B A B 7

Fanfiction - KPOP Completed 1234

Sinar matahari menerobos ke jendela bilik Taemin. Sinaran itu membuatkan Ji Min mula menggeliat, mata yang masih tertutup digosok.

"Good morning"

Pinggangnya dipeluk oleh lengan yang sasa, namun amat menyelesakan. Tengkuknya dicium.

Seraya itu, mimpi yang dialaminya malam tadi terimbas semula dalam ingatan.

"Ahh!"

Ji Min terus menolak Taemin. Akan tetapi Taemin cepat membuat tindakan, pergelangan tangan Ji Min ditahan.

"Shh! Shh! Ni oppa, yeobo. Shh"

Ji Min menghentikan perbuatannya. Pipinya diusap dengan lembut oleh Taemin.

"Oppa?"

"Ya, oppa ni. Dah, sini"

Taemin menarik Ji Min ke dalam pelukan yang sangat menyelesakan.

"Yeobo, hari ni appa nak jumpa kita. Katanya teringin sangat nak jumpa bakal menantu," ujar Taemin perlahan.

Dagu Ji Min diangkat agar gadis itu memandangnya.

"Dah, bersiap dulu. Oppa nak kemas barang kejap ya"

Ji Min mengangguk.

"Nae"

°°°°°

"Yeobo! Dah siap ke tu!?"

Taemin yang sedang menyarung kasutnya menjerit. Sudah hampir setengah jam Ji Min belum keluar dari bilik.

"Haihh, lamanya dia ni" rungut Taemin.

Pagi itu, Taemin hanya mengenakan baju berkolar berwarna putih dan seluar jeans hitam. Rambut pula dibiarkan serabai.

Kedengaran pintu bilik ditutup.

"Erm, oppa"

Taemin mendongak. Ji Min kelihatan cantik walaupun gadis itu mengenakan dress paras lutut berwarna krim lembut.

Kelihatan Ji Min menarik-narik ke bawah dress itu. Taemin mendekati Ji Min dengan senyuman.

"You look beautiful" bisik Taemin.

Bisikan itu membuatkan Ji Min tersipu malu. Tangannya ditarik Taemin.

"Jom. Appa dah lama tunggu"

"Jom"

°°°°°

Sepanjang perjalanan, Taemin dikuasai dengan perasaan ingin tahu.

Mengapa appanya ingin berjumpa?

Mengapa sebelum ini, ketika menjalinkan hubungan dengan gadis lain, appanya tidak pernah ingin mengambil tahu?

Apa yang ditakuti Ji Min sehingga Ji Min sering meracau di malam hari?

"Oppa?"

Lamunan Taemin terhenti saat jI Min memegang tangannya.

"Ya? Kenapa sayang?"

"Kenapa oppa jauh dari Ji Min?"

Taemin mengerutkan dahi.

"Maksud Ji Min?"

"Oppa macam fikirkan sesuatu. Badan oppa kat sini, tapi jiwa oppa melayang ke tempat lain"

Genggaman Ji Min semakin kuat.

"Tiada apa-apa, cuma..."

"Cuma?"

Lelaki itu menghela nafas. Soalan yang terpendam di benak hati perlu diluahkan jua.

"Apa yang Ji Min mimpikan semalam? Sampai oppa yang kacak ni Ji Min tolak?" Dalam pertanyaan itu, Taemin sempat menyelitkan usikan bagi mengurangkan situasi yang kekok.

Ji Min ketawa kecil, namun soalan itu tidak dijawab. Pandangannya dibuang ke luar. Mimpi yang semalam tidak ingin diluahkan, kerana dirinya belum bersedia lagi ingin menceritakan kepada Taemin.

Taemin hanya berdiam diri bila soalannya tidak dijawab. Namun tidak juga mendesak kerana mungkin Ji Min memerlukan waktu yang sesuai.

°°°°°

Perkarangan rumah Taemin sudah menghiasi mata.

"Dah sampai"

Ji Min hanya mendiamkan diri. Kerana rumah tersebut ada dalam mimpinya.

Tidak mungkin...

Pintu kereta dibuka. Muncul Taemin dengan senyuman yang menawan.

"My princess"

"Tak perlulah"

"Alah," Taemin sempat mencium tangannya sebelum berkata,

"Tak gentlemen lah kalau oppa tak buat macam tu"

Ji Min tersenyum kecil. Tangannya dipimpin Taemin saat memasuki rumah besar itu.

"Appa! Kami dah sampai!"

Jeritan Taemin itu bergema di setiap pelosok rumah itu.

"Tay-Tay?"

Dua orang itu memusingkan badan mereka ke arah suara tersebut. Seorang lelaki yang berumur mendekati mereka.

"Appa"

Taemin terus memeluk appanya sebelum menunjuk ke arah Ji Min.

"Appa, perkenalkan, Ji Min. Pasangan Tay-Tay" kata Taemin dengan perasaan bangga.

Mata Ji Min tidak lari dari melihat wajah appa Taemin.

"Helo, Ji Min" kata appa Taemin, Lee Yoo Sun dengan senyuman yang penuh makna.

Ji Min bagaikan hendak pengsan. Kerana dirinya ditemukan kembali dengan pembunuh eommanya.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience