sambil memasukkan separuh bajunya dalam seluar jeans,

"Anjing apa yang sesuai ya eomma? Ji Min nak ambil dekat Dog's Adoption kat Gangnam nanti," ujarnya lagi.

Sesudah menyembur minyak wangi, Ji Min turun ke dapur dan menyediakan kopi panas buat dirinya.

"I'm the girl who loves my island
And the girl who loves the sea
It calls me.."

Sambil menuangkan air panas, Ji Min menyanyi kecil dan adakalanya ketawa.

"Memang eomma akan marahkan Ji Min kalau Ji Min buat air sambil menyanyi"

Ji Min membawa gelasnya ke meja lalu melabuhkan punggung.

"Mari kita membaca berita pada pagi ini..."

Jarinya lincah menekan sesuatu di iPhone. Bibirnya terkumat kamit membaca artikel.

" Syabas diucapkan kepada BTS dan Blackpink kerana telah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan pencapaian $100,000,000 won yang melebihi daripada kumpulan yang lain! "
- KEntertainment

"Nope! Not interested"

Jarinya meluncur ke atas bagi membaca artikel seterusnya. Namun satu pun tidak menarik minat. Sehinggalah satu artikel yang memaparkan wajah seorang lelaki.

"Hm, kenapa muka dia ni macam pernah tengok?"

" Seorang penulis bernama Lee Taemin yang melancarkan buku bertajuk 'Losing You' telah mendapat sambutan yang ramai kerana kandungan buku tersebut merupakan pengalaman sebenar beliau. Namun begitu, terdapat sesetengah netizen mengutuk usaha beliau kerana umurnya yang begitu muda. "
- SoulLoverKorea

" Losing You... Macam seronok je" ujarnya. Kopinya yang sudah suam itu diteguk dalam satu nafas.

"Ahhh, kopi pun dah cukup"

Sesudah mencuci gelasnya, kasut sneakersnya diambil lalu disarungkan. Kunci kereta diambil sebelum mengunci pintu utama.

°°°°°

20 minit kemudian, Ji Min berada di persekitaran Gangnam bagi mencari kedai haiwan peliharaan. Di tangannya pula memegang iPhone.

"Mana pula kedai ni? Silap tengok kot.. Ehh!"

Di hadapan, sebuah kereta berhenti mendadak membuatkan Ji Min juga menekan brek secara mengejut.

"Sorry" ujar Ji Min lalu membuat isyarat meminta maaf. Kelibat pemandu itu seperti seorang lelaki, tangannya melambai lalu memandu keluar dari laluan Ji Min.

"Fuh, apesal dengan aku? Tu lah kau Ji Min, bawa kereta sambil tengok HP. Memang dapat anugerah Pemandu Yang Teruk ni"

Ji Min hanya memandu di sekeliling Gangnam itu, matanya meliar mencari kedai tersebut.

"Hah! Jumpa pun!" Sorak Ji Min lalu memarkirkan keretanya. Dirinya tergesa-gesa keluar.

"Adoi!"

Kepalanya terhentak di bumbung kereta ketika ingin keluar. Kemudian kepalanya ditundukkan sedikit lalu meloloskan diri.

Setelah menutup pintu kereta dan menguncinya, Ji Min berjalan menghampiri kedai haiwan. Dari jauh, kelihatan anjing berbaka golden retriever sudah menarik perhatian.

Ji Min mempercepatkan langkahnya. Anjing tersebut berada dalam satu kandang yang sederhana besar bersama anjing yang lain.

"Hai...."

Kolar anjing itu dilihat dengan teliti.

"Prince"

Ji Min tersenyum. Nama keputeraan amat sesuai untuk anjing yang berbulu lebat dan keemasan.

"Hai Prince. Hari ni adalah hari bertuah kamu!" Ujar Ji Min dengan gembira.

Kaunter yang berdekatan mula didekati.

"Hai, saya nak ambil anjing bernama Prince.."

Ji Min tidak sempat menghabiskan ayatnya bila pekerja itu memintas,

"Maaf cik, anjing tu dah diambil oleh lelaki tu"

Seraya itu, pekerja tersebut menunjuk ke arah lelaki yang sedang berjalan dengan membawa Prince di dakapannya.

"Encik, sila isi dokumen ini"

Lelaki tersebut meletakkan Prince di bawah sebelum mengisi dokumen yang diberikan.

Saat itu juga hati Ji Min yang keriangan sebentar tadi pecah berderai. Ji Min berlalu pergi dengan langkah yang longlai.

"Excuse me"

Ji Min memusingkan badannya.

"Awak tertinggal ini"

Lelaki itu menayangkan kunci keretanya.

"Oh! Ya, sorry" ujarnya lalu mengambil kunci kereta dan pergi.

"Kenapa dengan dia?" Soal Taemin kepada pekerja perempuan itu.

"Dia nak ambil Prince tapi tak sempat sebab encik dulu yang mengambilnya" kata pekerja perempuan itu dengan wajah yang mengelamun memandang Taemin.

Siapa tidak mengelamun bila penulis popular dan kacak itu pergi ke kedainya!

Taemin berasa tidak selesa dipandang begitu. Matanya melirik ke arah kereta Ji Min yang mula beredar pergi. Otaknya mula merancang sesuatu sehingga dirinya tersenyum.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience