B A B 5

Fanfiction - KPOP Completed 1234

Setahun kemudian...

"Mmm, sedapnya bau!" Sorak Ji Min keriangan.

Malam itu, Ji Min ingin memasak makanan yang istimewa setelah setahun hidup bersama Taemin.

Ji Min mengaup jjajangmyeon yang masih berasap ke dalam pinggan yang besar.

Dia tahu itu adalah makanan kegemaran Taemin. Pinggan itu dibawa ke ruang makan dan meletakkan di atas meja.

Jam di dinding dikerling dari ekor mata. Dalam hati mula bersorak.

Selalunya Taemin pulang tepat pada masanya. 7 minit kemudian, terdengar pintu dibuka.

"Yeobo! Oppa dah balik!" Jerit Taemin.

"Yeay!"

Dengan segera Ji Min berlari ke arah lelaki tersebut lalu memeluk Taemin.

"Haha, kenapa ni Ji Minnie? Terlalu rindukan oppa ya? Sini oppa peluk kuat-kuat!"

Taemin terus menguatkan pelukannya sehingga Ji Min terkapai-kapai kelemasan.

"Ji...Min...tak...dapat..bernafas..oppaaa"

Dirinya hanya ketawa lalu melonggarkan pelukan dan merehatkan dagunya di atas kepala Ji Min.

"I miss you too, Ji Minnie" luah Taemin.

Ji Min menutup mata, telinganya direhatkan ke atas dada bidang Taemin. Bunyi degupan jantung lelaki itu seolah-olah mendodoikan dirinya.

"Mmm, sedapnya bau! Oppa teka... Ji Minnie masak Jjajangmyeon ehh?"

Teka Taemin lalu memegang lengan Ji Min agar gadis itu menghadapnya.

Tekaan Taemin membuatkan Ji Min tersenyum mengangguk. Tangan Taemin ditarik menuju ke meja makan.

"Wahh, oppa fikir Ji Min lupa ulang tahun kita" ujar Taemin dengan senyuman.

Gadis itu ditarik ke dalam pelukan sekali lagi.

"Ji Min takkan lupa ulang tahun kita oppa" kata Ji Min.
Peristiwa itu masih segar di ingatannya bila Taemin melamarnya menjadi kekasih.

Flashback

Selepas Taemin memberikan Prince, Ji Min kerap kali dilawatinya.

Taemin sering mengajak gadis itu keluar. Ada kalanya bermalam di rumah Ji Min. Sehingga Ji Min mula berasa bahagia dengan kehadiran Taemin di sisi.

Hingga satu malam, Taemin bermalam di rumahnya. Lelaki itu membelikan barangan yang banyak hanya untuk Ji Min.

"Taemin! Kenapa banyak sangat?" Soal Ji Min kehairanan.

Taemin hanya tersengih-sengih. Kotak kecil disembunyikan di belakang.

"Sini kejap"

Taemin menarik lembut tangan Ji Min ke ruang tamu. Ji Min hanya membiarkan tangannya ditarik. Hatinya berasa bahagia.

"Ji Min.. Saya minta maaf apa yang berlaku atas kehilangan ibu bapa awak..."

Ji Min menundukkan kepalanya.

"Saya tak nak awak berasa sedih dan sunyi lagi.."

Seraya itu, Taemin mengambil tangan Ji Min.

"Sudikah awak jadi kekasih saya, Ji Minnie?"

Taemin terus melutut dengan satu kaki, mengeluarkan kotak kecil dari belakang dan membukanya di depan gadis itu.

Ji Min kaku saat cincin itu dalam penglihatannya. Sungguh dia tidak menyangka Taemin mempunyai perasaan terhadapnya.

Kepalanya mengangguk perlahan. Air mata mula bergenang di tubir mata.

Taemin tersenyum suka lalu menyarungkan cincin di jari manis Ji Min. Dengan hati yang gembira Taemin memeluk Ji Min dengan sekuat hati.

End of flashback

"Yeobo, masih ingat tak permintaan yeobo yang dulu?"
Soal Taemin semasa menikmati makan malam.

"Yup" jawab Ji Min sambil menyuap sesudu jjajangmyeon ke dalam mulut.

Taemin tersenyum lalu mengambil sesuatu dari begnya.

"Tutup mata"

Ji Min pun menutup matanya. Terasa tangannya diambil, seperti ada sesuatu diletakkan ke dalam tangan.

"Happy Anniversarry yeobo" ucap Taemin membuatkan Ji Min membuka matanya.

Dalam tangan terdapat buku nipis. Tajuk dibaca.

"Losing You!?"

"Nasib oppa masih simpan yang asli"

"Thank you oppa!"

Ji Min terus memeluk Taemin. Sudah lama hatinya ingin membaca karya si kekasih, namun selalu tidak kesempatan.

"Dah, oppa nak pergi mandi. Jjajangmyeon ni memang sedap! Lain kali buat lagi ya," minta Taemin lalu mengucup pipi Ji Min.

"Okay okay"

Taemin bangun dari tempatnya lalu menuju ke bilik.

Ji Min mengambil kesempatan untuk membaca sinopsis yang tertera di bahagian belakang. Dahinya mula berkerut.

Sinopsis tersebut sedikit sebanyak seperti kisahnya. Tidak mungkin Taemin yang membunuh eommanya? Jika dikira umurnya, Taemin tentu sudah tua.

iPhonenya berdering. Dengan segera jarinya membuka mesej yang baru masuk.

Unknown number:

Tak lama lagi kau akan jadi milikku, Ji Min.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience