B A B 4

Fanfiction - KPOP Completed 1234

Sampai saja di rumah, Ji Min keluar dari kereta dan menutup pintu. Longlai saja langkahnya ketika itu.

Ji Min merebahkan badannya di atas sofa dan mengeluh perlahan. Sepatutnya Prince menjadi miliknya, namun semua itu tidak terjadi selepas lelaki itu mengambilnya.

Tiba-tiba dahinya berkerut.

'Macam pernah je aku tengok laki tu tadi' bisik hatinya.

Segera ingatannya melayang kembali pada artikel yang telah dibaca.

"Lee Taemin!?" Jeritnya.

Kedua-dua tangannya menekup muka.

"Ah, biarlah. Banyak lagi anjing lain. Apesal aku lupa pergi ke kedai buku!?"

Ji Min menarik nafas sedalam yang mungkin. Kedengaran ada ketukan di pintu.

"Aduhh, masa yang sangat tidak sesuai untuk kau ketuk" bebelnya lalu bangun menuju pintu. Tombol pintu dipulas dan matanya dihidangkan seorang lelaki.

"Hai, saya percaya ini milik awak" ujar Taemin lalu bersiul.

Ji Min hairan dengan kehadiran lelaki itu di depan pintu, namun yang semakin menghairankan lelaki itu bersiul.

Gadis itu melirik ke belakang Taemin. Serta-merta senyuman mula mekar di bibirnya. Kelibat Prince lari ke arahnya membuatkan hatinya girang.

Prince lari dan terus menjilat muka Ji Min. Gadis itu hanya ketawa dengan reaksi Prince.

Taemin yang melihat pula tersenyum. Entah mengapa hatinya tenang dengan kehadiran gadis itu.

Ji Min tiba-tiba mendiamkan diri.

"Encik, ni bukan milik saya. It's yours."

"Yes it's mine. But now, I'm giving him to you. Pekerja tu sengaja tak nak beri kat awak..."

Ji Min hairan. Gadis itu ingin berkata-kata namun tidak sempat kerana Taemin memintas,

"Dan satu, Prince dah jadi milik awak. Kedua, janganlah ber'encik' dengan saya, rasa tua pulak. Taemin pun cukuplah" laju Taemin menghabiskan ayatnya.

Ji Min tercengang dengan kata-kata Taemin.

"Kan en-- Awak dah pilih Prince. S-saya tak sanggup" luahnya.

"Awak, saya ikhlas beri Prince ni. Dan saya jenis tak nak ambil balik kalau saya dah bagi" ujar Taemin dengan tegas.

Ji Min mendukung Prince lalu tersenyum.

"Thanks Taemin"

"My pleasure"

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience