B A B 1 0 [EPILOG]

Fanfiction - KPOP Completed 1234

5 tahun kemudian...

Seharian itu, Taemin cuba melengkapkan buku barunya. Terdengar ketukan di pintu.

"Taemin-ssi, dah lunch ni. Tak pergi lagi ke?" Soal teman baiknya, Jonghyun.

Taemin hanya tersenyum simpul. Jam tangan dipandang. Sungguh dirinya tidak sedar dengan waktu yang berjalan.

"Nak pergilah ni"

"Eleh, tak ingat jamlah tu. Elok-elok ada jam tangan, tapi lupa nak tengok" tebak Jonghyun selamba.

Zupp!

Kata-kata 'inspirasi' Jonghyun meresap terus ke tulang hitamnya. Tidak mampu memberi jawapan, Taemin hanya mampu menayangkan giginya.

"Eh kau ni. Jomlah, aku belanja"

"Let's go!"

Seperti kena suntikan adrenalin, Taemin bingkas bangun dari kerusinya dan berjalan menuju ke pintu.

Jonghyun menggelengkan kepalanya, sebelum pergi, matanya tertangkap pada satu bingkai gambar di atas meja Taemin.

Terbit rasa simpatinya terhadap Taemin. Selepas kematian Ji Min, keadaannya sama sekali berubah. Terus menjadi pendiam. Seminggu kemudian, mereka mendapati appanya, Yoo Sun telah ditangkap polis ketika berjual dadah di sekitar Gangnam.

Keadaannya itu mula mendapat perhatian, pertama sekali Onew, diikuti dengan dirinya, Key dan Minho. Dengan sokongan dari mereka, kelakuan Taemin yang pendiam mula berubah secara perlahan.

"Helo? Jong!"

Lamunan Jonghyun bila Taemin mengawangkan kedua-dua tangannya di depan muka.

"Kata nak pergi?"

"Iye, sabarlah. Panggil yang lain juga. Takkan kita aje"

"Yang lain? Banyak duit. Nanti aku jemput satu ofis ni eyh"

"Hoi!"

Tanpa sempat membalas, Taemin awal melarikan diri. Tindakan yang pintar.

°°°°°

Ketika makan tengah hari, Taemin memesan spicy jjajangmyeon with rice cakes diikuti dengan minuman berkarbonat.

"Kalau yang ni je kau order, baik aku yang masak. Betul tak?" Usik Onew.

"Takpelah. Nanti kalau hyung yang masak, pecah kot makanan yang dimasak hyung"

Keempat-empat mereka ketawa serentak bila melihat perubahan wajah Onew.

Setelah makanan yang dipesan siap, dulang itu dibawa ke meja berdekatan.

"Eh guys, aku dengarkan dari budak-budak ofis, Syarikat EXO Corp. akan bergabung dengan syarikat kita. Katanya, diorang nak bekerjasama dengan ni hah," ujar Minho ketika mereka sedang menikmati makanan sambil menunjuk ke arah Taemin.

"Eh biasalah aku"

Yang lain hanya menjuling mata ke atas.

"Tapi tanpa korang, aku bukan sesiapa"

Key terus memegang dadanya.

"Oh, deep juga kau ni"

"Diamlah"

Keempat-empat sahabat itu tahu. Taemin menjadi seorang penulis yang terkenal selepas apa yang berlaku. Buku-buku yang diterbitkan pula semuanya laris dijual sehingga ke seluruh dunia.

Taemim mengunyah makanannya perlahan. Sambil mengunyah, matanya meliar melihat sekeliling.

Sepintas lalu, seorang gadis menggunakan dress berwarna putih berjalan tidak jauh dari tempat mereka makan.

Firasatnya menyuruh untuk mengikuti gadis itu. Kunyahan ditelan sebelum berkata,

"Nak pergi toilet kejap"

Mereka hanya mengangguk dan meneruskan perbualan. Taemin mula mengikuti di mana gadis itu berjalan sehingga sampai ke belakang kafeteria itu.

Taemin merasakan bahunya disentuh, lalu memusingkan badannya. Matanya membesar saat melihat seseorang yang dikenali berdiri di depannya.

"Annyeong" ujar Ji Min lembut.

Tanpa kata, Taemin terus menarik Ji Min ke dalam pelukan yang hangat. Dalam tempoh 5 tahun itu, dirinya tidak pernah melupakan Ji Min.

Ji Min mengusap lembut belakang Taemin dan melepaskan pelukan. Kedua-dua pipi Taemin dipegang.

"Jangan sedih lagi Oppa. Ji Min sentiasa dekat sini. Tak mungkin lari dari Oppa," kata Ji Min dengan jarinya menuding ke hati Taemin.

"Oppa nak Ji Min dekat dengan Oppa, bukan dekat hati. Oppa rindu ingin memegang tangan Ji Min, rindu dengan pelukan Ji Min, rindu segalanya tentang Ji Min!"

Ujar Taemin. Tangan Ji Min dipegang erat seperti tidak ingin melepaskannya.

Ji Min tersenyum. Dirinya juga ingin bersama lelaki itu, akan tetapi kedua-duanya dari alam lain. Tidak mungkin roh dan manusia hidup bersama.

"Ji Min tahu Oppa. Kalau boleh, Ji Min pun nak tinggal dengan Oppa sekarang juga. Ji Min tak boleh lama dekat sini. Hati-hati ya. Ji Min sentiasa sayangkan Oppa," ujar Ji Min.

Buat kali terakhir, Ji Min mengucup lembut bibir Taemin sebelum badannya perlahan menjadi lutsinar dan bercahaya.

"Selamat tinggal, Oppa"

Ji Min mula pudar dari penglihatan Taemin, meninggalkan jejaka tersebut seorang diri.

Tanpa sedar, Taemin mengalirkan air matanya namun dibiarkan saja.

"Selamat tinggal, Ji Min...yeobo"

Taemin berjanji pada dirinya, bahawa hanya ada seorang gadis yang megah bertakhta di hatinya;

Kim Ji Min

THE END

A/N

Finally dah habis! ?? please enjoy ya my dearest readers sekalian. jgn lupa untuk baca, vote dan share dgn kwn² yg lain ya ??????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience